Sunday 21 August 2011

aku PEMBOROS



Assalammualaikum

3 hari 2 malam, sangat seronok berada di rumah Siti Saliana Sapri. Sempat aku belajar buat kuih tart nenas. Favourite aku tuuuu. Thanks saly sekeluarga. Halalkan ye Makan minum sepanjang 3 hari 2 malam ni.

Tapi aku tak terus balik rawang, aku dengan kakak aku singgah ke Jalan Tungku Abdul Rahman. Sementara mak aku dengan adik aku stay BTR atas urusan yang tertentu.

Sudah menjadi kebiasaannya, Jalan TAR ni memang selalu dikunjungi orang ramai dari serata tempat. Tapi bila tiba musim perayaan, lagi lah Jalan ni dibanjiri penghuni bumi. Bukan orang tempatan je, tapi orang dari luar negara pun turut serta membanjiri Jalan TAR. Rimas betul aku. Memang terlalu ramai.

Tiba tiba teringat yang shida suruh belikan shawl pink. Sir, yes sir! Disebabkan tu, aku sanggup pi redah orang ramai. Yang tak boleh bla nya, nafsu membeli shawl ni tiba tiba memuncak. Hhhaaaa amek kaw punya lah banyak shawl aku beli. Boros weyh! Sorry mum..nasib baik mak tak marah. Hee

macam dah dirancang je tiba tiba terserempak dengan saliana dengan mak dia dengan adik dia. Padahal tak rancang pun. So, kitorang balik sama. Masa sampai dekat BTR tu, ramai gila lah polis dekat pusat komuniti tu. Ouhh rupanya datuk Najib datang. Dia nak rasmikan pasaraya 1 Malaysia dekat situ. Ishhh tak habis habis dengan 1 Malaysia. 




penat tol tunggu adik aku tuh.tengok aku dah tangkap gamba


ni haa budak kecik ni. lambaaat

taraaa. takde keje. curi curi tangkap gamba belakang masjid.

ni masjid saidina othman. kitorang singgah sembahyang asar kat sini

ni bekas sekolah agama aku masa kecik kecik dulu. cantikk kan?

ni dekat depan apartman vista Amani

she's everything to me

Saturday 20 August 2011

Best friends not even kodak could capture all those crazy memories


Do-Re-Mi. hanya kitaorang bertiga je perempuan yang join.hissshh yang lain?

 Seperti yang dah dirancang, pukul 5.00 p.m dah bertolak ke Jusco  Maluri untuk berbuka puasa dengan budak budak kelas lama aku. Tapi yang tak best nye satu je. Ramai sangat yang tak dapat datang, khairi dah balik penang. Shiraz pun dah balik kampung padahal dia yang beria2 nak buat semua ni. N padahal dia dah janji tu nak support aku. Opss! Bukan support. Aku nak tuntut janji dia je ni. Disebabkan dia dah kalah, so dia kena lah tunaikan janji dia tu. Takpa, dia kata nanti dekat KMNS aku boleh claim duit berganda dekat dia. Humm, Adila pun dah balik kampung. Aeida ada hal dengan keluarga katanya. Katanya lah kan sebab tiba tiba batalkan last minit. Siti fareedah pulak, mestilah tengah terlantar dekat rumah. Takpa, aku paham keadaan dia. Ching & choy, tak dapat dikesan.. masing masing busy. Gan pei Ling pula ada exam. Zol,? Humm entah ~lukman pulak nak pergi berdakwah. HAHA! Kelakar kau. Amira, memang comfirm tak boeh keluar. Nabila demam lah pulak. Hafiz shah..merajuk dengan kau weyh..

cadang nak pergi berbuka puasa dekat Domino Maluri. Tapi saat saat akhir tukar ke Pizza Hut. Tapi malangnya full. Sebab nya kitaorang tak pergi tempah tempat awal awal lorhhh~ maklumlah masing masing dah busy dah sekarang. Busy dengan study masing masing. Jarak dah memisahkan kami semua. Tapi tak beerti ikatan persahabatan antara kita semua terpisah kan? Am I right?? jauh dimata, dekat dihati.

Disebabkan niat dah terbantut, kitorang berkumpul di Jusco Maluri. Aku, Ain, && Saliana naik kereta dengan Kamal. Skandal lama aku. Ahaha.

