Saturday 30 April 2011

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, jika diri tak seindah SULAIMAN, mengapa mengharap teman setampan YUSUF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA, tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, jika tak sekuat SARAH, mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,,

Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat,
Tak guna ada hati kalau tak tau menilai…
Cubalah belajar untuk menghargai orang yang ada di depan mata tuh okay. Hidup ni macam roda. Kejap kita diatas, kejap kita di bawah. Sebelum roda hidup kita berputar melingkari arus masa, hargailah selagi termampu.




note for myself : perlu ke aku jadi insan yang hanya bertepuk sebelah tangan??

Friday 29 April 2011

PATIENCE to accept the truth.

islam is the best way of life


Carilah hikmah dalam setiap ketentuan ALLAH, supaya timbul rasa kesabaran & kesyukuran, setiap yang payah itu pasti ada kesenangan, setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran, jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh beri halangan, namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tak akan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman…

Lalu aku ingat kepada perjanjianku,
Denganmu Ya ALLAH. . .

Perjanjian yang saban hari aku perbaharui, solatku, ibadahku, dan matiku, hanyalah untukmu, tuhan sekalian alam.. Bukankah hidup itu untuk mati, dan mati untuk hidup yang lebih tinggi, lalu aku mengerti, apa tujuanku dihidupkan dan dimatikan.

Moga aku diberikan kekuatan untuk menerima segala takdir yang telah tertulis sejak azali. Amin..berterima kasih & syukur pada ALLAH di atas segalanya..bersangka baiklah dengan ALLAH, pasti ketenangn yang kita kecapi

Tuesday 19 April 2011

Sihat tak hari ni? Aku? Sedang sedang sahaja. Perasaan aku tak berapa stabil. Entah mengapa aku terasa begitu terbeban dengan perasaan aku. Susahnya rasa jadi dewasa. Sekejap ya, sebelum terlupa baik aku ingatkan diri sendiri yang aku ni belum cukup dewasa lagi ok. Adalah lebih kurang 71% daripda diri aku yang dah dewasa. Apa agaknya perasaan aku ketika aku berusia 6 tahun?? Hummm.. susah juga nak ingat.aku agaklah, aku ni banyak bergembira masa tu.

Baru aku perasan boleh tahan juga aku ni dulu ya. Apa apa pun sekarang aku harap aku jadi budak 6 tahun semula sebab masa tu aku gembira, aku tak ada masalah, aku rasa selamat. alangkah bagusnya kalau aku dapat perlahankan waktu. Kadang kadang aku rasa aku belum bersedia buat apa yang aku dah buat, rasa apa yang aku dah rass & fikir apa yang aku dah fakir. Kan bagus kalau aku boleh jadi budak umur 10 tahun selama 2 atau 3 tahun.
laa,.! Aku nak tukar dia tak kasi pulak. Benci tol. Dia ingat kat sini dia bos ke?? Dah lah suka mengarah orang. Perasan bos betul lah kak jie ni. Padahal abang Zafrul lagi berkuasa dari kaw okay. Nasib baik ada abang Zafrul. Lepas je aku mengadu pasal siz baju kecik, terus abang Zafrul masuk ofis tua saiz. Ahaha. Kak jie pandang je aku. Tak takut pun lahh.

Disebabkan WONDER GIRL hari ni cuti, aku kenalah balik sorang. Bagus jugak. Aku bosan dengar cerita belagak dia tuh. Masa tengah tunggu lt, aku dengar macam ada orang panggil nama aku je. Dalam hati “eh, perasaan aku je ni.sape plak yang jeritjerit pnggil nama aku i?”. agak lama aku dengar nama aku dipanggil.aku try pandang kiri kanan. Ku nampak ada orang lambailambai kat aku. Aku tak nampak pun sebenarnya. Bila dah dekat sikit bau nampak muka diorang. E’eleh! Siti Fareedah & Siti Saliana rupanya. Kalau ikutkan hati nak je peluk dorang!

Friday 15 April 2011

Seluruh badan aku ni sakit. Kaki terutamanya. Walaupun hanya berlenggang untuk ke tempat kerja,tapi jarak beberapa kilometer tuterasa jauh lah. Seperti resipi memasak, tambah tiga mangkuk latihan kadet, dua cawan bebanan belajar & secubit tugasan pepustakaan dan sidang redaksi secukup rasa, dapatlah menu “tubuh letih, otak letih”. Tapi ni resipi dulu dulu. Sekarang, resipi dah tukar. Tambah 5 mangkuk layan perangai WONDER GIRL, 3 senduk layan perangai kak G, tambah sedikit 2 sudu layan perangai pelanggan. Maka terhasillah “tubuh letih hati hangat”.