Monday 24 September 2012

pejam celik pejam celik, tak sangka dah hampir tiga minggu aku dekat UUM ni. setiap hari topup, setiap hari call mak. huu rindu sangat sangat. tapi sejak mak cakap jangan asyik topup, aku pun stop topup. tapi nasib baik mak ambil alih tugas aku. mak pulak yang asyik call. weee~ bahagianya dunia.

aku tak terasa masa duduk dekat UUM ni panjang pun. sebabnya, aku rasa janggal bila jumaat & sabtu cuti. Ahad ade kelas. dan yang paling menyeronokkan bila hari selasa aku langsung tak ada kelas. seronok kan? tak lah seronok sangat sebab bila selasa aku tak tahu nak buat ape. =,="

susah jugak rupanya jadi budak sem 1 ni. bila ada pengumuman je, mesti melibatkan budak sem 1. mesti ada je aktiviti. tak wajib pun. tapi bagi budak yang desperate nak kutip SIRA macam aku ni, comfirm lah aku nak pergi. setiap aktiviti yang aku join, ada markah SIRA. markah SIRA ni penting untuk bekerja kelak.  tapi aktiviti yang aku join bukan lah free2 je nak pergi. duit sangat diperlukan di sini. haiyaaa. tapi kat sini makan seronok. sebab ambil lauk banyak mana pun, harga tetap berpatutan. tapi aku tak lah makan banyak dekat sini. sebab tak kena dengan selera. kalau makan pun wajib ada sambal belajan. hikhik

antara program sira yang aku join..

~PERKIM
~perarakan 1 Malaysia
~GCB
~charity nightrun and talk (free palestine)
~........LOADING........

PERKIM
perkim adalah satu pertubuhan dari AJK masjid UUM. program kitorang lebih kepada islamic. dua hari satu malam.makan dulang bersama kawan2, teringak masa iftar dekat KMNS.
taktau kenapa masa ni aku nampak macam pokok2 tu menari.
my face look so pale. time ni belum tumbang lagi.masa ni belum rasa nak tumbang.. 15 minit kemudian....terus  rasa macam gelap je dunia ni. KUN FAYAKUN~
indah sungguh ciptaan ALLAH SWT. menunggu matahari terbit. di atas puncak vista. sesiapa yang rasa suka nak memanjat bukit, boleh lah pergi dekat sini. teringat pulak KMNS. 

PERARAKAN 1 MALAYSIA
hukma! tak sangka rupanya dia kawan kepada aidil."mentor sejarah aku mase form 5 duluu"
fani,hukma,asmaliza
tu diaaa budak2 palapes junior.jeles2.

GCB anjuran kauseling UUM


CHARITY NIGHTRUN AND TALK (FREE PALESTINE)
masa lari tu ternampak kandang rusa.wahh comel2 rusa kat sini.bhahaha
free palestine. semoga ALLAH meringankan beban mereka. AMIN,,,

hukma suap sayur.weks

dah hampir tiga minggu aku dekat sini. ALHAMDULILLAH aku dah hampir mahir dah dalam selok belok UUM. cakap je nak pergi mana.mesti sampai punya.haha..tiba2 rasa nak gelak bila teringat mase minggu kedua aku dengan fairuz tersesat sampai ke bukit kachi, tu lah.... blagak sungguh...dengan penuh keyakinan,slumber je aku naik bas tanpa tengok tu bas ape. bila bas tu tak berhenti dekat DKG6 ,,pergh...fairuz menggelabah gilaaa~ hahakz kalau boleh rakam, rasa macam nak rakam je. kiteorang masok kuliah calculus lambat 25minit. nasib lectrer tu sporting. dia kata lain kali kalau lambat,jangan panik,,,kamu masok je terus.. ^,^ 

ALHAMDULILLAH, doktor kata aku selamat. tapi ada kemungkinan boleh kena ke tahap serius. patutlah aku asyik sakit.hum2~

jom tengok sebahagian tempat2 cantik dekat UUM ni,,,
captured from bangunan canselori

mukaku huduh dikala menahan terik mentari =)
in front of Perpustakaan Sultanah Bahiyah 




"sekian dari saya"

mood : satu mimpi satu janji (lagu penuh dengan semangat dalam jiwa.baguih,,,boleh jadi pendorong untuk aku terus berusaha)

Monday 10 September 2012

BUMI SINTOK

Bismillahirahmanirrahim…..

Assalammualaikum…

Cik Nurasmaliza binti bokhari. 


….my life is dedicated to ALLAH….

My Journey
~ Tadika Islam Uthmaniah
~SK. Bandar Tun Razak (1)
~SRA Rakyat  (darjah 1-4)
~SRA Uthmaniah (darjah 5-6)
~SMK Seri Mulia
~UiTM  Melaka (2 minggu)
~Matrikulasi Negeri Sembilan (2 semester> sc modul 1 – accounting)
~UUM (4 years> B. Ind. Stats. Hons)

Future?
~master of statistic?
~ statician wanna be? AMIN.. kawen????

semua orang boleh panggil apa je yang diorang nak. Aku ni banyak nama, dekat sekolah, kawan-kawan panggil aku asmaa. Mali pun adeh! Cikgu ada yang panggil aku Liza. Masuk matrikulasi, diorang panggil aku As, ade jugak yang panggil Nuras!! Kalau family panggil pulak Lia. Tapi ada je kawan-kawan aku yang panggil lia. Takesah pun.