Yeahh, the next our destination is Pizza Taman Connought. Hurghh already full meyh. Next, no choice. A&W lah nampaknya. Okay kitaorang ambil port dekat luar. Baru boleh buat kecoh. Paham paham jelah budak laki kelas aku memang kecoh. Opppssszz! Ingat nak ajak Arif Danial.. tapi dia ada hal. =P. Arif Danial???

kitorang order semua makanan sama. Paling best bila dapat tangkap gamba dengan diorang. Hadoihhh macam tak kenal aku ni pulak kan? Aku tak boleh nampak camera. Pantang ni. Nanti mesti habis dalam camera tu banyak gambar aku je. 

okay ni driver aku, salyy,dengan Ain. bawak kereta tu elok2 ye cik Kamal.

khusyuk berborak ni

sempat lagi tangkap gambar masa tengah tungguain betulkan shawl dia.

haaa agaknya apalah yang makcik cleaner tu cakap pasal aku ni kan.


ni akubersama dengan siti saliana sapri. thanks saliana sebab kasi hamba tumpang.


ni Ahmad Nur Syahmi. adik angkat kakak aku masa dulu dulu lah.dia dekat UPM.pssstt amboiii dah berawek dah dia sekarang.

bak kata syahmi, 2010 nanti buat reunion lagi.  mesti masa tu semua dah kahwin kan.

ni Amirul Zinel. satu matrikdengan aku. thanks mirul n mak dia sebab hantar balik hari tu. hoho

ni nazrien dengan Elan.
terhiburseketika ketika bersama korang!

3 gadis

tengok tu. tu lahikatan kasih sayang persahabatan

ni Aizuddin. mak aihh dia ni dulu pemalu sungguh. sekarang tengok lah. aku ajak bergambar terus dia kata okay. hambooiii dah lainye sekarang.

woiiii! gay ke korang

tengok ni. ni Elan. makin hensem yeahh

sebelah aku ni cik ain. shawl dia dah okayy dah.. dah comel dahh tapi dia kate tak.haiyaa.=)


Terima kasih semua sebab sudi luangkan masa bersama. Kepada sesiapa yang tak dapat join, aku nak kirim salam sayang jelah ehh. Kepada sesiapa yang makin busy sampai dah lupa kan tu, tak payah nak busy sangat lahh. Kepada kawan aku yang sorang tu, aku mintak maaf sebab tak dapat melawat kau yang telantar di rumah tu. Im not ready. Im afraid if I start cry over you. Im sorry dear. I have my own reason. You, no need to know. One day, u will know everythings. TQ.

Thanks guys! Knowing friends like you guys has made me happy in million ways and if ever I have to let you go, I would find a million reasons to make you guys stay. Love and miss you all. Thanks for the memories. Really appreciate it.

special pose from me

                                                                                    Lots of love by nurasmalizabokhari.

Friday 19 August 2011

BTR here I come.



tengok muka aku yang geram bila tengok camera.

akhirnya, hari hari yang ditunggu tunggu pun tiba. Aku dengan excited ye dah kemas barang sejak hari khamis lagi. Kemas barang untuk balik beraya dengan kemas untuk kosongkan bilik. Aku tak sabar nak pindah blok. Btw aku takut juga nak duduk C5 tu. Yelah berdasarkan pengalaman menyeramkan yang pernah aku lalui dulu tu memang tak kan aku lupa.

Pukul 1.20 p.m aku dah get ready dah dekat pondok guard hanya semata mata nak scan kad matrik. Tapi masalahnya boleh start scan pukul 2.00 p.m. Nak tahu kenapa aku beratur awal? Sebabnya, kalau tak beratur sekarang, nanti ramai orang. Eh! Nanti kejaaap.. aku tak sangka khairi rapat dengan Amin. Aku baru tahu! Aku tahu pun sebab masa habis kuliah semalam Amin datang dekat aku. Dia cakap balik dengan Khairi eh besok? Haa dari situ lah aku borak dengan dia & tahu yang dia rapat dengan khairi. Adeshhh habislah, baru je ingat nak share cerita dekat khairi pasal Amin ni. Terus terbatal niat aku.

Pukul 3.15 p.m mak Amirul Zinel pun datang. Masa aku bawak barang, khairi dengan Amirul automatically terus keluar dari kereta && terus tolong aku susun barang dalam kerete. Cuba tengok, betapa sayang nya diorang kat aku ni kan? Okay, secara ringkas nya, diorang memang ada sifat setia kawan yang tinggi.

