Monday 9 September 2013

don't miss any of your classes.

Hampir 3 hari aku disini. berbeza dengan sem2 yg lepas, setiap kali balik UUM, memang family yang akan hantar. tapi kali  ni, diri sendiri yang merelakan untuk balik sendiri. demam masih belum baik, tapi aku tetap gagahkan diri yang tersngat lemah ni. aku ingat lagi mak tak pandang aku pun masa dia peluk nak lepas kan aku naik bas. Tak pandang bukan tanda benci. Benci? sungguh tak mungkin. masa tu mata bonda dah berair. sebab tu dia tak nak pandang. aihhh sedih pulak nak ingat. Belum sampai seminggu di UUM, dan aku tak kuat nak stay sini. NAK BALIK,,, :'(

semester baru, dan matlamat masih sama, tak akan berubah. masih tetap kekal. kenapa? yaa jawapan terletak di tangan anda. hewhewhew.

lega hati bila dah settle buat add drop. aku pun apa lagi, terus serbu learning zone, tengok nama classmates, tengok nama lectrer. fuhh fuhhhh fuhhhh

Subject : Inferential Statistics
Group   : C
Lecturer name : Prof Madya Dr Sharipah Soaad bt Syed Yahaya.

bila tengok nama lecturer, rasa macam seram je. rasa macam nak buat add drop balik. tapi malangnya, sumanya dah 0. Redha. Redha itu terima. buka terima kerana terpaksa. tapi terima dengan hati yang ikhlas. tolong berlaku ikhlas ye cik asmaa.

Indah khabar dr rupa. *ehh jap, boleh ke guna perumpamaan macam ni?* lecturer tu saaaaaaaaaaangaaat baik. sangat sangat happy go lucky. dan sangat penyanyang. Dia suruh kitorang anggap dia macam seorang ibu. okay prof. I WILL !! BUT! but she told us that this subject would be tougher than our last semester subject ( PROBABILITY ) perghh kalau last sem dah susah, macam mana dengan sem ni. haiyaaaa..rasa macam masuk sekolah darjah satu pulak bila dia tanya nama sorang-sorang. masuk je turn aku rasa ehhh? kenapa comel sangat suara ni. haha.

badan dah lesu, pandangan makin kabur, kepala makin sakit. Dugaan dan ku gagahkan diri untuk ke kelas seterusnya. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk hadirkan diri  ke kelas dan menghabiskan kelas. Sampai je bilik, terus muntah-muntah. maybe my migraine has getting worst. Cuba untuk tidak menangis. tapi apa boleh buat, tangisan bukan lah benda yang boleh aku control. Masa ni lah aku terfikir, kenapa aku tak muntah masa kelas. kenapa mesti dalam bilik? nampak tak ALLAH dah permudahkan urusan aku untuk berkenalan dengan lecturer. tak larat lagi nak muntah. apa yang mampu buat hanya terus baring. Niat nak mengadu kat mummy tak jadi. takut dia risau sampai tak makan pulak. elehhh at last aku bagitahu jugak. poooraaahhh.

Alhamdulillah. panas demam makin surut, migraine makin menghilang.selesema semakin kurang. hanya MATI yang terlintas difikiran masa sakit tu. Andai diri ini dijemput untuk kembali kepadaNYA, bersediakah aku? cukupkah bekalan aku? Dosa-dosaku ibarat pepasir di pantai. moga demam dan sakit yang dikurniakan dapat menebus segalah salah silap dan kelalaian ku selama ini. Aku anggap semuanya ini sebagai satu peringatan yang terlalu kecil. Moga akan lebih tabah dikemudian hari.

Good luck abang. :D
salam sayang untuk mummy yang tengah uruskan adik-adik kat rumah tu. && good luck for your UPSR ye abang...