Saturday 2 March 2013

Sekadar Perkongsian


Barang siapa yang mengucapkan perasaan syukur dalam keadaan dia mengalami kedukaan, dialah akan dilimpahi berbagai-bagai kebaikan oleh Allah.
Janji ini dinyatakan oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 156 hingga ayat 157 bermaksud: “Orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Mereka itu ialah orang yang dilimpahi berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
tidak ada satu musibah pu  yang menimpa seorang muslim kecuali ALLAH menghapus dengannya dosa-dosanya, sampai pada duri yang menusuk.
                                                                                                            HR. AL Bukhari


Wahai, pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian dariMU
ku pasrahkan semua padaMU
tuhan baru ku sedar
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini kuharapkan cintaMU

kata2 cinta terucap indah
mengalun berzikir di kidung doaku
sakit yang kurasa
biar jadi penawar dosaku
butir-butir cinta air mataku
teringat semua yang kau beri untuk ku 
ampuni khilaf dan salah selama ini
ya Ilahi
Muhasabah cinta

tuhan...
kuatkan aku
lindungi aku dari putus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku denganMU


"Hari ini, apa yang sudah ku buat untuk Allah?"

Selamat Tinggal Pejuang Negara

semoga perjuangan mereka sentiasa dibalas baik oleh ALLAH SWT

Sayunya hati apabila terbaca berita mengenai apa yang berlaku di lahad datu, sabah.  isu yang mencabar Kedaulatan Negara ketika ini berhubung pencerobohan bersenjata tentera Diraja Sulu di Lahad Datu. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum  ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu. Tapi, Aku terbaca artikel yang mengatakan ini semua salah UMNO, taktik kotor UMNO?? Ada juga yang menyatakan ia adalah rancangan dari Anwar Ibrahim?? Jangan suka menuding jari kalau tak ada bukti yang kukuh. Ayuh! Bangkitlah ! jangan jadi orang yang suka menyalahkan orang lain.
Antara yang terkorban dan yang tercedera:

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (terkorban)

4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).

suka untuk aku katakana bahawa, allahyarham Inspektor Zulkifli B. Mamat adalah bekas pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Allahyarham pernah melibatkan diri dalam Kor-Sukarelawan Siswa Polis atau Kor SUKSIS dan merupakan graduan lepasan ijazah sarjana muda jurusan Komunikasi. Sedih tatkala aku menatap gambar allahyarham. Makin sayu apabila terbaca mesej terakhir beliau yang aku temui di internet yang kian tersebar oleh teknologi yang semakin canggih ini. Kental nya allahyarham untuk menegakkan tanah air tercinta =’( semangat juang yang tidak ada dalam diri semua orang. Selamat jalan PAHLAWAN NEGARA !!!

meskipun aku pernah menyertai dengan aktifnya pasukan kadet polis sekolah dengan penuh semangat…tapi, semangat juang itu tidak sama seperti para pahlawan yang telah bersungguh2 menyelamatkan Negara sehingga menggadaikan nyawa mereka. Semoga para pejuang yang telah menghadap Sang Pemilik Nyawa, akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Dari DIA kita datang, dan kepadaNYA kita dikembalikan. =’)

Allahyarham Inspektor Zulkifli Bin Mamat ,alumni UUM dari DPP YAB *Copy paste dari sahabat  @ senior Muhammad Mohamad idris*

**Copy paste dari sahabat  @ senior Muhammad Mohamad idris*
“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 SKUAD 2/2006 INSP. ZULKIFLI MAMAT DAN SJN. SABARUDIN DARI UNIT 69 KOMANDO YANG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU.”

Nor Aziah, isteri kepada Allahyarham INSP Zulkifli. semoga dia tabah mengharungi dugaan ini