Saturday 25 June 2011

GooDbye C5.2.14

penat betul hari ni...
malam ni merupakan malam terakhir aku dapat 
tidur dekat bilik ni. besok dah nak kena berambus ke c2.
sedih lah pulak nak kena tinggalkan bilik ni.
banyak kenangan woooaaa..
nanti dah lah kena separate roomate.! tu yang paling aku nak bantah!
lepas ni tak dapat lah nak gelak guling guling sama sama lagi..
adoyaiiiiii...lepas ni kena duduk dengan roomate baru ..huh
entah okay ke tak diorang tu kann.. harap harap okay lahh.tapi kalau
tak okay macam mana? haiyaaa.
aku dah pergi ambil kunci bilik baru dah tadi..
siap dah pergi survey bilik lagi tu.
perrrggggghhhhh! bersepah nye barang barang roomate baru aku ni..
rimas aku tengok! bilik ni tak seceria bilik lama aku.
weii tiba tiba je aku rindu kawan sekolah aku,
rindu kawan kawan dekat uitm tu.
rindu jugak dekat kawan2 praktikum lama.
terutama sekali rindu nak buat experiment dengan cik abang tu.
paling rindu dekat mak aku!
ehhh.. kaki aku sakit lah..
ni mesti excited main tenis punya pasal ni.
haaaa. tengok dah sakit dah. padan muka.
eee.. malas lah nak kemas. malas lah nak pack barang barang.
dah lah nak kena naik tingkat 4.
bayangkanlaah. betapa terseksanya aku nak pi angkut 
barang barang aku yang banyak gila
 ni naik ke tingkat 4. ee sangat sangat menyusahkan aku betul lahhh. Hmm.
sebenarnya aku baru je balik dari perhimpunan
manifesto dekat dataran pepatih sempena majlis pemilihan JPP besok.
adoyaiii. macam macam janji yang dorang taburkan. cheehhh. macam boleh je diorang nak tunaikan

hey! tapi malam ni bintang dekat langit tu berseri seri lah
berseri macam aku lah kataka..
mana tak nya, ada benda baik yang dah jadi ni..
thanks aizul..
haha. ihsan.. ihsan..

Friday 24 June 2011

Wakenabebbbbb!!!!!

gila gila gila gilaaaaaaa....
kurang asam punya khairi!..
tak tau pula dia saja nak kenakan aku.. -,-
arggghhh aku terkena laa. siodd.
khairi siodd. HAHA.
ngek betul. kata nak berambus.
tapi rupanya dia saja nak tengok reaksi aku. 
tu pun nasib baik masa nak pergi kelas aku terserempak dengan dia.
kalau tak, makin lama lah dia nak kena kan aku. aishhhh3
masa tu rasa macam nak flying kick je dekat dia.
haiyaaa! khairi... khairi... peace.

okay. the end.

firstly aku nak cakap yang aku dah berjaya tuka praktikum.. 
gila sedihhh. budak budak praktikum lama semua tacink dengan aku.hmmm.
today, i've got a wonderful feeling. its all about my roomate, my soulmate,
my classmate, my lectrer, my secret admirer and what else ekk?
Grrr. hee. hmmphh, haa.. you know what, im not satisfied with my MUET group. huhhh!
aku sorang perempuan. mental aku dengan dorang. huhh. korang gilaa!
geram aku . masa aku tengah present task B, boleh pulak dia rakam video!.
eeeee gerammmm nye!masa aku tengah bagi point, diorang pandang aku 
macam nak makan aku lak. segan lah weyyh.

humm ni nak cerita niiii....budak laki praktikum aku hensem hensem tau.
tapi seriously, diorang bukan test aku. entah laa. tak tau nak cakap
macam mana lagi.tapi test aku dah lain okay.dah banyak dah kena reject dengan aku.
chewaahhh.. bukan nak memilih sangat. tapi aku nak lelaki 
yang memang aku nak. ehh apa aku merepek ni. haha huimmm apa apa aja lahh...
heyyy hari ni pelik sikit tau. sebab satu hari ni aku speak english dengan yana. 
haha. saja je nak dok gedik ngada lahh. saja nak improve kan english. habis bahasa rojak semua terkeluar.
HAHA. humm cuba teka tadi aku main apa.. hee tadi aku main tenis! aku dapat 
sukan tenis. wallaweyh. gempak seyh.. memang syok gila..
tengok bola tenis pun aku dah hampir nak gilaa.
comel sangat...comel macam aku lah katakan. 
haktuihhh.. kenapa aku suka perasan sangat ni..
tapi tadi Qistina pukul bola tenis terplantun dekat kepala aku. sakittt weyhh!
tapi takpa. syok punya pasal, layan je lahh. macam nadal .

malam tadi, budak yang duduk dekat C5 ada perjumpaan dengan felo. SHIT.
kitorang kena pindah blok. urggghhhh benci!.da lah aku dapat C2. tingkat berapa? 4 lah wei!
penat tuh aku nak mendaki batu caves tu.. makaihhh.

