Thursday 29 December 2011

bimbing saya please!!



Tiba tiba aku rasa malu! Argghhhh!!!! Malumalumalu! Teruk nye aku! Aku rasa macam teruk bila aku tak join ceramah awal muharam malam tadi, sedangkan aku dah tahu malam tadi ada ceramah. Hummmm kenapa aku jadi macam ni. Nak kata homework banyak,hmm mana ada banyak! Hishhh teruk teruk . rasa bersalah sangat sangat. Rasa macam teruk je aku ni. =(

Terasa macam ada satu perubahan dalam diri aku sekarang ni. Aku pun tak tahu lah kenapa aku tak biasa dah pakai baju berlengan pendek. Rasa segan bila pakai macam tu. Aku pelik, kenapa orang tu cakap, “KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIMAH WAJIB MENUTUP AURAT”. Sedangkan orang tu pakai tudung, tapi pakai lengan pendek. Haaa apa maknanya tu? Sudah cukup ke aurat itu ditutup? Yang pakai tudung bonggol tinggi2 tu pun TAK BOLEH okay. HARAM! Tuu.. tuuu haaa yang bercouple tu tak payah nak berlagak macam laki bini sangat lah kan… ingat sikit korang boleh terjerumus dengan zina hati, zina mulut, dll. Tergedik gedik, terpegang pegang, korang ingat korang HOT sangat lah ehhh buat macam tu? Poooraaahhh. Sikit pun tarak heran meyh…

saya sedang dalam perubahan. sila bimbing saya. tq

aku jatuh cinta




I choose to love you in silence

for in silence I receive no rejection.



I choose to love you in loneliness
for in loneliness no one owns you but I.



I choose to adore you from a distance
for distance will shield us from pain.



I choose to kiss you in the wind
for the wind is gentler than my lips.



I choose to hold you in my dreams
for in my dreams you have no end.
‘If you don’t understand my silence, how will you understand my words?’




Friday 9 December 2011

the roomate

 lawa kan kitorang.haha.opssss! yang tengah tu dah berpunya k. yang tepi tu pun.,,aku? haha..no komen.. Syamim,,,tolong jawabkan..pleaseee..haha.tapi alhamdulillah Ama dah pakai tudung sekarang ni. harap harap lepas ni akan ada orang yang boleh sentiasa bimbing dia.

kitorang boleh dikatakan special...sebab setiap bilik wajib ada 4 orang .tapi kiteorang hanya bertiga sahaja. sweet kan kitorang. ahahaha. bilik aku walaupun bertiga, tapi sentiasa ceria denga gelak tawa. n aku sayang dekat minah dua orang ni. aku ingatkan aku kekal dengan diorang sampai habis sem2. tapi, anggapan aku salahh... AMALINA MAZLAN, pergi tinggalkan aku dengan syai..amaaaa...sampai hati kau.. kenapa kau tak fikir panjang. tak salah pun kalau kau kena turun PDT. hmm aku terkilan sangat kau tak de. lepas ni siapa nak huru hara kan bilik tu. petang tu aku tiba tiba nangis tak bersebab. hati aku tak sedap. rasa macam kena toreh. rasa macam ada benda buruk je yang akan berlaku..aku nangis sampai pukul 1 pagi..kerja semua aku tak buat. serious tak ada mood. aku pasrah je la kalau kena hentam dengan lectrr aku tu.. tepat pukul 1 lebih, ama yang sejak dari petang menghilang entah kemana tiba tiba masuk bilik aku ...dia cakap dia nak keluar dari matrik! masa tu jugak aku tengok syai nangis. hmmmm rupanya aku nangis sejak petang tadi, memang ada benda buruk nak jadi....hmmm takpa lah kalau memang tu keputusan kau. aku cuma harap kau tak menyesal dengan apa yang kau buat. apa apa pun,,, good luck ama.. sayang kau. tetap sayang kau. rinduuu kau.!!

