Sunday 13 October 2013

Selamat hari raya Aidil Adha part #1

semasa dalam perjalanan pulang dari kelas......aku pun terleka berborak dengan salah seorang rakan di DPP. tiba-tiba sedar tak sedar ade suara perempuan di belakangku menjerit. cepat-cepat aku palingkan pandangan ke arah budak tu. Ohh rupanya ada dahan pokok yang agak besar baru sahaja jatuh selepas aku melintasi tempat tersebut. perempuan tersebut bukan lah menjerit sebab dahan tu menimpanya. tapi dia menjerit disebabkan terkejut je. bila fikir-fikir balik, rasa bersyukur sangat. yelah cuba bayangkan kalau dahan tersebut jatuh tepat kearahku. uwaaaa!! tak dapat balik beraya lah cerita dia.


sekadar perkongsian dari Ustaz Sharhan :
Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)


malam ni, aku melihat anis, dhiya, azura dan fani melangkah keluar sambil seret beg diorang tu. eleh tak jeles pun. poie lah balik. taknak jeles lagi. makin jeles, makin demam pula. bye korang! semoga selamat sampai. 

No comments:

Post a Comment