My life has changed since I met her.

Dear sisters, hijab is so much more than just covering your hair. It also means to cover your modesty. Have pity on the brothers, don’t be a trial for them.

Tentang Theodore
~panas baran
~suka budak-budak
~suka senyum sampai ada yang cakap aku gila. Patut ke?
~terkesima bila tengok keindahan langit. There is no life without the stars, the sun and the moon
~kuat menangis. Weird.euww


Excellence is attainable but it does not come easy. It demands diligence, discipline and strong will to succeed. Alhamdullilah, aku dapat apa yang aku nak. Dulu, dah elok ambil pure sc, aku dok gedik ngada pi mohon nak tuka acc masa kat matrik. Tapi masa dekat matrik lah, aku sedar yang acc tak serasi dengan aku. Okay, mula-mula plan nak ambil sc.actuary. tapi Allah dah tetapkan yang terbaik untuk aku. Terima jelah seadanya. Statistic pun still dalam rank of upu aku kann.. so taka da benda yang nak dikesalkan. =) sometimes, you have to forget what you want, to remember what you deserve.

sampai kedah, sempat pi jenjalan sekitar situ. entah ape tah nama pasar ni. tapi pasar dia panjang bukan main




ma kesayangan pilih nenas. buah kesukaan anak dia yang comel ni.hik



Homestay




budak tu macam anak aku kan? dah lah dia asyik nak berkepit je  dengan aku. nama dia Puteri. 


with her mama, mama Lisa
 get ready to padang besar





my beloved dan puteri

ni anak aku. ayah dia tadok.wakaka

waa comelnye saya











First time dapat tahu dapat UUM ni, perghhh happy nye bukan nak main. Tapi bila dok piker-pikir, laaaaaaaaaaaaaaaaa jauhh nye aku merantau! Haa tu la diaa, mak dah pesan jangan ambik UUM, jauh, tapi aku yang degil sangat. Padan muka aku. Tapi takpe. Belajar punya pasal, akan ku gagahi diri ini ke sana. Siapa kata aku tak sedih bila terpaksa berjauhan dengan family. Mestilah sedih, tapi tak akan hari-hari nak meraung??? I may not be the perfect one but I will always try to be the right one

Istimewanya UUM ni, dia punya disiplin diaaa tu. Aku suka sebab dia tak lah bebas sangat. Jeans pun tak dibenarkan. Kalau dah jeans, apatah lagi yang ketat-ketat tu.

Let’s go and see what the UUM is like

ASMALIZA began to explore…….
Hmmmm the situation seemed much the same as any University and the view frow the windows was magnificent.okay, it’s not so bad. Too many foreigners. Too many sport here and facilities here: riding horses, swimming, Go kart, golf, (ni antara yang sangat menarik perhatian aku) dan untuk pengetahuan semua, UUM antara satu-satu nya Universiti yang ada litar Go kart. Padang bola dia pulak besar, banyak and rumput dia cantik. Siap dapat pengiktirafan majlis sukan Negara pulak tu. Sebab rumput dia cantik. Standard lah tu. Kedah kan tanah dia subur. Selain tu, hockey, bola sepak, bola baling, bola tampar, tennis, squash, badminton, futsal, cycling, berkayak. Semua ni ada tempat-tempat khas dia. Pusat Gim pun ada. Lagi apa ekk? Banyak sangat sampai aku pun tak ingat. Haaa lagi satu, kitorang Universiti pertama yang mempunyai peralatan sukan yang canggih (terrrrbaiiik !!!) siap ada sauna taw! Sesiapa yang nak bersauna, bayar RM 2 je. Hahaha. That’s why I’m proud of being UUM’s student. ;) . Kelab-kelab dia pun banyak. Kalau nak sebut memang letih la nak menaip. Tapi aku sangat sangat sangat tertarik dengak Palapes dan Suksis(kadet Polis) . masa diorang buat promote, serious aku menangis dalam hati. Aku nakkkk masuk! Tapi ada sesuatu yang menghalang. Nur Fairuz kata, jangan fikirkan minat, tapi fikirkan syariat . tu yang utama. Sedih tak terkata. Rasa jeles bila tengok sesiapa je lah yang naj join palapes dengan suksis. Tapi bila aku fikir balik ada satu hadis menyebut, perempuan tak elok tunjuk perhiasan dia dn perempuan tak boleh menghentak hentak kan kakinya, Alhamdulillah aku okay. Tapi, ada masa aku sedih balik. Tapi aku kena, kena dan kena jugak pujuk hati ni :’(  .. doakan saya terus berpegang dengan syariat islam ni. *BERHARAP

 ni dia punya kolam renang. indah kan permandangan ni. gambar ni aku captured masa lawatan aku ke kolam renang, mase tengah orentasi. seronok.



