Friday 20 September 2013

Malam Penghayatan Kemanusiaan


selesai sudah program Malam Penghayatan Kemanusiaan (MPK). tak expect majlis boleh berjalan dengan sempurna sebab even event dah nak mula, tapi masih ada lagi benda yang tak settle. surat2 masih lagi tergantung, peralatan, pentas masih lagi tak dapat. sebagai Pengarah Projek, aku lah satu-satunya orang yang paling gundah gulana. resah tak terkata sampai kad matrik aku lesap entah ke mana. masuk kelas pun hati tak tenteram dan akhirnya aku terpaksa skip kelas Linear Algebra untuk mengadap timbalan Naib Canselor. Dasyat.... walaupun lega lepas jumpa Timbalan Naib Canselor, tapi hati tak tenteram sebab ponteng kelas. Rupanya ada hikmah. petang tu, aku diberitahu yang kelas linear lecterr tak dapat datang. :D



Pengalaman terindah. Mungkin? Untuk pertama kalinya aku diberi tugas untuk menggalas tugas sebagai Pengarah Projek. Pada mulanya, aku tak rasa aku boleh terima. Penat aku buat muka kesian sampai termenangis bila berhadapan dengan orang yang mencalonkan aku tu (siapalah tu kan kan). Nak tak nak terpaksa terima. Paling tak tenteram bila kena cari AJK untuk MPK. Innallaha Maassobirin. Janji Allah itu pasti. J Alhamdulillah, satu persatu urusan ku dipermudahkan. Terima kasih kepada AJK2 ku yang sudi menerima tugas dari ku walaupun ada yang pertama kali memegang tugas tersebut.

Tak ku nafikan setiap sesuatu tu pasti ada dugaannya. Ya, aku diuji dan terus diuji sehingga pada satu masa tu dah hampir nak putus asa. Tapi bila terkenangkan AJK yang dah bersungguh laksanakan tugas, terus terbatal niat nak putus asa. Beruntungnya aku kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa bagi sokongan dan semangat. && terima kasih juga terutamanya kepada bonda yang mendoakan anakanda disini. Sepanjang dua minggu sebelum Program bermula, aku tak faham kenapa kepala aku kerap sakit dan aku kerap demam teruk. Dalam keadaan tak larat, masih lagi mampu untuk berfikir dengan waras “sakit, kesedihan, kecewa, kesusahan, itu ujian dari ALLAH” . Bila dah sakit, bilik pun kena tutup lampu awal la. Kesian roomate saya tu haa. Kesian dia kena tidur awal jugak,kesian dia kena pasang lampu study je. Hoho. Macam yang aku selalu cakap, aku beruntung sebab orang sekeliling aku sentiasa faham aku. Masalahnya, aku ni kadang-kadang yang tak boleh nak faham.

jutaan terima kasih kepada AJK2 ku. seramai 46 orang AJK telah berjaya menjayakan Program ini dengan jayanya. Walaupun surat kelulusan dari Tnc baru diluluskan pada petang hari kejadian. dan pada petang hari kejadian itu jugalah aku dipanggil oleh Unit Keselamatan UUM. kalau dekat luar, Unit keselamatan ni lebih kurang polis gitu. Siapa tak berdebar kan tiba-tiba dapat call dari UK ni. hmmmm hmmm. Aku dijemput untuk ke sana. siap naik kereta lagi. masa dalam perjalanan tu, haihhh macam-macam yang aku fikir. 

Sangkaan ku meleset. Fuh, kena mengadap pengarah UK wooo. aku dilayan baik. masuk bilik pengarah pun siap ada bodyguard. nak duduk pun ada orang yang tolong tarikkan kerusi aku. masa nak mula cakap dengan pengarah tu, aku sedikit gugup. tapi masih dapat dikawal. 5 minit kemudian,,,,,,,,,,, kami dah boleh bergelak ketawa dalam bilik tu. Sampai satu tahap tu, Tuan pengarah tu cakap aku ni banyak cakap sampai rasa lapar bila gelak banyak. hewhew.. bagi sesiapa yang menyangka UK ni bla bla bla or apa-apa sahaja yang negatif tu, sila buang jauh-jauh ye. 

Alhamdulillah tak ada satu pun masalah dengan pihak Uk. diorang cuma nak kan keterangan. bukan nya seperti apa yang korang sangka kan. 

**kepada sesiapa yang kena tengking dengan aku tu, I'm SoOrryyy. bila tengah tertekan, emosi tak dapat dikawal. maaf kepada roomate yang kena tengking teruk huhu

**Thanks to my dear roomate yang risau sangat masa aku sakit. Untung dapat roomate prihatin macam ni.

**Terima kasih to my mummy yg kerap call untuk tahu perjalanan program ku. dah terlalu banyak dia tolong. sampai jahitkan bendera palestin dan syria tengah-tengah malam.

**Alhamdulillah, berakhir sudah MPK....harap persahabatan antara AJK yang terjalin akan terus berterusan yee



Terima kasih kepada tetamu jemputan iaitu Salima Habibi dari duta aman palestin, Encik Wahab dari Aqsa Syariff Kedah, Pengerusi-Pengerusi SAHAM, PERKIM, DAMAI, Pengetua, dan barisan felo. ;)
setiap kali aku update blog, mesti dia akan tanya. "bila nak masuk cerita pasal saya???" haha