Sunday 31 March 2013

#BAKSIS #KLK #BBSM


Assalammualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Apa khabar semua? okay? okay okay okay. tak ada apa yang nak diceritakan. cuma ingin berkongsi pengalaman cuti hujung minggu je. hehe

ye, sangat excited masa sebelum nak bertolak sampai aku dah tak senang duduk dekat kelas management tu. asyik tengok jam. serius terasa lama sangat masa tu berjalan. dah lah barang2 tak kemas lagi, baju pun tak tahu nak bawa yang mana. ye, memang aku suka ber-camping ni. memang sejak kecik lagi. paling best perkhemahan yang aku pernah pergi setakat ni, masa kem kadet polis dekat hutan apa tah. yang pasti dekat perak. kem ni bukan untuk bersuka ria. 5 hari di tapak perkhemahan, kitorang bertanding kawad, mara lasak, pandu kompas dan menembak. Gua fit masa ni, mara lasak dapat nombo dua. dan gua rindu nak pegang M16 lagi.sobsobs . okay, aku dah macam lari topik ni

walaupun gua tak berapa sihat, kite join je aktiviti diee. huahua. terima kasih kepada sahabat tersayang especially farhani yang tak jemu2 dok bertanya "asma okey?" haaaa suwiitt lah die. sayang awak okay =P
gambar ni tak ada kena mengena pun  dengan program BAKSIS ni. tapi ni lah suka duka dengan BFF masa kadet polis dulu.rinduu

walaupun perkhemahan kali ni tak se-adventure macam kem kadet polis, fuhh tapi tetap terasa keseronokkan dia. sampai sekarang masih segar diingatan. walaupun sedikit kecewa bila tak dapat tidur lena masa hari kedua tu, hehe tapi ada hikmah disebaliknye. nak dijadikan cerita, kem tu hari pertama je tidur dengan keluarga angkat. hari kedua kitorang dah pasang khemah. tapak perkhemahan kitorang betul2 bersebelahan dengan kubur. seram. tapi buat dunno je lah. bila kita yakin Allah jaga kita, semuanya akan okay. baik sungguh hati mak abah bila sponsor dua khemah untuk anak2 angkat die. ni yang makin sayang ni. anak angkat mak abah ada 15 orang. memandangkan mak abah punya rumah besar sangat. tu yang ramai tu. tapi, yang paling aku rapat dengan syikin, wani, su dan kak fadhilah. =) .tapi aku selalu berkepit dengan fani hehe . paling best lah bila kebetulan ekin ni makcik die duduk bersebelahan dengan kampung ni. jadinya makcik die hantar makanan banyak2 .tu yang aku paling suka tu. thanks ye sebab gembira kan perutku. huahua

ni masa acara mandi minyak oleh ahli seni silat gayung. rupanya orang2 kampung dekat sini memang kuat dengan silat. hebat2. aku teruja gila. lagi2 masa diorang buat pertunjukan berlawan guna pedang, buluh, keris. lima bintang untuk mereka

tergelak kawan2 aku bila dengar yang aku tak pernah kenal buah koko. bagi sesiapa yang ta kenal juga,haa ni dia buahnya. isinya putih. manisss. rupanya cokelat yang aku makan selama ni macam ni rupa asalnya. =)

rinduu nak peluk2 dengan gemok. geramm. rasa macam nak gigit je kucing gebu ni. anak kucing ni, kalau buat ape kat die, die diam je. ishhh manjaa

mak abah asyik busy uruskan itu ini. maklumlah, diorang sebahagian dari orang kuat yang uruskan perkhemahan ni. dan aku rasa sangat2 beruntung bila terpilih untuk jadi anak angkat mereka. walaupun sejak hari pertama lagi, aku dah jatuh sakit, namun langsung tidak mematahkan semangat aku untuk terus kekal berada di kem itu. yelaa, sapa larat kan kalau dah sampai tak boleh bangun, asyik terbaring. fuhh dugaan betul lah. ehh terlupa pulak nak kenalkan adik beradik angkat aku kan. okay, yang sulung dah kahwin dah. sama cantik. patut lah ankan dia comel sangat. yang kedua bakal berkahwin bulan sebelas ni. jangan lupa jemput ye kak hanim. yang ketiga, hafizi, mula2 ingat umur dia dalam 20-an. rupanya laaaaa..krikk krikk.. baru 16 tahun rupanya. sebaya je dengan adik aku. yang keempat adik arif. comel comel comel. masa tidur dalam khemah. budak ni tidur sebelah khemah dengan aku. asyik duk mengacau aku je. tapi, sikit pun aku tak rasa terganggu. seronok layan budak kecik ni sampai ke pagi. =)) walaupun mak dengan abah bagi pilihan sama ada nak tidur balik rumah atau tidur dekat khemah je, namun setelah dibincang2 denagn adik beradik angkat yang lain, kitorang sepakat tak nak tidur rumah. serius tapak perkhemahan tu meriah sungguh . dah macam hari raya pulak aku rasa. walaupun tidur dalam khemah