Litar Go Kart



pesta sukan. tapi aku tangkap gambar dekat bahagian bola tampar lelaki je. sebab budak cina pakai baju kelabu tu muka dia sebijik macam LEE CHONG WEI




Antara laluan di UUM





Minggu suai kenal.
Memang sangat memenatkan. Tapi tak lah straight sangat. Hari pertama sampai UUM, aku bangga. Tak sangka aku terpilih untuk melangkah ke sini berbanding dengan berates ribu yang memohon. Tapiiii,,, masa mak nak pergi, aku peluk mak daaaan terus menangis, ina salam aku dalam tangisan, Muhammad  dengan kakak aku, salam aku dengan perasaan sayu, dan inilah kali pertama hakim cium pipi aku. Sehingga sekarang, masih lagi terasa perasaan sedih tuu. Aku dah mula homesickk. terima kasih kepada ahli ahli AJKS dan JKPS. saya sayang kakak2 dan abang2 semua. korang terbaikk lah. Upsz lupa plak. aku dari Dewan Penginapan Pelajar (DPP) SIME DARBY. kat sini ada 15 DPP. setiap DPP ada 12 blok. banyak kan? antara DPP yg ada dekat sini : SIME DARBY, EON, PETRONAS, TM, MAS, SME BANK, MUAMALAT, TRADE WINGS, MISC, BANK RAKYAT, MAYBANK, yang selebihnye aku tak ingat. kat sini berbeza sedikit dengan universiti yang lain. sebab kat sini wajib duduk dalam. sesiapa yang nak duduk luar, kena merayu dan memohon kat pihak atasan. weeeeee seronok kita. bagus betul depa buat lagu ni.
merl, iena, nina

All the KMNS student.hee

     
Dato' Mukhriz !!! ayahanda dia, Dato' Tun Dr. Mahathir adalah icon saye! pagi tu ayahanda dia buat  soal jawab dengan pelajar baru IPT. tapi tu pun live dari UM. tapi pada malam harinya, anakanda dia pulak mai UUM. beramah mesra dengan kami. masa ni beliau betulk2 ada depan aku. tu yang dapat tangkap gambar ni...

Diba, dari DPP Sime Darby, kos statistik industry, dari sungai buloh, selangor.
  
diba n Tiqa dari DPP Sime Darby, course statistik jugak


yang hujung tu, mek klate. Hukma nama diberi. kos statistik industry, dari DPP Sime Darby


nampak lampu2 kat belakang tu. tu bukan lampu. tapi siswa siswi pasang torch light yg dibekalkan mase konsert penutung minggu suai kenal. ramai deh.. 4 ribu student baru dalam dewan konvo ni.

peace

kamik dari Selangor.

L for LIA



Go Sime Darby, GO

Think positive, and positive thing will happen
Apa yang mampu aku buat sekarang adalah berdoa tak henti-henti. Mengharapkan yang terbaik untuk hidupku, dia dan semua. Mungkin orang sekeliling tak faham apa yang berlaku. Mungkin orang tak dapat nak maafkan kesilapan lalu yang pernah dia lakukan. Tidak semestinya orang yang jahat, akan terus-terusan buat jahat, tidak semestinya orang yang pernah buat salah, hati dia akan kotor selama-lamanya. Apa yang perlu aku katakana, tidak tersimpan sedikit pun dendam di hati ini. Cuma sekeping hati ini, berharap, ALLAH  bagi aku kekuatan untuk berhadapan dengan semua ini. Ya Rabb, aku insan lemah yang memohon pertolongan dariMu. Hentikan lah tanggapan buruk mereka.  Kepada mereka yang sangat-sangat prihatin dengan aku, terima kasih.

last day,, sempat pi buat khidmat masyarakat . sesuai dengan moto UUM, ILMU, BUDI dan BAKTI. DPP Sime Darby ditugaskan untuk ke kampung Darat dan Kampung Belukar. seperti apa yang telah diberitahu, kampung ni baru je terkena banjir. 



abang arif potong bawang.hebat laaa tuh?

jangan men2 budak cina ni beria nak potong bawang

tengok tu,dah ada yang menangis





#hari ni aku dah start kelas,tapi first kelas aku dah lambat sebab tersesat,masukj je kelas semua pandang aku. nak lagi bila aku terhentak pintu.lagi lah dorang pandang2. malu sungguh .yang seronok nye, setiap kelas, lain2 classmate. so setiap waktu kite akan jumpa classmate yang berlainan. seronok kan? dapat buat koleksi kawan2. petang lepas kelas sempat pi jalan2 dekat changloon. kewangan aku masih lagi terkawal buat masa ni. entah kenapa aku jadi penjimat sekarang. not bad changloon. tak macam pekan pilah. kira maju lah kat sini.

**** kalau korang perasan, aku dah banyak buang pos2 yang lama2. sebab berdasarkan pemerhatian aku, banyak gambar yang tak berapa tutup aurat. TQ.

HAPPY BIRTHDAY YANA !!


mood : IM4U
          : satu Malaysia
          : Biru Warna by UUM student