Friday 12 July 2013

mayat Firaun tak reput??

alhamdulillah, hari ni, masuk hari ketiga berpuasa. Hari ni, adik aku yang dua orang tu, balik je sekolah, terus bukak laptop aku. nak tengok video-video katanya. setiap video yang diorang tengok, ada sahaja soalan yang diajukan. Macam biasalah aku lah mangsa yang kena jawab soalan-soalan diorang tu. kadang-kadang soalan dia tu buat aku rasa betapa malu nya diri ni bil;a tak dapat nak jawab soalan tu. kesimpulannya, memang kena bersedia dengan soalan-soalan diorang. soalan terakhir yang diorang tanya tadi, menarik minat aku dan mak. "kenapa mayat Firaun tak reput?".

Ooo terkedu seketika. abang ni memang, dia memang suka bertanya. kadang-kadang dia tanya sampai aku sendiri rasa malu sebab tak tahu nak jawab apa. 

Ayat dalam al-Quran yang tertulis:

"...Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar)..." (Yunus: 90-92)

Al-Quran telah merakamkan bagaimana Firaun apabila hampir tenggelam telah mengaku beriman kepada Allah tetapi taubatnya tidak diterima melalui ayat 90-92 surah Yunus yang mana maksud Allah berfirman : Dan Kami memungkinkan bani Israel menyeberangi laut laulu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya kerana mereka mahu menganiayai dan menindas sehingga apabila Firaun hampir lemas berkatalah dia :” Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh bani Israel dan aku termasuk oarang-orang yang berserah diri kepada Allah. Adakah sekarang engkau baru percaya sedangkan sebelum ini engkau telah mendustaiNya dan engaku termasuk dalam golongan mereka yang melakukan kerosakan. Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu agar dapat menjadi pengajaran kepada umat selepasmu dan sesungguhnya kebanyakan manusia alpa dengan tanda kekuasan Kami. Ayat ini juga menerangkan bagaimana tubuh Firaun tidak hancur ditelan ombak atau dimakan oleh ikan tetapi sebaliknya jasadnya telah dibawa oleh ombak ke tepian pantai untuk disaksikan oleh kaumnya bagaimana Firaun yang sebelum ini mengaku tuhan telah mati lemas dan telah dibinasakan dengan cara yang hina. Jasad ini dipercayai masih wujud bersama-sama mumia yang lain di muzium Mesir melalui kajian beberapa orang pakar dari barat. Ini menunjukkan kepada kita  mukjizat Al-Quran dan menafikan ia adalah tulisan nabi S.A.W. Selain itu Al-Quran turut merakamkan tentang umat dan rasul serta nabi sebelum baginda S.A.W untuk menjadi renungan bukannya sekadar dibaca sahaja. Jika kita perhati dan baca dengan penuh pemerhatian maka kita dapati cerita di dalam al-Quran ada yang hanya terdapat dalam satu surah dan ada yang terdapat dalam beberapa surah yang lain. Allah juga menceritakan perkara ini secara rambangnya jika kita teliti, cerita ini putus-putus dan tidak secara penuh sebaliknya Allah menceritakannya pada sesuatu keadaan yang penting dan boleh diambil pengajaran sahaja. Ini membezakan al-Quran dengan buku sejarah atau buku cerita yang lain.

Maksudnya: Allah membiarkan mayat Firaun tidak reput sehingga hari ini. Tujuan mayat tidak reput kerana mayat ini untuk dijadikan pengajaran kepada manusia hari ini.

No comments:

Post a Comment