Friday 12 August 2011

Home sick sudaa

 Assalammualaikum. Haluuu. Haluu.

Hari ni ada kuiz akaun. Macam biasalah, dekat sini kalau setiap minggu tak ada kuiz memang tak sah. Nak tahu, aku pakai baju sama warna dengan ahmad khusairi, perghhh lepas tu saja je dia duduk sebelah aku. Dengan berbaju melayu lengkap warna krim, sedondon dengan aku yang dari atas sampai ke bawah serba krim. Waduh waduuh memang macam dah berjanji lah kan. Sekali pandang dah macam pasangan yang nak pergi akad nikah lah pula. Apa tu orang cakap emm macam pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan. Gagaga. Hadoihh. Serius aku suka gaya dan ketrampilah ahmad ni. Dia smart. Muka pun bersih. Bergaya lah pulak. Anak kelahiran kemamang, Terengganu. Adoih betul ke aku eja kemamang tu? Entah lah. Maklum lah, dah lama tak buka peta Malaysia lah katakan.
dah2! mengarooot je..pintuu hati aku dah tertutup okay. FULLSTOP!

Minggu ni, aku tak balik. Selalunya, lepas je kelas hari jumaat, aku akan terus balik bilik, terus kemas baju, terus balik rumah. Tapi kali ni, balik kelas, terus duduk bilik buka buku. Tapi satu apa pun tak masuk otak apa yang aku belajar tu. Fikiran melayang ke rumah. Bosan nye~ nak balik. Hummmphh! Kat bilik, aku dengan syai je yang tinggal. Petang tu, ihsan ajak bersukan. Alahhh… memang nak pergi. tapi malangnya aku ni tak berapa nak sihat. Jadinya aku sempat datang melawat dia bersukan je. Alang alang peluk pekasam lah katakana, aku jumpa hanif sekali. Cadang nya nak bayar balik duit tambang hari tu. Tapi dia cakap tak perlu. Free of charges. Diaa belanja. Apa daa. Aku tak biasa lah. Aku bukan kaki kikis okay.

Tapi hari ni syok sangat. Hujan lebat gila. Ni lah kali pertama kuala pilah dibanjiri hujan dengan iringan kilat sambung menyabung, petir, guruh semua ada. Seram aku. Tapi sebenar nya sedih sebab tak dapat balik. Bukan tak nak balik, tapi masalahnya kalau aku balik, bukan nya aku belajar. So, lebih baik aku duduk sini je kan. Lagipun dua minggu lagi dah nak balik cuti raya. Ahaha.

Maak.. rindu mak.. rindu sangat sangat.. disebabkan tu, aku asyik bergayut je dengan mak aku. Lepas sahur, sebelum berbuka, lepas berbuka, lepas terawih, mesti mak aku akan call. Yang aku sedihnya, sedara mara aku datang. Lahh. Tak dapat nak buka puasa sama sama.