Monday 24 September 2012

pejam celik pejam celik, tak sangka dah hampir tiga minggu aku dekat UUM ni. setiap hari topup, setiap hari call mak. huu rindu sangat sangat. tapi sejak mak cakap jangan asyik topup, aku pun stop topup. tapi nasib baik mak ambil alih tugas aku. mak pulak yang asyik call. weee~ bahagianya dunia.

aku tak terasa masa duduk dekat UUM ni panjang pun. sebabnya, aku rasa janggal bila jumaat & sabtu cuti. Ahad ade kelas. dan yang paling menyeronokkan bila hari selasa aku langsung tak ada kelas. seronok kan? tak lah seronok sangat sebab bila selasa aku tak tahu nak buat ape. =,="

susah jugak rupanya jadi budak sem 1 ni. bila ada pengumuman je, mesti melibatkan budak sem 1. mesti ada je aktiviti. tak wajib pun. tapi bagi budak yang desperate nak kutip SIRA macam aku ni, comfirm lah aku nak pergi. setiap aktiviti yang aku join, ada markah SIRA. markah SIRA ni penting untuk bekerja kelak.  tapi aktiviti yang aku join bukan lah free2 je nak pergi. duit sangat diperlukan di sini. haiyaaa. tapi kat sini makan seronok. sebab ambil lauk banyak mana pun, harga tetap berpatutan. tapi aku tak lah makan banyak dekat sini. sebab tak kena dengan selera. kalau makan pun wajib ada sambal belajan. hikhik

antara program sira yang aku join..

~PERKIM
~perarakan 1 Malaysia
~GCB
~charity nightrun and talk (free palestine)
~........LOADING........

PERKIM
perkim adalah satu pertubuhan dari AJK masjid UUM. program kitorang lebih kepada islamic. dua hari satu malam.makan dulang bersama kawan2, teringak masa iftar dekat KMNS.
taktau kenapa masa ni aku nampak macam pokok2 tu menari.
my face look so pale. time ni belum tumbang lagi.masa ni belum rasa nak tumbang.. 15 minit kemudian....terus  rasa macam gelap je dunia ni. KUN FAYAKUN~
indah sungguh ciptaan ALLAH SWT. menunggu matahari terbit. di atas puncak vista. sesiapa yang rasa suka nak memanjat bukit, boleh lah pergi dekat sini. teringat pulak KMNS. 

PERARAKAN 1 MALAYSIA
hukma! tak sangka rupanya dia kawan kepada aidil."mentor sejarah aku mase form 5 duluu"
fani,hukma,asmaliza
tu diaaa budak2 palapes junior.jeles2.

GCB anjuran kauseling UUM


CHARITY NIGHTRUN AND TALK (FREE PALESTINE)
masa lari tu ternampak kandang rusa.wahh comel2 rusa kat sini.bhahaha
free palestine. semoga ALLAH meringankan beban mereka. AMIN,,,

hukma suap sayur.weks

dah hampir tiga minggu aku dekat sini. ALHAMDULILLAH aku dah hampir mahir dah dalam selok belok UUM. cakap je nak pergi mana.mesti sampai punya.haha..tiba2 rasa nak gelak bila teringat mase minggu kedua aku dengan fairuz tersesat sampai ke bukit kachi, tu lah.... blagak sungguh...dengan penuh keyakinan,slumber je aku naik bas tanpa tengok tu bas ape. bila bas tu tak berhenti dekat DKG6 ,,pergh...fairuz menggelabah gilaaa~ hahakz kalau boleh rakam, rasa macam nak rakam je. kiteorang masok kuliah calculus lambat 25minit. nasib lectrer tu sporting. dia kata lain kali kalau lambat,jangan panik,,,kamu masok je terus.. ^,^ 

ALHAMDULILLAH, doktor kata aku selamat. tapi ada kemungkinan boleh kena ke tahap serius. patutlah aku asyik sakit.hum2~

jom tengok sebahagian tempat2 cantik dekat UUM ni,,,
captured from bangunan canselori

mukaku huduh dikala menahan terik mentari =)
in front of Perpustakaan Sultanah Bahiyah 




"sekian dari saya"

mood : satu mimpi satu janji (lagu penuh dengan semangat dalam jiwa.baguih,,,boleh jadi pendorong untuk aku terus berusaha)