Monday 13 May 2013

Friendship is not a big thing. it's a million little things

Bismillahirrahmanirrahim...

jangan lah kita memandang rendah erti persahabatan kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat. Allah dah bagi yang terbaik. yang terbaik tidak bermaksud apa yang kita mahukan. juga tidak semestinya apa yang terpuji. tapi ketentuan ini in shaa allah boleh jadikan kita insan yang  terbaik.Tidak ada satu pun yang paling berharga yang dimiliki seseorang itu selepas nikmat islam selain teman yang soleh.

Ukhuwah itu tidak terletak pada pertemuan. bukan terletak pada manisnya ucapan dibibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya (IMAM AL-GHAZALI)



sahabat yang beriman
ibarat mentari yang bersinar
sahabat yang setia
bagai pewangi yang mengharumkan
sahabat sejati
menjadi pendorong impian
sahabat berhati mulia,
membawa kita ke jalan ALLAH



seronok dapat habiskan masa cuti sempena pilihanraya yang kotor tu dengan meluangkan masa dengan diorang. yelah, selama ini asyik duk menghadap buku je kan, sampai dah tak sempat nak bergurau2. ehh yelah tu. =,="  .okay sepatutnya hari tu aku balik sebab nak pergi jumpa pakar kat KL tu. tapi, alhamdulillah, bila dapat yakinkan bonda yang keadaan anak dia ni dah semakin stabil. sebelum tu, tak lain hanya satu je yang aku pikir. aku asyik terpikirkan aku akan mati. ye, semua orang akan mati. tapi bila diduga untuk menghadapi sakit sebegitu, macam-macam benda negatif aku fikir. malam tu, sakit dia betul-betul menguji kesabaran. teringat kisah bekas pelajar matrik melaka yang sakit, tapi apa yang dia fikirkan hanyalah ALLAH. Arwah langsung tak mengeluh, menangis pun tidak. kuatnya dia =/ hebatnya dia =/ .subhanallah. dan alhamdulillah aku semakin pulih, tapi masih perlu berpantang itu dan ini. terima kasih kepada anda-anda semua yang setiap masa risaukan diri ini, ada yang sampai menangis pun ada (badak la tu kot) . haihh terharruu... =').. lagi terharu bila bonda dah siap beli barang-barang untuk buat laksa untuk sambut anak dia ni balik. Tapi saat-saat akhir tak jadi balik sebab tak nak susahkan lagi kawan-kawan untuk cari kan tiket balik. aku tahu mana ada tiket untuk balik waktu-waktu orang tengah busy nak pilihanraya kan. kalau bagitahu diorang, comfirm diorang nak pergi jugak tengok kat mana lagi jual tiket. hummm. bila dah tak jadi balik tu, bonda dengar pun sedih. hari yang sepatutnya aku balik tu, ma call n bagitahu, dia tengah masak laksa. pergghhh perghhhh rasa nak gugur je airmata ni. =( tu pun sempat dia gurau-gurau dengan aku.

TAPI !!!

terubat rindu nak makan laksa bonda bila dapat makan laksa dekat rumah makcik angkat Ainul. wahh, keadaan seolah-olah faham isi hati ni.



dari pagi ke malam, dari rumah makcik ainul ke steamboat di perlis. seharian tak sentuh buku. dan sangat bahagia dapat beli buah kiwi.

carilah hatimu di tiga tempat iaitu, hatimu ketika mendirikan solat, hatimu ketika membaca al-Quran, hatimu ketika mengingati mati, tetapi jika tidak ditemui hati kamu di tiga tempat ini maka berdoalah kepada ALLAH agar diberikan kepadamu sekeping hati supaya dapat kamu menjalankan tiga amalan tadi dengan tulus dan ikhlas.

mulakan harimu dengan kebaikan dan keikhlasan, hadapilah tiap-tiap dugaan dengan senyuman, apabila mendapat kebaikan, maka bersyukurlah dan apabila mendapat keburukan maka bersabar dan bersyukurlah, kerana semuanya adalah dari ALLAH

sedih, bila tak mampu nak nasihat orang, sedih bila mengenangkan balasan yang akan diterima. sedih bila tengok dengan mata sendiri, seorang sahabat melakukan kejahilan. ye, aku tak lah baik sangat, dan tak pernah rasa pun diri ni sempurna. tapi kecewa bila dinasihat, dan nasihat tu dipandang remeh. kadang-kadang, pelik. tahu balasan yang akan diterima, tapi kenapa masih tidak mahu menjalani hidup dengan syariat islam? Malu sangat bila ramai rakan-rakan berbangsa chinese berulang kali tanya "asma, kenapa kamu pakai inner neck, I tengok ramai je orang islam tak pakai " apa yang mampu untuk aku jawab... " ohh, cube you perhatikan budak tu punya tudung." dan dia pun jawab "haaa yalah, jarang. nampak leher dia. aurat kan. dosa kan?" heyyy please lah. sedangkan orang cina pun tahu tahap mana aurat kita sebagai seorang muslimah. tak kan korang tak tahu. paling sedih laa, bila budak cina ni tanya "haiya kenapa pakai arm sock.u punya baju kurung kan dah tutup tangan. kenapa pakai stokin. Orang islam lain tak pakai pun. kalau pakai pun I tengok tak ramai." =) bagus budak cina ni. kami tak sama DPP, sebab dia duduk DPP SME dekat kachi tu. tapi perkenalan kami bermula dari kelas hubungan etnik. setiap hari asyik berkepit dengan dia masa sem 1 hari tu. sampai lecterur pun seronok tengok kitorang. tiba-tiba rindu dengan dia. walaupun sekarang dah tak sama kelas, tapi tetap berhubung. bila dia stress, mesti mesej aku. dan istimewanya dia, dia sangat memahami apa tu erti islam. 

-NG YI CHUN-
YA ALLAH, bukak kan lah pintu hatinya untuk menerima hidayah dariMU

#untuk si dia, moga awak terus kan usaha untuk berubah tu. =)