Friday 19 August 2011

BTR here I come.



tengok muka aku yang geram bila tengok camera.

akhirnya, hari hari yang ditunggu tunggu pun tiba. Aku dengan excited ye dah kemas barang sejak hari khamis lagi. Kemas barang untuk balik beraya dengan kemas untuk kosongkan bilik. Aku tak sabar nak pindah blok. Btw aku takut juga nak duduk C5 tu. Yelah berdasarkan pengalaman menyeramkan yang pernah aku lalui dulu tu memang tak kan aku lupa.

Pukul 1.20 p.m aku dah get ready dah dekat pondok guard hanya semata mata nak scan kad matrik. Tapi masalahnya boleh start scan pukul 2.00 p.m. Nak tahu kenapa aku beratur awal? Sebabnya, kalau tak beratur sekarang, nanti ramai orang. Eh! Nanti kejaaap.. aku tak sangka khairi rapat dengan Amin. Aku baru tahu! Aku tahu pun sebab masa habis kuliah semalam Amin datang dekat aku. Dia cakap balik dengan Khairi eh besok? Haa dari situ lah aku borak dengan dia & tahu yang dia rapat dengan khairi. Adeshhh habislah, baru je ingat nak share cerita dekat khairi pasal Amin ni. Terus terbatal niat aku.

Pukul 3.15 p.m mak Amirul Zinel pun datang. Masa aku bawak barang, khairi dengan Amirul automatically terus keluar dari kereta && terus tolong aku susun barang dalam kerete. Cuba tengok, betapa sayang nya diorang kat aku ni kan? Okay, secara ringkas nya, diorang memang ada sifat setia kawan yang tinggi.

Aku duduk depan sebelah mak amirul zinel. Yelah tak kan nak duduk dekat belakang kan? Kat belakang tu kan ada 3 orang teruna. Amirul, Khairi &kawan Amirul. Sepanjang perjalanan aku asyik berborak je dengan mak dia, Puan Nurliza. Sementara budak budak dekat belakang tu dah lentok habis.

Sampai KL, fuyoo! Hujan lebaaat. Lama betul aku tak jejak kaki ke Bandar Tun Razak ni. Rasa macam lain macam pun ada. Sweet betul masa Amirul tolong aku angkat barang masa nak jalan pergi rumah Saliana. Maklum lah, berat lah katakan. Tapi disebabkan aku rasa macam menyusahkan dia je, aku terus paksa dia bagi balik barang aku. Biar aku yang bawa sendiri. Pastu ada ke patut dia cakap, ahhh jangan mengada, biar aku bawa. Haha. Last last, dia bagi jugak!

Terserempak dengan saliana, teerus salam dia. Rindu dekat kawan aku ni. Rindu yang lain jugak!. Malam ni aku bermalam dekat rumah saliana. Rasanya aku akan ada dekat rumah saliana emm 3 hari dua malam. Seronok dapat borak dengan dia. Maklom lah, dh lama tak jumpa, mestilah  banyak cerita yang nak dikongsikan.

kecewa dengan kau.TQ

Tapi aku terkilan dengan apa yang jadi. I didnt expected that shit thing will happened to you my dear friend. Why you do this, friend!

Special thanks to you my dear friend for everything that u had done.
I thought you were better than this but you’re just like everyone else.