hee. gambar dengan kak hanim , anak kedua mak abah tak ade pun. sebab die je yang asyik amik kan gambar. gambar bawah ni gambar dengan anak sulung mak abah yang dah kawen. jeless ok. okay aku mmg suka jeless dengan orang yang dah kawen ni. *sila abaikan*

ni anak abang yang sulung tu. comel kan kan. budak ni ramah sangat hewhew
alolololo. ni anak kedua dia. baby ni baru 2minggu lahir. tengok tu, masih merah. #Lelaki. *pliss take note syamim

Really enjoy every single moment at kampung sungai Bongkok. the good, the bad. thank to Allah through it all. counting the days until we meet again. #keepHoping


Thursday 21 March 2013

sekadar perkongsian


setiap pagi, sedekahkan lah al-fatihah kepada kedua ibu bapa kitatidak kira masih hidup mahupun telah menghadap ilahi...nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.. berdasarkan hadis Nabi, "tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

maksud disini, jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua orang tuamu baik yang masih hidup ataupun yang telah tiada. Allah akan memurahkan rezeki kepada sesiapa yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa walaupun ada ibu bapa yang leka, doarkan lah mereka supaya ke pangkal jalan,. ingatlah , bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT. semasa berdoa, doalah dengan bersungguh-sungguh, bayangkan wajah mereka. mereka yang lupa berdoa kepada kedua ibu bapa mereka akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Manisnya Cinta bersulam keimanan

serius siapa tak datang masjid malam tadi rugi sangat sangat.

program yang dipengerusikan oleh sahabat saya, Adenin dengan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri dari sahabat saya juga. program yang sangat mendapat sambutan. program ini dimeriahkan lagi dengan  kehadiran para penceramah yang tidak kurang hebatnya. walaupun sekatan terhadap Syeikh Zainul Asri namun tetap bersyukur dengan kehadiran anak didik beliau. dan jangan terkejut ye, ini merupakan julung kalinya program berqasidah oleh kumpulan Qasidah dari Maahad darul hadis seperti ini diadakan di Masjid UUM. Tahniah !! 

bacaan imam masa solat isya' mampu membuat para jemaah mengalirkan air mata. sangat merdu. terasa keikhlasannya. doa yang dibaca, penuh dengan kesyaduan. penuh dengan kata-kata yang mampu menyentuh  hati bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya.

tersentak seketika masa, ceramah berkaitan cinta terhadap Rasulullah. barangsiapa berselawat sekali ke atas baginda, Allah akan membalas 10 kali ganda selawat terhadap kita. barangsiapa berselawat dengan banyak, mereka itu lah yang layak menerima syafaat daripada Rasulullah saw di akhirat kelak. hanya berselawat, itu tidak cukup untuk membuktikan cinta kita pada baginda. mai pakat ramai-ramai amalkan sunnah nabi. =)

Syeikh Zainul Asri
selama ni, aku selalu tanya kawan-kawan aku, "macam mana nak istiqamah?" .aku sibuk bertanya. tapi aku bukan buat pun. malam tadi, aku tersedar sendiri. alhamdulillah, di rumah Allah, Allah sedarkan aku. =') . betapa agungnya cinta Allah terhadap hambaNYA..

Doaku untuk hari ini:
Ya Allah, jangan KAU pesongkan hati ini setelah KAU beri hidayah. Jadikan lah aku seorang hamba yang sentiasa bersyukur diatas nikmat yang telah kau limpahkan kepadaku pada hari ini.

Wednesday 20 March 2013

Listen, Listen, Listen


aku, masih dalam proses perubahan, kadangkala diri ini terbabas juga. tidak menjaga iktilat, dan sebagainya. maka, tegurlah aku, perbetulkan aku, bukan menghukum. sayangilah aku sebagai saudara seislam kamu, bukan memfitnah. maafkanlah,bukan membenci. Bantulah diriku serta mudahkanlah, bukan menyusahkan. tutuplah keaiban diriku dengan tidak menceritakan kekurangan diriku kepada orang lain, bukan mengejek aku, menghina aku. kerana diri ini masih lemah, mudah terlupa, mudah terleka dengan godaan syaitan yang direjam. dan aku cuma insan yang masih tercari-cari yang perlukan panduan untuk terus istiqamah melaksanakan suruhan ALLAH SWT

#SometimesItNeedsALittleEffort =)

Feeling can be controlled, but tears never lie

tiga hari tanpa nasi. bukan menyeksa diri, tapi tekak loya, entah kenapa. sebabnye tak dapat dikenal pasti. tapi, itu bukan lah masalahnye sekarangg. rencana Allah itu cukup indah dan terssusun dengan rapinya.

Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka..

hari ni, dah masuk tiga hari dia pergi tinggalkan aku. "pergi, tak bermakna hilang diingatan. Biarpun pergi, asma tetap akan ada dalam doa2 saya" sobsobsob. teringat apa yang dia pernah cakap. Mungkin keputusan yang dibuat ni adalah yang terbaik buat dirinya. siapa tahu kan? mungkin bagi kita, itu satu kerugian. tapi, itu bagi kita. bagi dia?? ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat dirinya.Allah will make a way when there seems to be no way.



cc----> Nur Fairuz binti Sulaiman
sahabatku, luka perih dirimu hanya akan terubat dengan bertaqwa pada ALLAH.

cc -----> you lah (Sometimes words are not enough to make you feel that I care for you) #OneYear&FiveMonth =)

Friday 15 March 2013

LIFE.. Never was easy


 Assalammualaikum

bismillahirahmanirrahim,,,, =P



yeayyy kamik tak perlu pi GCB. jom jommm berangkat !

Dengan rasminya, tepat jam 5.30 petang maka tamat lah program kami ke rumah2 anak yatim tersebut. Paling seronok tak payah dengar GCB laa. *ehh . tak, tak, bukan tu yang best nye.. yang best nye bila dapat jumpa budak-budak kecik di Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al-Hashimi . kecil-kecil lagi budaknya. Sebak terasa masa kendalikan program ni. =’) kecik kecik dah belajar berdikari, jauh dari mak ayah, kesian. Tapi,, ada satu yang aku sangat kagum dengan mereka. Sobsobsob. Sesuatu yang aku rasa taka da dalam diri aku.

alolololo cocococomeellll je depaa ni
putra buat peace. peace yoo peace putra. budak sebelah aku tu paling hot, azrai' nama dia. tapi aku paling jatuh hati dengan yg paling depan tu haa, Amaaaaaann. yang lain pun. errr tak ingat nama laa

Subhanallah, mulia nye budak-budak ni =’( . meskipun umur masih mentah, mereka sangat menjaga aurat. Okay, aku malu malu malu betul dengan diri aku. dulu, kecik-kecik, aku langsung tak tahu apa tu aurat. Yang aku tahu urat. && mereka Sangat sangat menjaga iktilat antara lelaki dan perempuan. Masa tengah tunggu azan, mereka basahkan lidah dengan menyebut namaMu. Terasa jahil sungguh diri ni pada ketika itu. Bagaimana umur sementah itu, boleh mempraktikkan amalan seperti itu, sedang aku masih leka dengan kemewahan, keindahan,kebahagian yang hanya sementara ini?? Haihh anak encik bokhari ni. okay,, tu bukan masalahnye. Tepuk dada Tanya iman. Apa khabar iman kita hari ini???
Tidak mengapa asma/lia/as/liza/nuras ,, kalau dulu kau teruk, kau jahil, kau jahat, kau nakal ke,, apa yang penting sekali. Allah itu MAHA PENYANYANG, MAH A PENGAMPUN DOSA. Sometimes Shaytaan gets to us and makes us sad by reminding us for our sinful pasts, trying to make us lose hope in the Mercy of Allah. Do not let this happen okay ! hummm hummm and then suddenly I became sad for no reason at all

opsss blurrr. kite malu sebab tu blurr jadinya. ehh *yeayy dapat tuka baju. rimass den pakai baju DPP sampai petang, so pi tuka lerr jawabnya.

hooreeyy kami menang. *depa kata laa naa


It feels like something is missing, but I don’t know what. Huhh nevermind. Ya ALLAH, Increase me in knowledge while keeping me humble.

