Sunday 31 March 2013

#BAKSIS #KLK #BBSM


Assalammualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Apa khabar semua? okay? okay okay okay. tak ada apa yang nak diceritakan. cuma ingin berkongsi pengalaman cuti hujung minggu je. hehe

ye, sangat excited masa sebelum nak bertolak sampai aku dah tak senang duduk dekat kelas management tu. asyik tengok jam. serius terasa lama sangat masa tu berjalan. dah lah barang2 tak kemas lagi, baju pun tak tahu nak bawa yang mana. ye, memang aku suka ber-camping ni. memang sejak kecik lagi. paling best perkhemahan yang aku pernah pergi setakat ni, masa kem kadet polis dekat hutan apa tah. yang pasti dekat perak. kem ni bukan untuk bersuka ria. 5 hari di tapak perkhemahan, kitorang bertanding kawad, mara lasak, pandu kompas dan menembak. Gua fit masa ni, mara lasak dapat nombo dua. dan gua rindu nak pegang M16 lagi.sobsobs . okay, aku dah macam lari topik ni

walaupun gua tak berapa sihat, kite join je aktiviti diee. huahua. terima kasih kepada sahabat tersayang especially farhani yang tak jemu2 dok bertanya "asma okey?" haaaa suwiitt lah die. sayang awak okay =P
gambar ni tak ada kena mengena pun  dengan program BAKSIS ni. tapi ni lah suka duka dengan BFF masa kadet polis dulu.rinduu

walaupun perkhemahan kali ni tak se-adventure macam kem kadet polis, fuhh tapi tetap terasa keseronokkan dia. sampai sekarang masih segar diingatan. walaupun sedikit kecewa bila tak dapat tidur lena masa hari kedua tu, hehe tapi ada hikmah disebaliknye. nak dijadikan cerita, kem tu hari pertama je tidur dengan keluarga angkat. hari kedua kitorang dah pasang khemah. tapak perkhemahan kitorang betul2 bersebelahan dengan kubur. seram. tapi buat dunno je lah. bila kita yakin Allah jaga kita, semuanya akan okay. baik sungguh hati mak abah bila sponsor dua khemah untuk anak2 angkat die. ni yang makin sayang ni. anak angkat mak abah ada 15 orang. memandangkan mak abah punya rumah besar sangat. tu yang ramai tu. tapi, yang paling aku rapat dengan syikin, wani, su dan kak fadhilah. =) .tapi aku selalu berkepit dengan fani hehe . paling best lah bila kebetulan ekin ni makcik die duduk bersebelahan dengan kampung ni. jadinya makcik die hantar makanan banyak2 .tu yang aku paling suka tu. thanks ye sebab gembira kan perutku. huahua

ni masa acara mandi minyak oleh ahli seni silat gayung. rupanya orang2 kampung dekat sini memang kuat dengan silat. hebat2. aku teruja gila. lagi2 masa diorang buat pertunjukan berlawan guna pedang, buluh, keris. lima bintang untuk mereka

tergelak kawan2 aku bila dengar yang aku tak pernah kenal buah koko. bagi sesiapa yang ta kenal juga,haa ni dia buahnya. isinya putih. manisss. rupanya cokelat yang aku makan selama ni macam ni rupa asalnya. =)

rinduu nak peluk2 dengan gemok. geramm. rasa macam nak gigit je kucing gebu ni. anak kucing ni, kalau buat ape kat die, die diam je. ishhh manjaa

mak abah asyik busy uruskan itu ini. maklumlah, diorang sebahagian dari orang kuat yang uruskan perkhemahan ni. dan aku rasa sangat2 beruntung bila terpilih untuk jadi anak angkat mereka. walaupun sejak hari pertama lagi, aku dah jatuh sakit, namun langsung tidak mematahkan semangat aku untuk terus kekal berada di kem itu. yelaa, sapa larat kan kalau dah sampai tak boleh bangun, asyik terbaring. fuhh dugaan betul lah. ehh terlupa pulak nak kenalkan adik beradik angkat aku kan. okay, yang sulung dah kahwin dah. sama cantik. patut lah ankan dia comel sangat. yang kedua bakal berkahwin bulan sebelas ni. jangan lupa jemput ye kak hanim. yang ketiga, hafizi, mula2 ingat umur dia dalam 20-an. rupanya laaaaa..krikk krikk.. baru 16 tahun rupanya. sebaya je dengan adik aku. yang keempat adik arif. comel comel comel. masa tidur dalam khemah. budak ni tidur sebelah khemah dengan aku. asyik duk mengacau aku je. tapi, sikit pun aku tak rasa terganggu. seronok layan budak kecik ni sampai ke pagi. =)) walaupun mak dengan abah bagi pilihan sama ada nak tidur balik rumah atau tidur dekat khemah je, namun setelah dibincang2 denagn adik beradik angkat yang lain, kitorang sepakat tak nak tidur rumah. serius tapak perkhemahan tu meriah sungguh . dah macam hari raya pulak aku rasa. walaupun tidur dalam khemah

hee. gambar dengan kak hanim , anak kedua mak abah tak ade pun. sebab die je yang asyik amik kan gambar. gambar bawah ni gambar dengan anak sulung mak abah yang dah kawen. jeless ok. okay aku mmg suka jeless dengan orang yang dah kawen ni. *sila abaikan*

ni anak abang yang sulung tu. comel kan kan. budak ni ramah sangat hewhew
alolololo. ni anak kedua dia. baby ni baru 2minggu lahir. tengok tu, masih merah. #Lelaki. *pliss take note syamim

Really enjoy every single moment at kampung sungai Bongkok. the good, the bad. thank to Allah through it all. counting the days until we meet again. #keepHoping