Sunday 13 October 2013

Selamat Hari Raya Part #2

A : assalam.. uit2 pergi kelas Inferential Statistic tak besok????
U : pegi pegi. awat? ang tak pi ka?
A : kemalasan melanda la haha. rasa macam nak ponteng jeee
U : haha takpa, sekali je pun ponteng. boleh je.
A : Amboii macam menghasut suruh ponteng je?
U : haha. raya2

haha kesimpulannya aku tak datang kelas. pengaruh rakan sebaya. balik petang. so tak ada kena mengena lah kalau tak datang kelas kan. ni ponteng sebab malas ni. jiwa dah terbang ke rumah. jasad je ada dekat UUM. tak bersemangat pula nak pergi kelas.

jom balik beraya !!

jom hidupkan sunnah Rasulullah dengan ibadah Qurban!

 Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 
                        Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud:

                        "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."   
 (surah al-Haj:36)

                        "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah."    (Surah al-Kauthar:2)

                        Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."    (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

**bermula perbualan antara anak dan ibundanya "apa istimewanya asmaliza ni.?" ..krik krik krik
bartu saja hantar kembar sejati (Najwa) dan hasanah ke bawah. huwaa. bye bye. jumpe lagi minggu depan. :3

...........

I'm totally down. the minute you think of giving up,think the reason why you held on so long

Everything come to mind. Shouldn't come to tongue.

saya pernah terbaca satu pos yang berbunyi begini: kita sibuk nak jaga aurat, sibuk suruh orang lain tutup aurat. bila post gambar dekat FB, gambar kita memang dah tertutup likup. tapi masalahnya, orang yang berada dalam gambar bersama gambar tu tutup aurat tak? tolong pastikan ye. bila jadi macam ni, nampak macam kita pulak yang beri dosa pada dia kerana menyebarkan gambar dia yang tak menutup aurat untuk tatapan umum. 

lebih kurang macam tu lah cerita dia. tragis kan. tapi kan, ada je orang yang kononya nak berdakwah tapi dalam masa yang sama dia post gambar yang ermmm macam mana ek nak cakap. haa senang cerita macam ni je lah ye. 

sesiapa yang memakai legging, sama lah seperti kamu telanjang ( terus post contoh-contoh kaum perempuan yang memakai legging! habis terbuka aurat mereka. free free je dapat tayangan umum.)macam mana kalau ramai yang akan share post tersebut???. kasihan insan yang dalam gambar tu. waduh. tak boleh buat begini ya.  


bila dikritik, tahu pula nak melenting. masa mengkritik orang itu ini, tak fikir pula tentang perasaan orang tu? tu lah, mungkin sebab terlalu rasa yang diri tu dah baik sangat. okay, saya tak bercakap mengenai siapa orang tu. ini umum. mungkin boleh jadi saya lah orang nya.

**haha pelik tetibe guna saya saya. okay jom siapkan Inferential Statistic
 
opsss ni bukan saya punya. tapi Pang yang punya. macam mana boleh ada dengan saya entah. haha.jengjengjeng.

Selamat hari raya Aidil Adha part #1

semasa dalam perjalanan pulang dari kelas......aku pun terleka berborak dengan salah seorang rakan di DPP. tiba-tiba sedar tak sedar ade suara perempuan di belakangku menjerit. cepat-cepat aku palingkan pandangan ke arah budak tu. Ohh rupanya ada dahan pokok yang agak besar baru sahaja jatuh selepas aku melintasi tempat tersebut. perempuan tersebut bukan lah menjerit sebab dahan tu menimpanya. tapi dia menjerit disebabkan terkejut je. bila fikir-fikir balik, rasa bersyukur sangat. yelah cuba bayangkan kalau dahan tersebut jatuh tepat kearahku. uwaaaa!! tak dapat balik beraya lah cerita dia.


sekadar perkongsian dari Ustaz Sharhan :
Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)


malam ni, aku melihat anis, dhiya, azura dan fani melangkah keluar sambil seret beg diorang tu. eleh tak jeles pun. poie lah balik. taknak jeles lagi. makin jeles, makin demam pula. bye korang! semoga selamat sampai.