Sunday 23 June 2013

Summer Camp


Assalammualaikum


Alhamdulillah selesai sudah program Kem Kecemerlangan Pelajar UPSR yang telah dipengerusikan oleh rakan aku sendiri iaitu Nurul Ain Binti Abdul Rahman. aku sebagai fasilitator dan juga merangkap biro Protokol dalam program ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan pengarah serta barisan AJK pelaksana program yang telah bertungkus lumus menjayakan program yang bagi aku cukup indah dan bermakna dalam hidup aku. sebelum program bermula, kami telah mengadakan meeting sehingga lewat malam dan aku sangat kagum dengan kesungguhan para AJK pelaksana kerana sanggup mengorbankan masa walaupun exam masih belum selesai. Lain lah kalau aku yang dah pun habis exam. Itupun habis je, terus kena bergerak buat itu ini. Langsung tak sempat nak rehat.


20 Jun, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Seronok menyambut kedatangan para jemputan di Pusat Islam. Pengarah Pusat Islam dan Ustaz Yus cakap, program kami dapat sambutan yang menggalakkan. dewan penuh dengan ibu bapa para pelajar. Bila tengok budak-budak darjah 6  ni, automatik teringat dekat abang (**adik akuuuu)..abang pun darjah 6 juga. dia pun bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. haihhhh rindu melanda. rasa nak menangis je masa sambut tetamu. ada yang perangai sebijik macam abang. sobs :') .Masa ni, diri tak berapa sihat dan kepala rasa saaaaaaaaaaaaaaangaaaat sakit. yelah kan, dah lah baru lepas memerah otak untuk exam, tup tup kena handle jadi biro protokol yang sangat asing bagi diriku.

Fani,asma,wa (ASFAWA) #Biro Protokol #Fasilitator #Sime Darby #Pusat Islam 
selamat datang adik-adik ;)
sangat seronok bila dapat kendalikan budak-budak ni.kalau boleh nak je ulang balik masa yang dah berlalu. teringat masa tolong diorang bawa barang, suka betul diorang masa tu. hari pertama je, budak-budak lelaki dari SKDWK, mintak numbo aku dengan wa,. haha gatai beno budak ni. nak ngorat pun tunggu habis program lah ye dik. hah rindu lah irwan dan kawan-kawan dia. sobs :') Oh ya, jumlah mereka kesemuanya adalah seramai114 orang dan mereka terdiri daripada 5 buah sekolah. Antara sekolah yang terlibat ialah Sek. Keb. Dato' Wan Kemara, Sek. Keb. Bukit Tangga, Sek Keb Bukit Kayu Hitam, Sek Keb Sintok, Sek Keb Batu lapa. Mereka adalah antara pelajar-pelajar cemerlang. Ada sesetengah pelajar yang sangat matang pemikirannya. seronok melayan kerenah mereka sampaikan lupa semua kesakitan. Kagum dengan sikap mereka yang tak lepas dari menyebut "terima kasih abang, terima kasih akak". Bayangkan, masa aku tegur "dik, cepat sikit...kena tinggal nanti." "eeeee dik, ape main2 ni," "dik, berat tak barang?meh akak tolong bawa kan" "dik, lapar ye, kejap lagi kita makan ye" haaaaaaaaa tahu tak apa antara jawapan-jawapan yang aku dapat?? semuanya " baik kak" "saya mintak maaf kak" terima kasih kak" dan mereka tak pernah sekali pun bermasam muka walaupun kena marah. terima kasih adik-adikku sayang. :')


ouch ! that' my group. dah kenapa aku pulak macam aku yang tolong buatkan tu?? hee
cuba teka dimana saya. HA-HA