#wherever you are, there’s always time for ALLAH

aku : *main sudoku
dik aqila : akaakkkk nak main
aku : haa main laaa

^^huwaaaaa, buku sudoku aku dah bagi dekat salah seorang penghuni asrama tu sebab dia kata dia suka sangat main sudoku. sobsobsobsob ='( sedihh. tu buku kesayangan tuu. baru je beli dekat pesta buku depan library minggu lepas. sobsobsob ='( *ehh dusshhh dushhh siott je asma ni. *ikhlas kan hati,, #kauBolehBeliYangLainLaaaaaa. sigh

Thursday 7 March 2013

I'm nothing without You

Assalammualaikum,

hai ayah. =))
*tarik nafas dalam-dalam.


maafkan diri ni, andai membuat dirimu terseksa ='( maafkan diri ini, andai lia tak boleh jadi anak yang baik.
lia tak pandai bersyukur. sentiasa leka dengan kemewahan didunia. sering lupa, lupa, lupa akan tanggungjawab lia sebagai anak ayah. seandainya dirimu masih ada lagi, mungkin diri ni tak seteruk ni. mungkin tak seleka ni. mungkin juga tak sesuka hati mempergunakan hati ni untuk melalaikan diri. ya Allah, padaMu ada kedamaian. damaikan lah hati ini dengan rahmat dan kasihMU. me love you. but ALLAH love you moree.

ya Allah, ampun kanlah dosa-dosa ayahku dan ibuku. kurangkan lah azab siksaan kubur ayahku. lapangkan lah kubur ayahku, terangkanlah kubur dia dengan dengan cahayaMu. tempatkan lah dia dikalangan orang-orang yang beriman. haramkan lah mak dan ayhku ke neraka jahanam. dan janganlah kau haramkan mereka dari SyurgaMu. moga aku dipertemukan dengan dia di syurgaMu kelak. ameen

thanks mummmmmmmmmyyyyy. kejayaan anakanda mu ini adalah daripada doamu selama ini

Saturday 2 March 2013

Sekadar Perkongsian


Barang siapa yang mengucapkan perasaan syukur dalam keadaan dia mengalami kedukaan, dialah akan dilimpahi berbagai-bagai kebaikan oleh Allah.
Janji ini dinyatakan oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 156 hingga ayat 157 bermaksud: “Orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Mereka itu ialah orang yang dilimpahi berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
tidak ada satu musibah pu  yang menimpa seorang muslim kecuali ALLAH menghapus dengannya dosa-dosanya, sampai pada duri yang menusuk.
                                                                                                            HR. AL Bukhari


Wahai, pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian dariMU
ku pasrahkan semua padaMU
tuhan baru ku sedar
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini kuharapkan cintaMU

kata2 cinta terucap indah
mengalun berzikir di kidung doaku
sakit yang kurasa
biar jadi penawar dosaku
butir-butir cinta air mataku
teringat semua yang kau beri untuk ku 
ampuni khilaf dan salah selama ini
ya Ilahi
Muhasabah cinta

tuhan...
kuatkan aku
lindungi aku dari putus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku denganMU


"Hari ini, apa yang sudah ku buat untuk Allah?"

Selamat Tinggal Pejuang Negara

semoga perjuangan mereka sentiasa dibalas baik oleh ALLAH SWT

Sayunya hati apabila terbaca berita mengenai apa yang berlaku di lahad datu, sabah.  isu yang mencabar Kedaulatan Negara ketika ini berhubung pencerobohan bersenjata tentera Diraja Sulu di Lahad Datu. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum  ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu. Tapi, Aku terbaca artikel yang mengatakan ini semua salah UMNO, taktik kotor UMNO?? Ada juga yang menyatakan ia adalah rancangan dari Anwar Ibrahim?? Jangan suka menuding jari kalau tak ada bukti yang kukuh. Ayuh! Bangkitlah ! jangan jadi orang yang suka menyalahkan orang lain.
Antara yang terkorban dan yang tercedera:

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (terkorban)

4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).

