Tuesday 30 September 2014

fake people




awak tahu apa yang menjadikan hidup ini payah? ianya apabila awak bunuh perasaan berbaik sangka dengan manusia sekeliling awak

Aku berdiam diri kerana aku tidak ingin berdebat. Aku abaikan kerana tidak Ada yang patut dilayani. Aku sabar kerana keyakinanku terhadap Allah tiada batas.
Sabarku sangat bernilai dan marahku sangat mahal.

Thursday 24 July 2014

what is my fault here huh

unexpected. selalunya kalau nak cek result, mesti berdebar. tapi kali ni, rasa pelik sikit sebab aku tak rasa apa. heartless. mungkin sebab dah pasrah dengan apa je result. dan yeahhhh seperti yang telah dijangka. Alhamdulillah, betullah kata sahabat-sahabat SQS masa dalam usrah tempoh hari. bila kita dah letak kebergantungan sepenuhnya kepada Allah, mengapa perlu kita rasa kecewa dan menyalahkan takdir andai result yang kita terima tu tidak mencapai target? please think about it. tak tahu nak gambarkan perasaan ni. paling rasa bersyukur bila online, tiba-tiba banyak mesej dari ramai kawan-kawan chinese. seronok bila diorang ambik tahu tentang result aku ni. siap suruh aku tingkatkan lagi usaha. 

for those yang rasa kecewa tu, stop complaining "What is my fault here huh". what we should do is to repent for our sins, beg for HIS forgiveness and try to get rid of punishment by performing good deeds.

jom hidupkan malam terakhir ramadhan. salam rindu, salam sayang dari "Ai Tsei Ma". hee.

Friday 9 May 2014

I feel so blessed !


Tak sangka program berjalan dengan lancer walaupun hujan masih lagi turun masa program berlangsung. Pada mulanya agak risau. Risau sangat. Tapi bila muhasabah balik diri, nak risau apa? Yakin je Allah tu ada. Ya! DIA sentiasa ada.

Aku minta pada Allah supaya hujan yang turun diberhentikan. Tapi Allah makin turunkan hujan untuk uji tahap kebergantungan aku padaNYA.

Aku minta untuk diberi kekuatan, tapi Allah beri orang-orang yang bermasalah untuk Kuatkan jiwa,emosi dan rohaniku.

Saat hati kosong tak rasa apa-apa, Aku minta “Ya Allah, berilah aku rasa kemanisan iman itu walaupun sedikit”. Tapi tahu apa yang Allah beri? DIA beri hadiah berbentuk UJIAN. Difitnah? Diaibkan ? Ujian yang lebih mematangkan diri, yang mengingatkan kembali kepadaku betapa besarnya rahmat kasih sayang dari ALLAH. Manisnya iman bersulamkan keimanan T.T . lemah, rebah, TAPI ,aku gagahkan diri untuk kembali bangkit . subhanallah, ya Allah …terima kasih . semoga aku tabah seperti MARIAM.

Semoga NURASMALIZA akan terus kuat, untuk melangkah kedepan.

&& setiap kepayahan dan kesulitan yang kita lalui, pasti ada kebahagian yang sedang menanti. Yakinlah, yakinlah dan terus yakinlah JANJI ALLAH ITU PASTI ! jangan terlalu berharap pada manusia sebab kita akan kecewa, bergantung haraplah sepenuhnya pada Allah, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat pada malam tu. Program Nampak kelam kabut dibelakang tabir. Tapi allah tolong cover semua tu. Syukur ! walaupun dapat pentas tu pun last minit. Semuanya gara-gara nak sangat qasidah ada untuk program tu. Apa pun, perbaiki niat.

betul lah kata orang, kejayaan tu tak akan datang bergolek. kena tempuh dulu kepayahan tu. Allah nak kita belajar dari kepayahan tu. Alhamdulillah diatas kejayaan yang kau kurniakan ni. Terima kasih ustaz Zaree && ustaz Yusnaidi sebab banyak sangat beri tunjuk ajar. 