Thursday 16 June 2011

its YOU!

tak ada bendaa nak cakap ni. tapi aku rinduu IHSAN, hee ihsan.. ihsan..

Saturday 11 June 2011

im fall in love withhhh...errr

feel good today..
im coming home..
coming home..
tell the world im coming home.
lalala
best nye dapat balik
home sweet home.
btw, thanks to yana sekeluarga.
kalau dekat uitm, 
yang suka tangkap gamba dengan aku yana..
kalau dekat sini,, roomate aku yana..
yana ni sama baikkk dengan yana dekat uitm sana..
dua2 muka macam budak cinaa.
hummmm
hari ni..aku dekat KL..
minggu depan balik rawang, selangor.
dalam bilik aku ada yana,lin n iera. 
diorang semuanya okay je. aku takde masalah ponn dengan diorang 
kat sini orang yang paling aku rapat yana lah.
humm kalau kat kelas, dengan Bazz
hummm dekat kelas, budak laki guna saya awak dengan aku
tapi dengan dak lain dorang guna aku kau.
haiyaaa.tak boleh ke guna aku kau jugakk nih???
tapi seriusly, budak budak kelas aku caring meyhh. 
seronok bila ada dengan diorang

dekat sini,
aku bersama sama dengan khairi imran, syiraz firdaus, amirul, n basyar.
bsemuanya lelaki..
kawan perempuan aku tak dapat pun sama dengan aku.mujurlah ada diorang.
kalau tak,, mampus aku. hehe..
dorang tolong aku buat muet.
eleyhhh.. bukan banyak pun diorang tolong..
hehe..tapi kat sini kena saling tolong menolong.
baru kawan namanya..
huhu

ehem ehem
aku dah jatuh cinta laahh..
sebelum ni aku menyampah sanagt lah 
tapi tak tau lah sejak masuk sini aku mula tanam perasaan sayang dekaaat
mmm dekattt..
errr  subjek FIZIK.
love you love you.
penuh semangat aku masa lectrer tengah ajar.
tumpuan 100% aku bagi.
dengan adanya pakwe2 n makwe2
di kelas ku ini, 
alhamdulillah,,. stabil jugak aku punya stress.
hehe
dont u worry about me mum. lia tak nakal2 pun dekat sini. orang ngorat lia buad bodoh sudaa. lia tak tinggal solat pun dekat sini. lia akan teruskan perjuangan dekat sini. everything i do, i do it only for you mum. lia akan selalu tepon mak. rinduu makk. sayang mak. nothing can replace you mum.






Thursday 9 June 2011

welcome to the HELL

Assalammualaikummmm...
my second new life.
at??
uhuhuhuu.
act,, aku budak baru di sini.
dalam kelas, 
aku dengan ridhwan je yang budak baru 
dia act dapat 1st intake.
tapi masok masa 2nd intake 
sebabnye tak payah tau lah kan.
kesah dia lebih kurang aku je ..

welcome to the hell yaa.
kenapa hell?
panjang criter nye..
hidup baru aku dekat sni agak bermasalah seikit.
bukan sikit
tapi banyak
hari pertama dekat kelas, 
aku dah diminta untuk 
buat presentation BIOLOGY.
OMG!!!!
aku tak tau pape weyy..
tapi nasib baik aku dikecualikan atas sebab aku masuk lambat.
chapter 1 aku dah terbabas.
fuhh,, lega lah sikit bila dikecualikan.
nexxtttt...
masa kelas tutor chemistry,..
aku disuruh present
pasal chapter 1.
YA ALLAH..
stress nye aku..
tapii nasib baik lah ada orang tu
mohon dekat lectrr supaya aku dikecualikan.
haiyoo.. thanks broO
masa kelas math
agak stabil..
tapi aku dah tertinggal ke belakang..
jauh nye nak kejar.
thenn...
kelas tutor fizik..
i like it !
HAHA..
my roomate
memang sporting.
tapi malam pertama kat situ,
aku menangis
sebab tension laahhh.
masok kuliah, masok lab, masok kelas,
aku jadi macam rusa masok kampong.
tak tau pape.
aku dah tertinggal banyakkk sangaaaatt.
dah lah dapat blok budak bunuh diri..
jaohh..
takoootttt.!!
rasa macam nak patah balik pergi uitm
tapi tak nak lah.
tak nak susahkan mak.
tapi nasib baik mak tak kisah 
pasal yuran uitm yang dah burn tu
okay2. 
NURASMALIZA...
life must go on.. 
jangan sesekali pandang ke belakang okay...
biarpun jatuh, aku tetap ku gagah kan diri ini. 