kali pertama berkenalan dengan kumpulan aku, iaitu kumpulan 1 (Clever's). mereka tersebut adalah Megat, Nabil, Emir, Husna, Aina, nazirah, Nadirah, heefa. setiap orang, ada perangai masing-masing. Tapi alhamdulillah aku selesa dengan diorang. sangat sempoii dan erghhh susah juga untuk mengawal mereka. tapi, banyak kelebihan yang aku nampak pada mereka. terima kasih dik, sayang korang. rindu okay. Untuk pengetahuan semua, LDK dilakukan sepenuhnya dalam bahasa inggeris. Apa yang aku nampak, penguasaan mereka dalam bahasa inggeris sangat Mantop. hihi. teringat pulak masa mereka kena bentuk logo dan moto kumpulan. kelakar lah diorang ni, megat yang ketua kumpulan tu pun boleh merajuk bila aku suruh dia present. si nabil pulak makin lama makin mengundur kebelakang sebab risau kalau-kalau aku suruh dia kedepan. heefa dengan Nadirah paling matang dalam kumpulan tu. kelakar lah korang ni. comel sangat tengok gelagat korang. **kesian nadirah terpaksa bergerak menggunakan tongkat. dia bar je terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama ayahnya. semoga cepat sembuh ye dik, toksah nak agresif sangat ye. tersenyum kambing aku bila teringat aku pulak yang merajuk bila diorang masing-masing tak nak kedepan untuk present. aku dah sampai nak bangun n tinggalkan diorang masa tu, terus diorang tarik aku dan mengalah. akhirnya nazira yang bentang. kesian dia. terima kasih semua. akak seronok sangat dengan korang :)
terbaik lah penceramah dari Maahad Tahfiz ni. solute sama dia.


seronok betul budak-budak tu bila dapat masuk library
masuk je, semua terus search result exam dekat internet. baru aku tahu diorang sekarang nak check result kena on9
=)
turun tangga elok2 ye adik-adik
ceramah untuk hari kedua paling terbaik. Penceramah  yang bagi ceramah tu memang bagus dan meninggalkan kesan yang mendalam sangat dekat budak-budak tu. termasuk si kakak dan abang fesi yang ada dekat situ. standard lah kalau pergi kem2 budak sekolah, memang ada je ceramah tentang "cuba bayangkan kalau ibu ayah kita dah takde?" haaa meraung terus bebudak tu. tapi ceramah kali ni sangat menarik, memang ada ceramah tentang a'kalau ibu bapa dah takdek sume" tapi yang uniknya, masa permulaan, penceramah selitkan topik sayang kepada rasulullah. Ramai juga yang sentap masa ni. termasuk lah aku. hihi. berdasarkan apa yang aku tengok budak-budak dalam kumpulan aku ni, ada yang lebih kepada sukan. ada juga yang bila masa sukan, dia mesti sebut alaaaaaaaaaaaaaaa. tapi bila time LDK yang melibatkan IQ dia cakap YESS !!! YEAY ! haa Nabil lah orang nye tu.


P/S : Penceramah pada hari kedua tu merupakan timbalan kepada Maahad Tahfiz Al-Barakah (MANKAB) di Tikam Batu. Maahad tahfiz yang telah terbakar dan telah mengorbankan insan mulia , adik Aiman Nur Hakim Yahya, 13. mendengar pengalaman dan cerita mengenai tragedi itu dari penceramah ni, membuatkan ramai yang menangis. sedihnye... ALLAH sangat menyanyagi dirimu. ALLAHUAKBAR. ALLAH telah tunjukkan kekuasaanNYA. In Shaa ALLAH, syurga jaminan bagi orang-orang yang beriman. :')

Wednesday 19 June 2013

Mentally and Physically Exhausted

Assalammualaikum...

Habis exam, semua nak jerit dekat aku "MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA !!!! " ahha,, habis paper, maksudnya dah merdeka ye ?? bagi aku, selagi belum keluar result, selagi tu aku tak rasa pun yang aku dah merdeka. aku dah usaha, Let ALLAh do the rest. Tawakal is having full faith of ALLAh that HE will take care of you even when things look impossible. Rezeki ada di mana-mana, datang tanpa diduga, tepat pada masanya. yang pasti masanya akan  tiba. apa yang penting, doa dan tawakkal ;) Baru habis exam, ingatkan dapat relaks ke? hahaha. aku hampir terlupa yang aku terlibat untuk program edu Summer Camp. Jadi, selaku Biro Protokol terpaksa bertungkus lumus bersama najwa dan fani menyiapkan teks ucapan. Rasa macam budak-budak darjah enam je sebab dah lama betul rasanya tak buat karangan. Asyik kena reject je. menyedihkan betul.wuuuu

