Wednesday 29 May 2013

kuatkah aku?

Alhamdulillah, adanya kawan-kawan disekeliling, dengan sendirinya aku terasa kuat. hilang beban yang dipikul. ketawa dalam tangisan. itu yang cuba untuk aku lakukan..ye! aku lah juara pada masa tu. aku menang melawan emosi. tapi.........
TAPI

 aku akhirnya kalah. tak dapat nak mengelak lagi dari mereka. makin mengelak, makin terasa bahangnya. aku kalah. ye, aku kalah,,jatuh jugak air mata yang mahal ni kan. cehh mahal depan korang kan. maaf kalian, aku tak suka dah nak tengok korang risau. biarlah aku sendiri selesaikan masalah ni.. kesimpulannya sekarang, aku yang korang nampak kuat dari luaran dah kalah. ye, saya surrender

mengelamun sampai tak ingat dunia aku hari ini. menyesal tak dengar apa yang kak ayu dan Najwa cakap 

Najwa : maaaa jangan main pisau lah !! kena tangan nanti baru tau... *nada sweet gitu
Kak Ayu : hishhh budak kecik ni, jangan main pisau ! 

terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian DPP Sime Darby iaitu majlis berbuka puasa ini. terima kasih juga kepada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan bertungkus lumus selama dua hari untuk memasak. alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. :)
haha, budak degil kan,, orang cakap jangan main , dia nak main jugak. padan muka aku sebab terhiris tangan sendiri.. pergghhh perghhhh rasa die tak boleh nak kata lah. darah terasa hangat mengalir. bila dah terkena macam ni, nak menulis, makan semua susah. besarnye nikmat sakit ni.. 

me with prof
anis dan wa balik. hmm tinggal aku sorang-sorang. sampai hati. ehh hehe. tak kisah pun, tapi sunyi bila diorang tak ada. rasa kosong je. kurang pulak gelak tawa aku bila diorang tak ada. Nasib baik ada fatimah, Afiqah, Ainul dan Amal. merekalah penyeri hidup sepanjang budak dua orang tu tak ada. hehe. petang tu kami pergi rumah prof Abu bakar Hamed dekat Jitra. sebenarnya aku tak kenal pun prof ni. sebab ni Prof diorang..agak segan bila bertemu.tapi bila dah jumpa dan berkenal-kenalan, pergh... memang superb lah prof ni. baru sehari kenal, tapi dah layan aku macam anak dia. Ynag swee nya, dia ingat nama aku tau. mana taknya, memang lah dia akan ingat kan, sebab nama aku sama dengan nama umi (bini dia).. Sepatutnya tak jadi pergi, sebab kereta tak ada, tapi rupanya ALLAH nak uji tahap kesabaran kami. Alhamdulillah, walaupun lewat, ALLAH bantu dan permudahkan urusan kami dan prof sangat happy bila nampak kitorang sampai.


Paling kelakar bila prof paksa aku, afiqah dan fatimah makan. haha. siap bagi ugutan pulak tu. Disebabkan kitorang tak makan, dia suruh kitorang stay sampai malam. prof cakap, selagi tak makan jangan balik. paling sweet bila prof sanggup bawa kitorang semua ke Jitra Mall. Allah, baik nya insan ni. layanan dia saling tak tumpah seperti layanan seorang ayah terhadap anak-anaknya. moga Prof sekeluarga mendapat keberkatan dari ILAHI. maaf andai ada tergurau kasar ye prof n maaf umi sebab terpaksa tolak pelawaan umi untuk tidur rumah umi. bukan taknak, tapi kami sewa kereta.. tak ada duit nak sewa kereta lama :( haha.






Lafazkan kalimah itu

Bismillahirrahmanirrahimm


lafazkan lah. lafazkan lah kalimah ini..lafazkan lah syukur kepada ALLAH. lafazkan lah kalimah  itu meskipun apa yang kita harapkan atau impikan masih belum menjadi kenyataan. lafazkanlah kalimah itu saat diri dilimpahi nikmat dan rahmat ALLAH. usah menunggu diri dilimpahi pemberian seluas lautan baru nak ucap syukur. Jangan biar diri hayut dengan kesenangan ynag diberi.

segalanya yang ku kecapi, bukan milikku, ianya hanya pinjaman sementara. SYUKUR, aku masih diberikan akal untuk berfikir, masih diberi kekuatan untuk melalui liku-liku hidup ini, masih sihat untuk melalui hari-hari yang mendatang... syukur Alhamdulillah kerana masih bisa bernafas untuk melaksanakan syariaat islam..

Ya Allah, peliharalah diri ini. ya, aku yakin DIA lah yang menjaga aku selama ini sehingga sekarang. kerana DIA lah sebaik-baik pemelihara. Biarpun diri ini, seringkali hayut, dan terleka akan tanggunjawab sebagai muslim, DIA sentiasa memberi peringatan kepadaku. Peringatan yang jelas yang membuatkan aku rasa hmmmm YA ALLAH ,, hinanya hamba..terima kasih kerana masih menggerakkan hati ini untuk memperbaiki diri. tapi aku juga manusia biasa, yang sering jatuh dan terjatuh saat melangkah, yang sering rebah dengan godaan syaitan yang direjam....pernah diri tertanya-tanya, adakah ALLAH masih menerima taubat hambaNYA yang sering melakukan salah berulang-ulang? sekarang, diri masih mampu tersenyum tatkala teringat kata-kata dari Ustaz MAZA.."selagi kita yankin bahawa hanya ALLAH saja yang dapat mengampunkan dosa kita, selagi tu, taubat kita akan diterima" subhanallah, besar nya rahmat ALLAH....

hati tergerak ingin berbicara mengenai syukur bila sahabat tersayang mengingatkanku sentiasalah bersyukur tak kira sama ada apa yang kita buat tu beroleh kesenangan atau kepayahan. kerana ALLAH sedang mendidik diri untuk menjadi seorang yang hebat ! cuba renung-renugkan, dalam sehari berapa kali kita mengucap syukur??

hari ni, aku tak tidur dekat bilik sendiri.. kenapa? adakah aku sedang melarikan diri dari masalah? tidak? jauh sekali... aku tak melarikan diri. tapi aku sedang mencari jalan.. satu-satunya jalan yang ada hanyalah mencari dan memohon pertolongan dari NYA..Alhamdulillah, hari ni, boleh tidur dengan lena tanpa fikiran yang serabut seperti hari-hari sebelumnya. alhamdulillah, dengan izinnya, aku bisa bangun pada pukul 4 pagi.. kadang-kadang kita kena latih diri untuk ikhlas melakukan ibadah meskipun pada permulaannya TERPPAKSA ikhlas. tapi percayalah dari terpaksa tu, akan bertukar jadi ikhlas yang sebenar-benarnya. dan akan rasa tak lengkap bila meninggalkannya..

Alhamdullilah, satu masalah telah selesai. mungkin ada hikmah mengapa dan untuk apa ALLAH turunkan ujian terhadap kami.. bak kata khairuddin, indahnya persahabatan dalam islam. ya, ianya sangat indah. ^,^