Tuesday 14 May 2013

LGBT


Assalammualaikum dan selamat petang ^,^

seharian tidak tidur gara-gara nescafe. atas sebab apa aku perlu ambil nescafe lagi?? semua nya sebab quiz calculus II .Tak salahkan Calculus II pun. ye, salah diri sendiri sebab banyak sangat main untuk sem ni. Dan sangat risau untuk menghadapi final .Grr grr
 
she's my twin. wakaka.
Memandangkan aku memang dah tak nak amalkan tidur petang-petang ni, jadi terpaksa cari aktiviti lain yang dapat menghalang aku untuk lelap. pantang ada program, in shaa allah akan ade lah aku dekat situ. Untuk hari ni, kalau ikutkan nak pergi program yang dianjurkan oleh bahagian keusahawanan UUM, tapi balik je kelas tadi, tengok-tengok dah habis. ape boleh buat, rezeki tak menyebelahi. Di sebelah petang nya, aku dan kembar, telah pergi ke satu program Forum Intelektual yang bertajuk 'Budaya Songsang & Epidemiknya Dalam Kalangan Masyarakat". Program ini dianjurkan oleh DAMAI UUM,DPP BSN dan Law Students' Society. Ahli Panelnya terdiri daripada Ustaz Mohd Izhar Ariff (Pensyarah Fiqh UKM), Encik Muhammad Salleh Ahmad ( Pengarah Pusat Kauseling UUM) dan Dr. Zainal Amin b. Ayub (Pensyarah Undang-undang UUM). Alhamdulillah, banyak input yang diperlehi dari program ni. dan sangat kagum dengan budak-budak law. cuba bayangkan, macam mana lah diorang boleh ingat semua akta yang ada dekat Malaysia ni. fuhh berpeluh aku tengok diorang. Dan kini aku faham, kenapa ramai masyarakat bangkit untuk melaksanakan hukum hudud. tahu sebab apa? sebab, tiada tindakan undang-undang yang akan diambil jika seseorang itu mahu melakukan hubungan seksual diantara lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan dan seangkatannya. Hal ini semakin berleluasa dikalangan para remaja yang ghairah dengan budaya inggeris yang dibawa dari luar. Oleh sebab itu, kita perlu mempertahankan syariat islam. #INIKALILAH


Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).

Berikut ini cerita mengenai dihancurkannya umat Nabi Luth tersebut dalam Alquran.”Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan istri-istri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.”(QS Asy-Syu’araa [26]: 165-166)

Ajakan Nabi Luth ini justru ditolak oleh umatnya. Bahkan, tatkala Allah SWT mengutus dua orang malaikat dalam wujud manusia kepada Nabi Ibrahim dan Luth (QS Adz-Dzaariyaat [51]: 32, Hud [11]: 62-81), mereka malah meminta Luth untuk menyerahkan kedua tamunya itu untuk dinikahkan kepada mereka. Lalu, Allah menghancurkan umat Luth ini akibat perbuatannya.

Dijelaskan umat Nabi Luth ini dihancurkan dengan cara dijungkirbalikkan (yang atas ke bawah, dan bawah ke atas) lalu dihujani dengan batu belerang yang terbakar secara bertubi-tubi. Selama ribuan tahun terkubur, kini jejak atau sisa-sisa kehancuran umat Nabi Luth ini berhasil ditemukan oleh para ahli arkeologi di sekitar Laut Mati.

terima ksih diatas perkongsian dari ustaz tadi. sangat seronok dapat jumpa live dengan ustaz yang selama ini hanya aku tengok di salah satu rancangan televisyen iaitu tanyalah ustaz. suka dengan cara dia bagi pendapat dan hujah. Cara Dakwahnya juga berjaya menarik minat aku. untuk pengetahuan semua, Ustaz ni bukan hanya masuk dalam program tanyalah Ustaz sahaja. banyak lagi. siapa yang rajin tengok tu mesti tahu kan.

**thank you very much Ng Yi Chun for the present.  ^,^ terharu tengah study tiba-tiba ada orang ketuk bilik bagi hadiah dari kachi. budak tu kata ni hadiah dedikasi dari yi chun. whoaaa. siap ade kad ucapan. dia kata tu hadiah hari jadi yang tak sempat nak bagi. yeaaa. walaupun berbeza agama, tapi kitorang tak pernah pun jadikan tu sebgai halangan untuk kami rapat. heee