Monday 3 June 2013

Berserah

Bismmilahirrahmanirrahim..

“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Mu Illahi.
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Mu Pencipta kami lebih daripada segalanya.
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Agama Mu hingga ke akar umbi.
Dan dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang Engkau diredhai.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan CINTA JARAK KEJAUHAN itu kepada aku dan dia

teguhkan lah iman dalam diri, moga dikau dapat merasai betapa indahnya nikmat ilahi. yakinlah dengan pasti, dunia tidak kekal abadi. hanya menguji cekalnya hati sebagai khalifah dimuka bumi ini. 

Bersabarlahh, mungkin ada hikmah kenapa permintaan kita masih belum ditunaikan. Allah lebih mengerti apa yang terbaik buat kita. Mungkin Allah nak hadiahkan sesuatu yang lebih indah untuk kita pada suatu hari nanti

Kurebah didalam dakapan hiba
Sepi kurasa…
Sekali kukenang, jelas terbayang
Hakikat diri serba kekurangan
Ku menyedari kelemahan diri
Tiada mensyukuri segala nikmat yang diberi
Kumempersiakan kurniaanMU tuhan
Sedangkan ihsan
Tak terbatas ternilaikan
Sesungguhnya aku tidak berdaya
Hanya berserah pada yang Esa
Memohon keampunanNYA
Mengaharapkan keredhaan dari NYA

Sesungguhnya padaMU ya ALLAH aku berserah

GOOD LUCK warga UUM yang menduduki peperiksaan akhir. selamat maju jaya ^,^