Sunday 23 June 2013

Summer Camp


Assalammualaikum


Alhamdulillah selesai sudah program Kem Kecemerlangan Pelajar UPSR yang telah dipengerusikan oleh rakan aku sendiri iaitu Nurul Ain Binti Abdul Rahman. aku sebagai fasilitator dan juga merangkap biro Protokol dalam program ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan pengarah serta barisan AJK pelaksana program yang telah bertungkus lumus menjayakan program yang bagi aku cukup indah dan bermakna dalam hidup aku. sebelum program bermula, kami telah mengadakan meeting sehingga lewat malam dan aku sangat kagum dengan kesungguhan para AJK pelaksana kerana sanggup mengorbankan masa walaupun exam masih belum selesai. Lain lah kalau aku yang dah pun habis exam. Itupun habis je, terus kena bergerak buat itu ini. Langsung tak sempat nak rehat.


20 Jun, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Seronok menyambut kedatangan para jemputan di Pusat Islam. Pengarah Pusat Islam dan Ustaz Yus cakap, program kami dapat sambutan yang menggalakkan. dewan penuh dengan ibu bapa para pelajar. Bila tengok budak-budak darjah 6  ni, automatik teringat dekat abang (**adik akuuuu)..abang pun darjah 6 juga. dia pun bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. haihhhh rindu melanda. rasa nak menangis je masa sambut tetamu. ada yang perangai sebijik macam abang. sobs :') .Masa ni, diri tak berapa sihat dan kepala rasa saaaaaaaaaaaaaaangaaaat sakit. yelah kan, dah lah baru lepas memerah otak untuk exam, tup tup kena handle jadi biro protokol yang sangat asing bagi diriku.

Fani,asma,wa (ASFAWA) #Biro Protokol #Fasilitator #Sime Darby #Pusat Islam 
selamat datang adik-adik ;)
sangat seronok bila dapat kendalikan budak-budak ni.kalau boleh nak je ulang balik masa yang dah berlalu. teringat masa tolong diorang bawa barang, suka betul diorang masa tu. hari pertama je, budak-budak lelaki dari SKDWK, mintak numbo aku dengan wa,. haha gatai beno budak ni. nak ngorat pun tunggu habis program lah ye dik. hah rindu lah irwan dan kawan-kawan dia. sobs :') Oh ya, jumlah mereka kesemuanya adalah seramai114 orang dan mereka terdiri daripada 5 buah sekolah. Antara sekolah yang terlibat ialah Sek. Keb. Dato' Wan Kemara, Sek. Keb. Bukit Tangga, Sek Keb Bukit Kayu Hitam, Sek Keb Sintok, Sek Keb Batu lapa. Mereka adalah antara pelajar-pelajar cemerlang. Ada sesetengah pelajar yang sangat matang pemikirannya. seronok melayan kerenah mereka sampaikan lupa semua kesakitan. Kagum dengan sikap mereka yang tak lepas dari menyebut "terima kasih abang, terima kasih akak". Bayangkan, masa aku tegur "dik, cepat sikit...kena tinggal nanti." "eeeee dik, ape main2 ni," "dik, berat tak barang?meh akak tolong bawa kan" "dik, lapar ye, kejap lagi kita makan ye" haaaaaaaaa tahu tak apa antara jawapan-jawapan yang aku dapat?? semuanya " baik kak" "saya mintak maaf kak" terima kasih kak" dan mereka tak pernah sekali pun bermasam muka walaupun kena marah. terima kasih adik-adikku sayang. :')


ouch ! that' my group. dah kenapa aku pulak macam aku yang tolong buatkan tu?? hee
cuba teka dimana saya. HA-HA


kali pertama berkenalan dengan kumpulan aku, iaitu kumpulan 1 (Clever's). mereka tersebut adalah Megat, Nabil, Emir, Husna, Aina, nazirah, Nadirah, heefa. setiap orang, ada perangai masing-masing. Tapi alhamdulillah aku selesa dengan diorang. sangat sempoii dan erghhh susah juga untuk mengawal mereka. tapi, banyak kelebihan yang aku nampak pada mereka. terima kasih dik, sayang korang. rindu okay. Untuk pengetahuan semua, LDK dilakukan sepenuhnya dalam bahasa inggeris. Apa yang aku nampak, penguasaan mereka dalam bahasa inggeris sangat Mantop. hihi. teringat pulak masa mereka kena bentuk logo dan moto kumpulan. kelakar lah diorang ni, megat yang ketua kumpulan tu pun boleh merajuk bila aku suruh dia present. si nabil pulak makin lama makin mengundur kebelakang sebab risau kalau-kalau aku suruh dia kedepan. heefa dengan Nadirah paling matang dalam kumpulan tu. kelakar lah korang ni. comel sangat tengok gelagat korang. **kesian nadirah terpaksa bergerak menggunakan tongkat. dia bar je terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama ayahnya. semoga cepat sembuh ye dik, toksah nak agresif sangat ye. tersenyum kambing aku bila teringat aku pulak yang merajuk bila diorang masing-masing tak nak kedepan untuk present. aku dah sampai nak bangun n tinggalkan diorang masa tu, terus diorang tarik aku dan mengalah. akhirnya nazira yang bentang. kesian dia. terima kasih semua. akak seronok sangat dengan korang :)
terbaik lah penceramah dari Maahad Tahfiz ni. solute sama dia.


seronok betul budak-budak tu bila dapat masuk library
masuk je, semua terus search result exam dekat internet. baru aku tahu diorang sekarang nak check result kena on9
=)
turun tangga elok2 ye adik-adik
ceramah untuk hari kedua paling terbaik. Penceramah  yang bagi ceramah tu memang bagus dan meninggalkan kesan yang mendalam sangat dekat budak-budak tu. termasuk si kakak dan abang fesi yang ada dekat situ. standard lah kalau pergi kem2 budak sekolah, memang ada je ceramah tentang "cuba bayangkan kalau ibu ayah kita dah takde?" haaa meraung terus bebudak tu. tapi ceramah kali ni sangat menarik, memang ada ceramah tentang a'kalau ibu bapa dah takdek sume" tapi yang uniknya, masa permulaan, penceramah selitkan topik sayang kepada rasulullah. Ramai juga yang sentap masa ni. termasuk lah aku. hihi. berdasarkan apa yang aku tengok budak-budak dalam kumpulan aku ni, ada yang lebih kepada sukan. ada juga yang bila masa sukan, dia mesti sebut alaaaaaaaaaaaaaaa. tapi bila time LDK yang melibatkan IQ dia cakap YESS !!! YEAY ! haa Nabil lah orang nye tu.


P/S : Penceramah pada hari kedua tu merupakan timbalan kepada Maahad Tahfiz Al-Barakah (MANKAB) di Tikam Batu. Maahad tahfiz yang telah terbakar dan telah mengorbankan insan mulia , adik Aiman Nur Hakim Yahya, 13. mendengar pengalaman dan cerita mengenai tragedi itu dari penceramah ni, membuatkan ramai yang menangis. sedihnye... ALLAH sangat menyanyagi dirimu. ALLAHUAKBAR. ALLAH telah tunjukkan kekuasaanNYA. In Shaa ALLAH, syurga jaminan bagi orang-orang yang beriman. :')