Aku duduk depan sebelah mak amirul zinel. Yelah tak kan nak duduk dekat belakang kan? Kat belakang tu kan ada 3 orang teruna. Amirul, Khairi &kawan Amirul. Sepanjang perjalanan aku asyik berborak je dengan mak dia, Puan Nurliza. Sementara budak budak dekat belakang tu dah lentok habis.

Sampai KL, fuyoo! Hujan lebaaat. Lama betul aku tak jejak kaki ke Bandar Tun Razak ni. Rasa macam lain macam pun ada. Sweet betul masa Amirul tolong aku angkat barang masa nak jalan pergi rumah Saliana. Maklum lah, berat lah katakan. Tapi disebabkan aku rasa macam menyusahkan dia je, aku terus paksa dia bagi balik barang aku. Biar aku yang bawa sendiri. Pastu ada ke patut dia cakap, ahhh jangan mengada, biar aku bawa. Haha. Last last, dia bagi jugak!

Terserempak dengan saliana, teerus salam dia. Rindu dekat kawan aku ni. Rindu yang lain jugak!. Malam ni aku bermalam dekat rumah saliana. Rasanya aku akan ada dekat rumah saliana emm 3 hari dua malam. Seronok dapat borak dengan dia. Maklom lah, dh lama tak jumpa, mestilah  banyak cerita yang nak dikongsikan.

kecewa dengan kau.TQ

Tapi aku terkilan dengan apa yang jadi. I didnt expected that shit thing will happened to you my dear friend. Why you do this, friend!

Special thanks to you my dear friend for everything that u had done.
I thought you were better than this but you’re just like everyone else.


Thursday 18 August 2011

berbuka puasa bersama A3P2

 Assalammualaikum semua.hehe

18 ogos 2011
lokasi di rumah puan Saliza
jam 4.30-10.00 p.m
"berbuka puasa bersama classmate A3P2"
objektif? mengeratkan silaturrahim antara kami.hee
best?
best gilerrr


jauh perjalanan, luas permandangan. penat meyh berjalan kaki nak pergi rumah mentor.


tengok si Zal ni. semangat je nak masak. ishh Zal, kau kacau aku masak ni. ketepi sana.hehe

tengok habis kecoh dapur Puan Saliza.

apa yang penting? kerjaaaaasamaaa. haha




malam pulak, kitorang baling tepung dekat Ana. happy birthday ana.



malam tu, ramai terkejut tengok betapa gila nye aku,. Opsss, taring dah keluar dah. bak kata amirul lah. dorang tak sangka aku kejar Amirul (bukan mirul zinel ye). Haha, dasyat malam tu aku kejar amirul dari depan pintu masuk KMNS sampai lah depan blok laki. huhu. saja nak balas baling tepung dekat dia. tau tak kenapa diorang terkejut sangat? sebabb kat kelas aku tak gila macam ni. aku hipokrit sikit dalam kelas. bukan main pendiam nye aku dekat kelas.okay, kesimpulannya, objektif program ni tercapai. akhirmya, aku rapat dengan diorang.
 hey3,..masa ahmad bergurau dengan anak cikgu, tercair seketika pulak. ehehehe...terserlah sifat kebapaan dalamdiri dia tu. hey2!!! dah dah. tak payah layan perasaan tu. 

okay bubye.nak mandii. nak tidur! tak ada mood nak belajar.

Wednesday 17 August 2011

C5 here I come. lalala~

hari tu main chess dengan Hairi tau. ehehehemm well u know me, mesti lah aku yang menanag.

assalammualaikum ..~

Minggu ni je, banyak dah berita buruk yang aku terima. Antara salah satunya, sesiapa yang menginap di blok C1, C2, dan C3 yang duduk dekat tingkat 3 dan 4, wajib pindah ke C5. Ni adalah salah satu cara untuk selesaikan masalah blok blok yang tak ada air. Alah sebenarnya bukan tak ada air, tapi air tak boleh nak naik ke tingkat atas. Puncanya sebab tekanan rendah. Maklom lah, tempat kitorang ni kan adik beradik dengan genting highland. Yang best nye, macam duduk dekat atas awan je tau. Tapi tu lah masalahnya, air tak ada. Hampehh tol. Walaupun masa ni ada yang menjerit, menangis tak nak pindah, tapi aku antara orang yang sangat bahagia dengar berita yang tak berapa nak baik bagi diorang tapi baik bagi aku. Aku sayang C5, blok lamaku. Tapi malangnya, Amalina dengan Syaima tak nak pindah,. Tadi tuan pengarah dah cakap kalau salah sorang dari roommate tak nak pindah, maknanya satu bilik tak payah pindah. Wei! Gila ke korang! Hishhhhhh… sanggup ke kau turun naik setiap hari pergi mandi kat blok orang lain???! Aku tak sanggup dahh ni. Hah lagi satu, sanggup ke korang duduk sorang dalam bilik sedangkan satu aras kosong. Woiii korang memang gila. Arggghhh tak kira aku tetap nak pindah. Apa pun jadi, aku nak pergi C5.

Hah 19 haribulan ni dah boleh balik. jeng jeng jeng..haha tak sabar rasanya nak balik rumah. Aku balik dengan mak amirul. Rasanya khairi pun ada sekali kot. Thanks mirul. Kau lah penyelamat aku. Tapi 19 haribulan ni aku tak terus balik rumah, tapi pergi KL tidur rumah Siti Saliana sebab 20 aribulan ada reunion berbuka puasa dengan classmate lama aku. Wahhh tak sabarnya rasa.!!!!! Tapi 21 mak aku datang KL ambik aku dah kena balik rawang,Selangor. Tapi mak cakap sebelum balik nak pergi shopping dulu. Wahh tak sabar lah,. Dah lama tak keluar shopping satu family. Mana tak nya, aku asyik duduk kat dalam penjara ni je.,

serius tak muka aku? bukan senang nak tengok muka serius aku yang macam taik ni.
lalalala


i need to stop but i dont know how.

 
 
Hari ni dapat gambar kelas. Perghhh cantik lah. Hot gila aku. Aku lah yang paling hot dalam gambar tu. Sebab aku pakai baju warna orange. Hakhakhak. Tapi aku berpuas hati dengan gambar tu. =) .masa nak pergi kelas tutur, terserempak dengan khairi. Dia tunjuk gambar kelas dia. Ecececehhhh perasan hensem betul budak ni. Dah lah puji diri sendiri kata diri dia smart. Haktuih! Tapi kenyataan lah.

Nak tahu, dekat kelas, aku dengan Mr A tak pernah nak bercakap. Dekat kelas masing masing macam buat tak kenal. Tapi dalam mesej, macam dah lama kenal. Hum hum. Aku harap dia tak suka aku lahh kan. Sebab aku dah penat nak terangkan kat insan bernama lelaki ni yang aku memang tak berminat nak berpasang pasangan. Pintu hati aku belum terbukak lagi. Termasuk Ihsan. Aku terpaksa buang perasaan yang ada ni. Aku tak nak suka sesiapa. Sorry.


 
mintak maaf ye, gamba kelas tak scan lagi.jadi tak dapat nak tayang tayang muka budak kelas dekat sini.  nanti dah scan, aku masuk kan.

Monday 15 August 2011

makk aihhh aku PBSM ?????

haa tu dia birthday girl bersam puan nik & siti fareedah. =))

15 august 2011.
HAPPY BIRTHDAY nurain bt mohd nasri. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila bila okay. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Aku sayang kau. Belajar rajin rajin yea.

Apa???!!!!! Siti excident. Ain cakap dia cedera teruk. Kesian dia. Tiba tiba dia buat aku risau. Sapa tak sayang kawan weyh.. hum nak sangat pergi melawat dia.
Sabar nye kawan. Banyak kan rehat n jangan lupa makan ubat. Kau sabar je. Nanti aku balik KL, aku nak jumpa kau!

Hadoih..malas nya nak pergi kelas, mood nak raya lah katakan. Bukan aku je yang rasa macam ni. Tapi boleh dikatakan hampir semua budak budak kat sini nak tak nak je belajar minggu ni. Semua dah menghitung hari nak balik rumah. Terutama sekali aku ni. Siap dah dapat gelaran PBSM dah dekat sini. Mula mula aku agak blur lah jugak dengan PBSM ni . tapi rupanya PBSM ni bermaksud PERSATUAN BALIK SETIAP MINGGU. Lawak lah korang yang bagi gelaran ni dekat aku.

p/s: sorry my dear friend sebab lambat wish. hee.  jangan risau. aku tak pernah lupa korang. korang sentiasa dalam ingatan.

