Thursday 21 March 2013

sekadar perkongsian


setiap pagi, sedekahkan lah al-fatihah kepada kedua ibu bapa kitatidak kira masih hidup mahupun telah menghadap ilahi...nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.. berdasarkan hadis Nabi, "tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

maksud disini, jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua orang tuamu baik yang masih hidup ataupun yang telah tiada. Allah akan memurahkan rezeki kepada sesiapa yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa walaupun ada ibu bapa yang leka, doarkan lah mereka supaya ke pangkal jalan,. ingatlah , bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT. semasa berdoa, doalah dengan bersungguh-sungguh, bayangkan wajah mereka. mereka yang lupa berdoa kepada kedua ibu bapa mereka akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Manisnya Cinta bersulam keimanan

serius siapa tak datang masjid malam tadi rugi sangat sangat.

program yang dipengerusikan oleh sahabat saya, Adenin dengan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri dari sahabat saya juga. program yang sangat mendapat sambutan. program ini dimeriahkan lagi dengan  kehadiran para penceramah yang tidak kurang hebatnya. walaupun sekatan terhadap Syeikh Zainul Asri namun tetap bersyukur dengan kehadiran anak didik beliau. dan jangan terkejut ye, ini merupakan julung kalinya program berqasidah oleh kumpulan Qasidah dari Maahad darul hadis seperti ini diadakan di Masjid UUM. Tahniah !! 

bacaan imam masa solat isya' mampu membuat para jemaah mengalirkan air mata. sangat merdu. terasa keikhlasannya. doa yang dibaca, penuh dengan kesyaduan. penuh dengan kata-kata yang mampu menyentuh  hati bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya.

tersentak seketika masa, ceramah berkaitan cinta terhadap Rasulullah. barangsiapa berselawat sekali ke atas baginda, Allah akan membalas 10 kali ganda selawat terhadap kita. barangsiapa berselawat dengan banyak, mereka itu lah yang layak menerima syafaat daripada Rasulullah saw di akhirat kelak. hanya berselawat, itu tidak cukup untuk membuktikan cinta kita pada baginda. mai pakat ramai-ramai amalkan sunnah nabi. =)

Syeikh Zainul Asri
selama ni, aku selalu tanya kawan-kawan aku, "macam mana nak istiqamah?" .aku sibuk bertanya. tapi aku bukan buat pun. malam tadi, aku tersedar sendiri. alhamdulillah, di rumah Allah, Allah sedarkan aku. =') . betapa agungnya cinta Allah terhadap hambaNYA..

Doaku untuk hari ini:
Ya Allah, jangan KAU pesongkan hati ini setelah KAU beri hidayah. Jadikan lah aku seorang hamba yang sentiasa bersyukur diatas nikmat yang telah kau limpahkan kepadaku pada hari ini.