Wednesday 7 December 2011

the future is unwritten


Alhamdulillah... apa yang aku mampu buat hanya tersenyum lebar jelah kan..untuk pengetahuan semua.. budak acc ada yang kena buang. tapi 2 orang je. budak sains tu of course lah ada. tapi banyak yang kena turun PDT. pergghhh masa nak amek result tu berdebar gilaaaa. serious aku tak pernah rasa takut macam ni. tepat jam 3 petang. semua kelam kabut masuk dewan DSG. lepas tengok slip , aku terus lari telifon mak nangis nangis. hum aku tak tahu apa yang aku rasa. tapi perasaan tu bercampur campur. tapi apa apa pun, aku nak ucapkan tahniah dekat diri sendiri. terima kasih khas untuk bonda tersayang yang sentiasa bagi sokongan dan dorongan dekat aku. really appreciate it. love you soooo damn muccchh! tak lupa jugak dekat lecturer aku yang tersayang. && to my all friends yang tak jemu jemu ajar aku. haha. aku bangga dapat kawan macam korang. && SAYA BANGGA MENJADI WARGA KMNS!!! yeahhhh GO KMNS! GO! TAHNIAH KMNS!!!!!

Monday 28 November 2011




The fact!

Nerakan jahanam itu ada tujuh lapis di dalamnya. Ada api api yang membaham antara satu sama lain. Setiap tingkat ada 70 ribu buah kampung daripada api.

Setiap kampung ada 70 ribu buah rumah daripadanya api. Setiap rumah ada 70 ribu bilik daripada api. Setiap bilik ada 70 ribu buah kotak dimana setiap kotak ada 70 ribu ekor kala jengking daripada api dan di atas setiap kotak itu ada 70 ribu pohon daripada zakkum.

Di bawah setiap pokok ada 70 ribu rantai daripada api. Pada setiap rantai ada 70 ribu malaikat dan 70 ribu ular daripada api dimana setiap ular itu panjang 70 ribu hasta, di dalam setiap rongga ular itu ada lautan daripada racun yang hitam

Setiap kala jengking mempunyai seribu ekor, di mana panjangnya ekor itu 70 ribu hasta. Pada setiap ekor itu ada 70 ribu tahil racun yang berwarna merah.

RENUNG RENUNG KAN..DAN SELAMAT BERAMAL..



Tuesday 15 November 2011

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
Mari kita hayati dan ambil pengajaran daripada melodi dan lirik daripada artis nasyid In-Team dengan lagunya yang bertajuk “Doa Seorang Kekasih”

JODOH?

.
Jika ada yang bertanya, bagaimana aku memandang perkara jodoh,
maka akan ku jawab, bagiku sama sahaja kau bertanyakan keyakinanku tentang kematian..
Jodoh dan kematian adalah rahsiaNya yang tersembunyi dalam tabir keghaibanNya,
dan tersimpan dengan indah dalam setiap lembar daun di lauhul mahfuzh..
Lalu apa yang ku khuatirkan?
Dan kenapa pula ku harus mengejar?
Tidak, aku tak sudi..
Ku katakan padamu wahai para wanita perhiasan terindah dunia..
Jangan menjual murah kehormatanmu untuk perkara yang kau sendiri tak yakin kehakikiannya?
Pernahkah kau jatuh cinta?
Ku akui, akupun juga…
Tetapi tak pantas layak bagi kita mengumbar rasa itu..
Rasa yang entah akan berlabuh di mana?
Lalu fikirkanlah, jika dia yang kau cinta, yang mengganggu tidurmu,
membuatmu menangis kerana rindu,
 Mungkin tak kan pernah menjadi pendampingmu,
atau bukan kau yang dia pilih?
Tak malukah? Tak malukah?
Lalu, apakah masih mampu kau tatap wajah suamimu kelak dengan cinta yang sewajarnya
jika  dulu kau pernah menaruh separuh hatimu pada lelaki lain…
Wahai para lelaki, tak cemburukah?
Tak cemburukah?
Tak cemburukah kau jika saat ini wanita yang kau pilih
kelak sedang menyerahkan hatinya pada lelaki selainmu?
Tak sakit hatikah bila ketika bersamamu,
Dia  membandingkanmu dengan orang lain dalam hatinya?
Tak sedihkah? Tak sakitkah? Tak cemburukah?
Jika kau, para lelaki, menjawab ‘ya’ maka, itu pula yang kami, wanita rasakan..
Takkan pernah bosan ku ingatkan, bahawa yang akan berlaku adalah ketetapan-Nya….
Sekuat apapun usaha kalian jika tak sejajar dengan kehendak-Nya, maka tak akan pernah terjadi.. .
Lalu, buat apa kau  bazirkan waktu?
Kerana apa kau habiskan air matamu? 
untuk orang yang belum tentu menjadi milikmu? Untuk apa?
Dan ku katakan padamu.
Mungkin kau yang akan memilihku belum ku cinta saat itu.
Tetapi ketahuilah, kerana kau memilihku, kau ku cinta…
Bukankah jatuh cinta adalah sebuah proses?
Akan ada sebab, akan ada hal yang membuatku jatuh cinta padamu, dan kau pun akan mencintaiku..
Dan ketika itu terjadi, semua telah terangkai dengan indah dalam kerangka kehalalan,
dalam ikatan pernikahan yang disebut mitsaqan ghalizhan..
Dan tak akan pernah ada ragu ku katakan ku serahkan cintaku Suci..