hey3..
saja nak kecoh2 ni..
budak kelas cakap aku..
mmmm akuuu...
aku canteeekkk..
hihihihi..

hummm aku pelikk..
mana budak2 laki kelas aku dapat numb aku???
sangat menjadi tanda tanye yee.

Monday 6 June 2011

friendship never end

Assalammualaikummmm...
haiyaa,, baru je ingat nak relax2 dekat rumahh.
tapiii,,
benda lain pula lah yang jadi.
aku terpaksa tinggalkan ..
"UiTM Alor Gajah, Melaka."
sedih kena tinggalkan kawan2 tersayang
dan peminat peminat aku di sana
HAHA.
susah sebenarnya nak buat keputusan.
keputusan yang aku buat ni hasil 
daripada solat istikharah yang aku dah buat.
ALHAMDULILLAH.
dapat jugak petunjuk..
takde benda nak cakap..
cuma nak cakap, 
aku sayang korang..
walaupun kita baru je mula na rapat.
kepada kawan2 aku nun di sana tuhh,,
dah3, jang menangis lagi ehh.
aku tak kan lupakan korang tauu.
ingat tuh..
aku rindu korang punya kerenah.
sorry sebab pergi mengejut.
aku tak sengaja..
teringat masa kita pergi MDS sama2 ...
ishh.. rinduu nye.
tak tau nak explain macam mana ni.


sedih bila tengok yana,,
asyik pujuk aku stay ,,jangan pergi.
kau yang over pujuk aku.
kau yang ugut aku lebih2..
sampai kau ugut nak putus kawan.
masa kau ugut, aku gelak gelak..
tapi kenyataannya,, air mata aku dah melelehh..
sedihh tau tak!
sanpai ati kau.
lepas ni, siapa nak jadi partner tangkap 
gamba dengan aku.
dulu kita selalu je ambil gambar tak kira tempat..
kaaaannnnn...=(
sayanng kau lah Nur Liyana Fatin



 u rampas abang ihsan i tau..huuhu.
aink....
aku tak bosann kawan dengan kau..
tapi kau memang sangat menyeronokkan.
aku sangup teman kau pergi mana je..
sebab aku tak sampai hati nak biarkan kau pergi sana sini
sorang2. 
sebenarnya,, hari tu aku tak laratt.
penaaaatttt..
tapi aku tetap offer diri untuk teman kau 
pergi pejabat bendahari...
kau ingat lagi tak???
lepas tu kita pergi ATM..
tapi aku tak kisahh.
sebab kau kawan aku.
tulah gunanya kawan kaann??
susah senang kita bersama
walaupun masa minggu MDS 
ada 1 hari aku biarkan kau.
tapi aku bukan sengaja buat macam tu
sebenarnya masa tu aku dah kelam kabutt carik mana kau.
tapii bila nampak kau dengan athirah,,
aku rasa lega lahh.
sekurang2 nya kau tak sorang2.


fatiinn...
kau comell..
kau gelak lagi lah comell.
benda yang tak lawak pun kau gelak.
aku cakap sikit..
kau dah gelak.
kau baaiiikk
sama macam yang lain.
kau kelakar bebb
aku tak kan lupa tarikh lahir kau k.
sebab sejibik gilaa dengan mak aku
cuma tahunn je yang tak sama..


aqilahh..
kau pendiaaamm.
kadang2 aku terpaksa perah otak untuk 
keluarkan idea nak bercakap dengan kau.
sorry tau kalau aku 
kadang ada tinggalkan kau ke belakang..
bukan sengaja..
tapi sebab aku dengan yana asyik busy pose 
depan camm.

aimii...
kau roomate terbaikk lah.

musa kazimmm.
kau kawan laki terhebatt lah dekat sana.

 n to all my peminat.
thankssss...
aku langsung tak berminat dengan kau..
sebaaabb
lu pikir lah sendirii..
to ketua kelas aku...
heyy thanks lah sebab susa je buat something 
untuk aku..
kepada atiey,,
mulut kau sangat becok..
sehingga aku terasa terganggu laa
tapi kau pun aku sayang jugak..
to my classmate...
THANKS A LOT.