Friday 12 August 2011

Home sick sudaa

 Assalammualaikum. Haluuu. Haluu.

Hari ni ada kuiz akaun. Macam biasalah, dekat sini kalau setiap minggu tak ada kuiz memang tak sah. Nak tahu, aku pakai baju sama warna dengan ahmad khusairi, perghhh lepas tu saja je dia duduk sebelah aku. Dengan berbaju melayu lengkap warna krim, sedondon dengan aku yang dari atas sampai ke bawah serba krim. Waduh waduuh memang macam dah berjanji lah kan. Sekali pandang dah macam pasangan yang nak pergi akad nikah lah pula. Apa tu orang cakap emm macam pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan. Gagaga. Hadoihh. Serius aku suka gaya dan ketrampilah ahmad ni. Dia smart. Muka pun bersih. Bergaya lah pulak. Anak kelahiran kemamang, Terengganu. Adoih betul ke aku eja kemamang tu? Entah lah. Maklum lah, dah lama tak buka peta Malaysia lah katakan.
dah2! mengarooot je..pintuu hati aku dah tertutup okay. FULLSTOP!

Minggu ni, aku tak balik. Selalunya, lepas je kelas hari jumaat, aku akan terus balik bilik, terus kemas baju, terus balik rumah. Tapi kali ni, balik kelas, terus duduk bilik buka buku. Tapi satu apa pun tak masuk otak apa yang aku belajar tu. Fikiran melayang ke rumah. Bosan nye~ nak balik. Hummmphh! Kat bilik, aku dengan syai je yang tinggal. Petang tu, ihsan ajak bersukan. Alahhh… memang nak pergi. tapi malangnya aku ni tak berapa nak sihat. Jadinya aku sempat datang melawat dia bersukan je. Alang alang peluk pekasam lah katakana, aku jumpa hanif sekali. Cadang nya nak bayar balik duit tambang hari tu. Tapi dia cakap tak perlu. Free of charges. Diaa belanja. Apa daa. Aku tak biasa lah. Aku bukan kaki kikis okay.

Tapi hari ni syok sangat. Hujan lebat gila. Ni lah kali pertama kuala pilah dibanjiri hujan dengan iringan kilat sambung menyabung, petir, guruh semua ada. Seram aku. Tapi sebenar nya sedih sebab tak dapat balik. Bukan tak nak balik, tapi masalahnya kalau aku balik, bukan nya aku belajar. So, lebih baik aku duduk sini je kan. Lagipun dua minggu lagi dah nak balik cuti raya. Ahaha.

Maak.. rindu mak.. rindu sangat sangat.. disebabkan tu, aku asyik bergayut je dengan mak aku. Lepas sahur, sebelum berbuka, lepas berbuka, lepas terawih, mesti mak aku akan call. Yang aku sedihnya, sedara mara aku datang. Lahh. Tak dapat nak buka puasa sama sama.


Thursday 11 August 2011

u must study your lessons or you will fail your examination

haha    

hey hey hey you. tak reti nak belajar ke haa?? 
PSPM dah dekat tuhh.
tak sedar diri lagi ke haa.
hang tu ingat genius sangat ke.
sesuka hati je nak senang lenang kan!
hamboooiii...
bukan main lagi dia ni ye?
hisshhh nak kena ni.
dah dah, pergi bukak buku sana.
tak payah nak meng on9 sangat lah kan.
tak payah nak makan tidur sangat lah kan.
tak payah nak borak borak sangat lah kan.
ewah ewah..
dah dah,
ihsan, my lovely friends, my dear friend, 
my beloved friend, my sweet friend,
hey kawan "hidup mati sama sama"(ni ayat yang dia selalu bagi kat aku)
sorry tak reply.
busy.hee
busy laa sangat kan?
terawih pun aku ponteng .huhu
teruk kan aku ni...

note ni aku letak dekat atas meja aku. konon nye nak bagi naik semangat. tapi??? macam tak ade kesan je

