Saturday 2 November 2013

Semoga Ahmad Ammar tenang bersama Sang Pencipta.


Saidina Ali pernah berpesan beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam.terpedayalah orang yang sama seperti semalam. dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam.

yang paling jauh bukan lah bintang. mentari pun bukan jua tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali. kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan. semalam yang terluput, mengukir sesalan. yang ada hanyalah hari ini dan masa yang akan datang. gunakanlah hari ini dengan sebaiknya. kerana esok, belum tentu milik kita sedangkan semalam telah pergi selamanya.

selesai subuh, hati tergerak nak online. tiba-tiba banyak rakan-rakan dari MTD berbicara tentang perginya Ahmad Ammar menghadap Ilahi. dengan segera aku pun stalk dia dekat FB. bukan busy body, tapi niat nak ambil sebarang iktibar dari apa yang berlaku. diriku tidaklah sehebat malaikat malah diriku yang hina ini memerlukan kata-kata hikmah yang dapat membina rohaniku. 

hati merintih, sayu, sebak.Ahmad Ammar meninggal di turkey. dan dikebumikan juga di turkey. mati dalam keadaan jihad fisabilillah. Allahuakbar.amat terkesan dengan kisah hidupnya hingga hujung hayatnya. walaupun ta pernah mngenali arwah, tapi akan meremang,jeles bila stalk fbnya.semoga allah beri penghidupan yg lebih sempurna dari hidupnya didunia. terfikir sejenak. bagaimana pula keadaan kita bila mati nanti??bila diteliti betul2, mak ayah dia mmg berjaya didik dia. semoga ahmad Ammar dpt menjadi tiket buat mak dan ayahnya ke syurga, :')Anak yang dipersipakan oleh kedua ibubapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh penciptanya pada 2 Nov 2013. Hanya kepada Allah kita berserah segalanya dan mudah2an Allah merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang 'menyerahkan' kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin. kami pasti menyusul kemudian..insyaallah, di syurga Allah nanti kita berjumpa..Alfatihah buatmu.

beringat2 lah, berpesan2 untuk kebaikan. semoga kebaikan itu dibalas kebaikan dari Allah.beringat,berpesan. bukan berbangga diri dengan apa yg disampaikan.ayuh ! bangkitlah dar palsunya duniawi. usah menagungkan hidup didunia tanpa memikirkan kehidupan diakhirat.dosa didalam hati jangan biar dikotori lg dengan dosa. selagi denyut nadi belum berhenti, taubat lah wahai saudara seagamaku :'(awan berarak mendung. seakan2 tahu hati ini turut bersedih. sayunya hati. jahilnya diri.

ALlah lebih menyayangi anakanda Ammar yang kembali ke RahmatuLlah dalam kemalangan dengan ambulan sekitar jam 2 petang di Istanbul. Anak yang aku persiapkan utk dakwah telah mendahului dirku. Engkau yang Maha Mengetahui. Aku redha akan takdirMU Ya ALlah berikan kesabaran ke atas diriku dan keluargaku. Al Fatihah. (status Fb dari ayah Ahmad Ammar) 

Diberitakan jua, jenazah akan disemadikan di tanah perkuburan Masjid Abu Ayyub al-Ansari yg juga terdapat makam salah seorg shbt Rasulullah SAW iaitu, Abu Ayyub al-Ansari. Al-Fatihah...

Allah, Allah, Allah, Allah, Allah

Wahai jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang ridha dan diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambak-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku.” 
(Al-Fajr 27-30)

sedihnya hati. aku yang tidak ada kena mengena dengan arwah pun dah terasa sedihnya, apatah lagi kawan-kawannya. dan tentulah ibu,ayah dan keluarganya amat terasa dengan pemergiaannya.

Gagal utk mengempang air mata saat membaca titipan rakan-rakan Allahyarham Ahmad AmmarYa Allah....
sungguh isi bumi pun mengasihi Allahyarham, semoga begitu jugalah kasih syg seisi alam kepadanya.