Baru balik meeting untuk program Summer Camp besok. first time aku attend meeting sampai pukul 2 pagi. rasa dia memang, phewww penat penat penat penaaaaaaaaaattttt. Hahaha. Sometimes you just can't tell anybody how you feel. "I have such a tough time explaining how I feel." :3 Perhaps I don't even know what "a goodnite sleep" is. I really need an enough sleep. ZzzZzz

Laici ohhhh laici

sebelum tu, ada sesuatu yang menganggu fikiran aku. tak melibatkan sesiapa pun. Tapi terbaca satu Quotes dari siapa entah yang berbunyi lebih kurang beginilah ye "Benci lah diri ini sebanyak mana yang mungkin, tapi jangan pernah benci dengan apa yang diri ini pernah sampaikan kerana kelak, apa yang disapaikan itu akan menjadi panduan buat hidup kalian atau mungkin juga satu hari nanti, kalian akan mula terfikir akan betulnya apa yang diri ini telah sampaikan." hmmm sangat mendalam apa yang diperkatakan tu. Auto terukir senyuman. lalu diri bertanya, senyuman apakah ini????? ahha.. senyuman kebahagian disebalik kata-kata tersebut. ;)

dah mengantuk sangat dah dengar kak Presiden JKPS bagi tugasan untuk kitorang. Bila yang lain tengah riuh berbincang, kitorang pe lagi,, mohh ler kite bergambo dulu ye

#Fasilitator #BiroPrtokol @Najwa @Ina #Usaf

Dear you,
I don't hate you, I'm just disappointed you turned into everything you said you'd never be. thank you for always being a good listener, always making fun of me. you such a good partner I never had before. Lastly, thanks for your support and understanding

Doakau untuk Hari ini,
#Ya ALLAH, jauhkan lah diriku dari kelekaan serta kealpaan dari menyebut dan mengingati MU. :') Perbetulkan niatku agar aku ikhlas selalu..Tetapkan hati ini agar tidak tergugat iman di hati disaat ujian menyapa.

**awal dia tidur hari ni. haiihhhhh penaaaaat. perlu rehat yang secukupnya sebelum majlis bermula petang esok . ^,^

Monday 3 June 2013

Berserah

Bismmilahirrahmanirrahim..

“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Mu Illahi.
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Mu Pencipta kami lebih daripada segalanya.
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Agama Mu hingga ke akar umbi.
Dan dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang Engkau diredhai.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan CINTA JARAK KEJAUHAN itu kepada aku dan dia

teguhkan lah iman dalam diri, moga dikau dapat merasai betapa indahnya nikmat ilahi. yakinlah dengan pasti, dunia tidak kekal abadi. hanya menguji cekalnya hati sebagai khalifah dimuka bumi ini. 

Bersabarlahh, mungkin ada hikmah kenapa permintaan kita masih belum ditunaikan. Allah lebih mengerti apa yang terbaik buat kita. Mungkin Allah nak hadiahkan sesuatu yang lebih indah untuk kita pada suatu hari nanti

Kurebah didalam dakapan hiba
Sepi kurasa…
Sekali kukenang, jelas terbayang
Hakikat diri serba kekurangan
Ku menyedari kelemahan diri
Tiada mensyukuri segala nikmat yang diberi
Kumempersiakan kurniaanMU tuhan
Sedangkan ihsan
Tak terbatas ternilaikan
Sesungguhnya aku tidak berdaya
Hanya berserah pada yang Esa
Memohon keampunanNYA
Mengaharapkan keredhaan dari NYA

Sesungguhnya padaMU ya ALLAH aku berserah

GOOD LUCK warga UUM yang menduduki peperiksaan akhir. selamat maju jaya ^,^