Dont Believe Everything you think.please~


assalamualaikum.=(
aku kurang pasti kenapa aku rasa moody je minggu ni
paling yang tak seronoknye,minggu ni aku langsung tak buka buku belajar..
ishh apa kena dengan aku ni..kenapa dengan kau ni. jangan jadi malas boleh tak?
aku tak malas.cuma tak ada semangat. 
semangat aku yang dulunya berkobar kobar tu sekarang dah semakin luntur.
argghhhhh,please pulangkan balik semngat aku yang dulu.

aku dah tak tahan .
tapi aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni. 
lepas berbuka..terus aku duduk dekat luar.
rasa nak menjerit sekuat hati.

tanpa sedar, aku termenangis


bila nangis, aku rasa lega. lega sangat. sangat sangat lega. 
terima kasih kepada najihah.
thanks sangat.saya tak tahu lah apa akan jadi kalau awak tak ada masa malam tu.
terima kasih sangat, harap awak boleh terus tolong saya naikkan semangat saya
yang tak menentu ni..
 terima kasih juga dekat aeida sebab bagi nasihat dan dengar masalah aku. 
tapi seriusly aku tak sabar nak tunggu 19 haribulan..
nak balik KL jumpa kawan.
nampaknya aku kenalah tidur rumah saliana.
argggghhhh tak sabar nak jumpa soulmate aku,nak jumpa classmate aku.
sumpah aku rindu korang
TAK TIPU

t




Wednesday 10 August 2011

kau hutang aku





Masa aku pergi unit fizik nak tanya soalan yang aku tak faham..tiba tiba masa tu ada orang lah pulak yang tengah jumpa cik Indah. Jadi, terpaksa lah aku tunggu. Sementara nak tunggu tu, tiba tiba terpandang kerusi lah kan. Dekat kerusi tu, ada sorang mamat ni duduk. Aku pun duduk lah depan dia. Cehhh dia pandang aku, aku pandang dia. Dia senyum kat aku, aku senyum dekat dia. Mamat ni memag handsome tau. Ihsan pun kalah ni. Sejak dari tu, aku dengan dia asyik terserempak je. HAHA. Dekat KMNS ni je, dah berlambak lelaki yang aku minat tau. Semua nya minat secara rahsia. Secara senyap. Melainkan ihsan lah kan. Dia tu lain sikit. Tapi jangan buat apa apa tuduhan kay? Tapi sejak kebelakangan ni, aku pun tak tahu lah kenapa jiwa aku, hati aku kosong, bila pandang laki, aku nampak laki tu semua nya sama sahaja.
Kalau nak tahu, ada pengintip bermisteri tengah perhatikan aku. Aku dapat tahu ni pun melalui..teeetttttt. malas nak heboh hebohkan nama dia ni. Nanti dia popular lah pulak dekat blog aku ni. Tapi seriously weyhh aku tak selesa.
Aku tak sabar nak tuntut janji shiraz dekat aku. Hahahaha tulah.. cabar aku lagi. Dia cakap kalau sebulan aku tak couple, dia nak belaanja macam macam dekat aku.wallaweyyhhh kau kalah lah shiraz, aku yang menang. Kau ingat aku ni perempuan murahan ke senang senang nak terima lelaki dalam sekelip mata je? Kau ingat aku ni tak mahal ke senang senang nak cari peganti? Kalau dah aku cakap lelaki tu semua sama je, so..lelaki memang sama lah kan. Aku bosan lah nak piker pasal laki ni. Lebih baik aku habiskan masa aku date dengan buku buku yang tak khatam2 lagi ni, lebih baik aku habiskan masa dengan family && kawan kawan. Lagi bermanfaat daripada aku berdating Kan. Nanti kang mula lah terpegang tangan lah, teraba sana sini lah, tercium sana sini, tertangkap khalwat lah kan? Buat malu je. Tapi tak bermakna aku ni lesbian wokeyh. Aku ada perasaan sama juga dengan perempuan2 yang lain. Cuma bagi aku, sekarang bukan masa yang sesuai untuk Aku fikir soal hati dan perasaan. Ni bukan masanya.
Secret admirer
Aku hairan kenapa mesti mentioned amoi cantik yea??? Mak aku cakap, anak mak memang cantik .haha. tak apa lah okay. Aku tak berminat dengan gelaran yang suka suka hati kau je nak kasi dekat aku tu okay. Tapi terima kasih lah okay.