BILA HADIRNYA CINTA

Bila Hadirnya Cinta…
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Bila Hadirnya Cinta... Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
Bila Hadirnya Cinta…
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

yang mana satu?

Ibumu akan mencintaimu dan membiarkanmu melakukan apa yang terbaik untukmu, menurutmu, memberi  semangat serta berusaha membimbingmu menjadi anak baik..
Kekasihmu akan mencintaimu tetapi takkan membiarkanmu untuk melakukan apa yang terbaik untukmu, menurutmu, cenderung   mengatur hidupmu.. dan bila kau berusaha menolak, dia akan marah!
Ibumu akan terus mencintaimu walau kamu jauh darinya, bahkan ketika kau telah tiada..
Kekasihmu akan berkurang cintanya, bahkan habis ketika kau jauh, apalagi ketika kau telah tiada..
Ibumu akan menerimamu dengan tangan terbuka walau kau telah menyakiti hatinya yang terdalam..
Kekasihmu juga akan menerimamu, tapi sebelum itu, kau harus berlaku manis!
Ibumu takkan pernah menuntut apapun darimu walau ia telah mencintaimu sejak kau dilahirkan..
Kekasihmu yang baru saja mencintaimu akan menuntut balasan dari rasa cintanya..
Ibumu akan meberimu ruang sebesar mungkin untuk berbagi cinta kepada temanmu, orang disekitarmu..bahkan kekasihmu
Kekasihmu cenderung tak memberimu kesempatan untuk menyebar cinta kepada insan lain, kalaupun kau tak bermaksud curang, kerana dia akan selalu menganggapmu curang!
Ibumu akan benar-benar memberimu cinta yang paling  ikhlas di muka bumi ini..
Kekasihmu?? Tidak!!
“never trust woman except she’s your family”.. terdengar pahit, tetapi itu kenyataannya..
Pada saatnya nanti kita semua memerlukan kedua cinta tersebut dalam   cinta masing-masing.. kerana tanpa kedua cinta tersebut, hidup akan terasa hampa..
Ya, cinta dari Ibumu dan cinta dari kekasihmu
Bijaklah dalam mencintai dan dicintai, dalam mengertikan cinta kerana segala sesuatu akan indah bila pada waktunya

Empat Golongan Lelaki Yang Ditarik Masuk Ke Dalam NERAKA


Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.
Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah
1. Ayahnya
Apabila seorang yang bergelar AYAH tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti solat, pelajaran dan sebagainya dan Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja maka sang Ayah akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.
2. Abangnya
Apabila Ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga saudara wanita jatuh ke pangkuan Abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adik wanitanya di akhirat kelak…
3. Suaminya
Apabila sang Suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Membiarkan bergaul bebas di luar, berhias diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrimnya. Apabila suami berdiam diri walapun di seorang alim sekalipun maka, dia akan turut ditarik oleh isterinya.
4. Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal kelakuan yang lalai atau haram bagi Islam. Bila si Ibu berbuat kemungkaran, berkhianat dan sebagainya maka bukan hanya suaminya saja, si anak itu pun akan ditanya dan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak..