Sunday 21 August 2011

aku PEMBOROS



Assalammualaikum

3 hari 2 malam, sangat seronok berada di rumah Siti Saliana Sapri. Sempat aku belajar buat kuih tart nenas. Favourite aku tuuuu. Thanks saly sekeluarga. Halalkan ye Makan minum sepanjang 3 hari 2 malam ni.

Tapi aku tak terus balik rawang, aku dengan kakak aku singgah ke Jalan Tungku Abdul Rahman. Sementara mak aku dengan adik aku stay BTR atas urusan yang tertentu.

Sudah menjadi kebiasaannya, Jalan TAR ni memang selalu dikunjungi orang ramai dari serata tempat. Tapi bila tiba musim perayaan, lagi lah Jalan ni dibanjiri penghuni bumi. Bukan orang tempatan je, tapi orang dari luar negara pun turut serta membanjiri Jalan TAR. Rimas betul aku. Memang terlalu ramai.

Tiba tiba teringat yang shida suruh belikan shawl pink. Sir, yes sir! Disebabkan tu, aku sanggup pi redah orang ramai. Yang tak boleh bla nya, nafsu membeli shawl ni tiba tiba memuncak. Hhhaaaa amek kaw punya lah banyak shawl aku beli. Boros weyh! Sorry mum..nasib baik mak tak marah. Hee

macam dah dirancang je tiba tiba terserempak dengan saliana dengan mak dia dengan adik dia. Padahal tak rancang pun. So, kitorang balik sama. Masa sampai dekat BTR tu, ramai gila lah polis dekat pusat komuniti tu. Ouhh rupanya datuk Najib datang. Dia nak rasmikan pasaraya 1 Malaysia dekat situ. Ishhh tak habis habis dengan 1 Malaysia. 




penat tol tunggu adik aku tuh.tengok aku dah tangkap gamba


ni haa budak kecik ni. lambaaat

taraaa. takde keje. curi curi tangkap gamba belakang masjid.

ni masjid saidina othman. kitorang singgah sembahyang asar kat sini

ni bekas sekolah agama aku masa kecik kecik dulu. cantikk kan?

ni dekat depan apartman vista Amani

she's everything to me