suka untuk aku katakana bahawa, allahyarham Inspektor Zulkifli B. Mamat adalah bekas pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Allahyarham pernah melibatkan diri dalam Kor-Sukarelawan Siswa Polis atau Kor SUKSIS dan merupakan graduan lepasan ijazah sarjana muda jurusan Komunikasi. Sedih tatkala aku menatap gambar allahyarham. Makin sayu apabila terbaca mesej terakhir beliau yang aku temui di internet yang kian tersebar oleh teknologi yang semakin canggih ini. Kental nya allahyarham untuk menegakkan tanah air tercinta =’( semangat juang yang tidak ada dalam diri semua orang. Selamat jalan PAHLAWAN NEGARA !!!

meskipun aku pernah menyertai dengan aktifnya pasukan kadet polis sekolah dengan penuh semangat…tapi, semangat juang itu tidak sama seperti para pahlawan yang telah bersungguh2 menyelamatkan Negara sehingga menggadaikan nyawa mereka. Semoga para pejuang yang telah menghadap Sang Pemilik Nyawa, akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Dari DIA kita datang, dan kepadaNYA kita dikembalikan. =’)

Allahyarham Inspektor Zulkifli Bin Mamat ,alumni UUM dari DPP YAB *Copy paste dari sahabat  @ senior Muhammad Mohamad idris*

**Copy paste dari sahabat  @ senior Muhammad Mohamad idris*
“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 SKUAD 2/2006 INSP. ZULKIFLI MAMAT DAN SJN. SABARUDIN DARI UNIT 69 KOMANDO YANG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU.”

Nor Aziah, isteri kepada Allahyarham INSP Zulkifli. semoga dia tabah mengharungi dugaan ini


Friday 1 March 2013

SYALIA,,


ermmm agak agak lah kan , kenapa sekarang ramai yang suka timbulkan isu syalia ni dekat aku??? haihh.. okay okay okay,,

#mohon syamim untuk menjawab


Unexpected !!

Assalammualaikum.

tidak semestinya bila tibanya maulidur rasul baru kita nak kena ingat kepada Nabi Muhammad S.a.w . kita mengaku yang kita sayang/cinta akan rasulullah, tapi, adakah kita mengamalkan sunah2 baginda? adakah kita  ikut apa yang rasulullah ajarkan pada kita??? tahu kah kita yang baginda sangat kasih terhadap kita, sehinggakan semasa baginda berada disaat2 kematiaan, baginda masih mengingati kita semua??? sedangkan semasa kita di padang mashar nanti pun, baginda masih lagi mencari2 umatnya? tapi kita sekarang???? lebih mengagungkan hiburan semata-mata...jahil nya kita. I'm proud to be Ummati of Prophet Muhammad S.a.w
*
*
*
I didn't expected and understand kenapa aku from Exco biro Siswi, suddenly exchanged ke Exco kerohanian. pelik-pelik je lah diorang ni. Mulanya, memang tak puas hati. tapi kalau dipertimbangkan oleh akal aku sendiri, there's must be a reason, kenapa,kenapa,kenapa dan kenapa aku dipilih untuk ke situ. Bak kata tuan pengerusi kita yang berada di tahun pertama seperti aku ni, "kita sebagai penggerak daie2 kecil, perlu memaikan peranan pada dunia yang kian berubah dari masa ke semasa" "tugas yang digalas ni akan dipersoalkan kembali diakhirat kelak" fuhhh, terketakk ceq dengar dia membebel. In shaa Allah.

Ucapan yang pendek, namun, tetap mampu menarik perhatian aku untuk terus mendengar apa yang diperkatakan oleh pengerusi kita pada malam pertemuan kami. Suka untuk saya kongsikan bahawasanya aku telah dilantik sendiri oleh tuan pengerusi dan abang firwan, selaku penasihat kami dan para exco yang berada di bilik mesyuarat itu sebagai Timbalan kepada exco kerohanian.wwwwoooooOooowww pada malam itu di sinilah bermulanya titik nokhta (*ehh apa aku merapu ni) tugas aku sebgai timbalan. haiiyaaaa *sigh rasa beban yang dipikiul berat sangat,like seriously, I feel like having a new breath for my Uni life right now.

I believe in one thing : What is important is not how much we have but how much BARAKAH we will get.

seronok dapat buat kerja2 amal macam ni. hilang segala stress aku dengan calculus2 and probability class. phewww

okay we're done !!! hooOOOoooreeeyyyy !!