Saturday 26 October 2013

solatlah dengan sempurna :D #part1

lepas solat, saja duduk-duduk untuk merehatkan badan. dengan tak sengajanya terlihat beberapa gelagat orang-orang yang ingin dan sedang mendirikan solat. Dan baru perasan Oooo rupanya ramai lagi yang tak peka dengan tatatertib solat yang betul. dan aku pun salah juga masa ni. sebab tak menegur kesalahan tersebut. hmmm hmmm. 
Ramai orang memandang enteng hal-hal berkaitan solat ni sehingga dengan tanpa sengaja, orang tersebut telah melakukan beberapa kesalahan yang boleh membuatkan solatnya tidak sempurna. sepertimana yang kita semua tahu, Solat adalah perkara yang pertama dihisab pada hari kiamat. Akan tetapi sangat ramai yang belum memahami tatatertib solat yang sesuai dengan contoh Rasulullah S.A.W. baginda telah bersabda:
Solatlah kalian sebagaimana (kalian) melihat aku sholat (HR Bukhori, Muslim, Ahmad)
"Sesungguhnya yang petama kali akan dihisab atas seorang hamba pada hari kiamat adalah perkara shalat. Jika Shalatnya baik, maka baikpula seluruh amalan ibadah lainnya, kemudian semua amalannya akan dihitung atas hal itu."(HR. An Nasa'I : 463) 
teringat suatu ketika dulu, adik aku, zul hakim nama dia. Dia dipaksa untuk pergi kem solat walaupun dah berapa kali dia mambantah. tapi at last dia pergi juga. hewhew. balik je dia dari kem tu, dia bercerita tentang cara-cara solat yang betul, sampai tunjuk demo dekat abang n ina. termasuk juga aku. dan pada ketika itu, adik-adikku mula praktikkan apa yang hakim ajar. bila situasi begini jadi.. aku terfikir yang Allah sedang membawa kami semua ke jalan yang benar. alhamdulillah. buktinya, Allah tak biar adik-adik ku dalam keadaan jahil. jahil bukan bermaksud terlalu jahat atau teruk. maksud aku disini kurang pengetahuan tentang tatatertib solat yang betul. kalau bukan sebab Hakim, abang dengan ina pun tak tahu. dan yang paling penting, kalau bukan kerana ALLAH SWT, hakim, abang dan ina tak kan tahu. terima kasih ya Allah di atas anugerah terindah ini. semoga kakak,hakim,abang dan ina akan sentiasa dipelihara oleh-MU ya ALLAH, kerana aku tahu, dan aku yakin bahawa hanya KAU sebaik-baik pemelihara. hanya ALLAH. :')






terdapat tujuh anggota sujud iaitu dahi,hidung,kedua telapak tangan, kedua lutut, dan kedua jari kaki.
Rasulallah SAW bersabda, "Jika seorang hamba sujud, maka tujuh anggota tubuh harus ikut sujud bersamanya: wajah, kedu telapak tangan kedua lutut dan kedua kaki". (HR. Muslim) 
sekian dari saya, hamba hina NURASMALIZA ;)

No comments:

Post a Comment