Thursday 2 June 2011

i've NIGHTMARE


 Aku balik rumah, ramai sangat orang. Aku masuk2, aku Nampak jasad mak terbujur kaku. Aku berlari ke arah mak. Aku goncangkan badan mak sekuat hati. Tapi mak langsung tak pedulikan aku. Aku jerit panggil mak. Tapi mak buat tak tahu. Mak tak toleh pun dekat anak dia ni. Orang ramai mula tarik aku ke belakang. Tapi aku meronta kuat minta dilepaskan. Makin kuat mereka pegang aku adalah. Aku tengok, orang kafankan mak. Aku tengok orang baca yaasiin untuk mak.aku menangis. Aku meraung tanpa memikirkan orang sekeliling yang turut menangis tengok keadaan aku. Makcik suruh aku cium dahi mak. Tapi aku tak nak. Macam tak percaya mak dah tinggalkan aku. Akhirnya, aku akur. Aku kucup dahi mak, aku peluk erat maaakk.

>alarm aku pun berbunyi<
Who says
Who says you’re not perfect
Who says you’re not worth it
Who says you’re the only one that’s hurting
Trust me
That’s the price of beauty
Who says you’re not pretty
Who says you’re not beautiful
Who says

Ouh. Aku mimpi rupanya. Astaghfirullah al aziimmmm. Aku mimpi buruk. =(. Hum aku terus amik wudu’ terus solat. Tak tahan. Menitis juga air mata ni. Terus call mak. Mak pujuk. Mak cakap jangan sedih2 lagi. Sob3. Please don’t go. I need you so much. Aku takut nak tidur lagi. Aku selalu sangat dapat mimpi buruk sejak aku masuk u ni. Tapi kenapa. Hum3.

Dari luar kelas lagi, aku dah boleh dengar suara budak laki yang pangil2 aku. Haisshhh gila kah ? hari ni kelas BEL tak ada lagi. Sebabnya, lectrr aku masih lagi tidak hadirkan diri.tak muncul2 lagi dia tu.huhu. sementara tunggu tu, aku dengan fatin sempat lagi tangkap2 gambar. Setiap pelosok tempat dekat kawasan tu kitorang amik gambar. HAHA. Tapi masalhnya sekarang, aku nak gamba tu. Tapi fatin kata, tunggu dah banyak ti, baru dia kasi. Huhu. Saja je dia nak buli aku. Takpe2. Saba3.

Tadi dah plan dengan Naz. Nak balik KL sama2. Maklom lah, dia je yang dok KL dekat dengan aku. Sentul. Kira dekat lah tu kan??? Tapi jauhlah jugak.. ehh dekat kott. Emm entahlah. Tadi susa2 je dia tolong belikan tiket untuk aku. Bukan guna duit dia okay. Tapi duit aku. Dia just tolong pergi alor gajah central jeh. Heyy thanks lah kawan! Susa susa je. Panat2 je.hehe. 8.45 pagi, bas akan bertolak ke KL. Huhh. Maknanye, 8.10 kena tunggu dial ah enn. Sebenarnya, besok malam ada perjumpaan dengan fakulti perakaunan. Tapi aku malas lah nak pergi. Aku nak balik. Nak makan masakan mak. Nak tidur dekat bilik aku. Macam2 lagi aku nak buat. Paling penting aku nak jumpa mak aku,. Tapi macam siodd aku kena balik Melaka hari sabtu sebab pukul 8.00 malam tu aku ada IQ test untuk Palapes. Hurrrgggghhhh. Tak syok langsong. Alaahh kalau macam tu, pukul 7 malam lah aku bertolak dari KL ke Melaka. Nanti sampai Melaka, aku kena lah rush pergi perjumpaan palapes tu.rasanye kalau pukul 7 aku bertolak, pukul 9 sampailah Melaka . Huh tak seronok lah balik sehari je.......

Okay lah. Nak solat ni. Aku tak solat lagi. Terleka download movie..nak keluar pulak lepas ni. Lepas tu nak siap2 sebab malam ni ada meeting. Tak tau nak pakai baju apa laah. Banyak sangat baju. Keliru....ahaha. alamak.aku baru dapat mesej dari aeida lah. Dia ajak pergi kenduri kakak dia kahwin. Okay aeida. Insyaallah. Okay lah nak mandiiiii. Eh nak solattt!