Sunday 13 October 2013

Everything come to mind. Shouldn't come to tongue.

saya pernah terbaca satu pos yang berbunyi begini: kita sibuk nak jaga aurat, sibuk suruh orang lain tutup aurat. bila post gambar dekat FB, gambar kita memang dah tertutup likup. tapi masalahnya, orang yang berada dalam gambar bersama gambar tu tutup aurat tak? tolong pastikan ye. bila jadi macam ni, nampak macam kita pulak yang beri dosa pada dia kerana menyebarkan gambar dia yang tak menutup aurat untuk tatapan umum. 

lebih kurang macam tu lah cerita dia. tragis kan. tapi kan, ada je orang yang kononya nak berdakwah tapi dalam masa yang sama dia post gambar yang ermmm macam mana ek nak cakap. haa senang cerita macam ni je lah ye. 

sesiapa yang memakai legging, sama lah seperti kamu telanjang ( terus post contoh-contoh kaum perempuan yang memakai legging! habis terbuka aurat mereka. free free je dapat tayangan umum.)macam mana kalau ramai yang akan share post tersebut???. kasihan insan yang dalam gambar tu. waduh. tak boleh buat begini ya.  


bila dikritik, tahu pula nak melenting. masa mengkritik orang itu ini, tak fikir pula tentang perasaan orang tu? tu lah, mungkin sebab terlalu rasa yang diri tu dah baik sangat. okay, saya tak bercakap mengenai siapa orang tu. ini umum. mungkin boleh jadi saya lah orang nya.

**haha pelik tetibe guna saya saya. okay jom siapkan Inferential Statistic
 
opsss ni bukan saya punya. tapi Pang yang punya. macam mana boleh ada dengan saya entah. haha.jengjengjeng.

No comments:

Post a Comment