selesai sudah program "Suburkan Iman Seindah Senyuman". terima kasih sangat dekat Tuan Sheikh Abdullah (Penolong pengarah Dakwah Majlis Agama Islam Negeri Kedah). sedap ceramah dia. lepas ni boleh panggil dia lagi la. hehe. Hari-hari call dia sampai jadi rapat pula kitorang. Macam anak dan abah gitu. hikhik. Terima kasih juga pada Haji said (Timbalan Pengarah Tabung Haji), Haji wan, staf-staf Tabung Haji yang turut hadir. tidak lupa juga pada Pengurus Tabung Haji yang sudi meluangkan masa dan Pengarah Tabung Haji yang dah berikan semangat dan galakan untuk program ni. tidak lupa juga pada Dr. Nazri yang telah membenarkan program ini berlangsung di DPP Petronas.  Lastly, ehem hampir terlupa pula, thanks to felo DPP Petronas, Encik Khairul Munawwar yang sangat positif dengan Kelab yang ditubuhkan ni. dia kata "syok lah asma ceramah tadi. lepas ni jom JV.kita buat program besar-besar. nanti naj JV bagitau saya tau !" berbunga hati kita ni. wuhuuuu. I am so blessed ! 

Abang daus, kak mina, thank you so much for what you have done for me. && JPP , terima kasiiiih ! kepada Timbalan, maaf banyak sangat menyusahkan. haha, lepas ni tolong lah susahkan diri lagi. 


Disini, aku belajar erti syukur yang sebenar J



terima kasih dan maaf dari saya ^^ #naim #amirul #razi #alaudin #najwa #kak mina #usaf #ina #fani #hanim #ain #syafiqa #syafira #jiha #farah #saiful #Yb 

Sunday 27 April 2014

Suara hatiku

Kamu adalah seorang pemimpin. Maka kena kuat dan tak boleh lemah. Bagaimana hendak membimbing orang jika kita sendiri tidak kuat?’

kini diuji kecekalan hatiku.

Wahai hati… hentikanlah tangisan itu. Biarlah nama Allah sahaja yang kuat bergema dalam setiap degupan jantung itu.

bersabarlah wahai hati ;)

”Ya Allah, bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdirMu. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba."

Friday 21 March 2014

Nabila Ridzwan

salam takziah buat sahabat tersayang yang baru sahaja kehilangan ayahnya pada jam 5 pagi. terkejut dengan berita yang diterima. sedih, terkilan kerana tidak berpeluang untuk berada disisi sahabatku ini. dengar esakan tangisannya dah cukup untuk buat hatiku sebak. semoga awak kuat :'( .dulu, masa sekolah, gelak ketawa sama-sama, menangis pun sama-sama. maafkan diri ini, andai tidak dapat berada disisi saat dirimu sangat memerlukan. maafkan sahabatmu ini. T.T Semoga tabah !

May Allah grant him ang give him blessings. May Allah make her among the inhabitants of jannah and may Allah spare him from the punishment jahanam and the grave. please, take a time to make a sincere dua for him even though you didn't know him.

to my beloved friend, Nabila... I love you for the sake of Allah. May Allah grant you and your family patience and make it easy for you.

may akhirat easy for us and Allah help us through hard times. amiin.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)
Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang, 
Allah ambil dia daripada kita. 
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang mengurniakan rasa sayang itu?
Masihkah kita sayang pada yang menganugerahkan rasa sayang itu?
Dan masihkah kita percaya pada aturan Dia?
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada Dia yang perlu lebih kita sayangi, lebih daripada segala-galanya.

Dan 
Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
Lalu timbul rasa rindu dan menyesal.
Itu bukan untukk menghukum kita.
Tapi untuk memberi pengajaran.
Bahawa apabila kita tak mahu menyayangi mereka, 
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih daripada yang mahu kita lakukan.
Jangan salahkan diri atas kelalaian diri sebaliknya jadikan kesilapan lalu sebagai satu kekuatan untuk kita terus bangkit dan memperbaiki diri sehingga ke tahap yang lebih tinggi.
Diriku hanya insan biasa
Hamba fakir yang ingin mngecap cinta ilahi
Kuserahkan jiwa dan raga ku pada yang Esa
Usah mngejar, dan mengharap cintaku wahai insan.
Seandainya suratan ilahi telah tertulis dirimu bukan lagi milikku, terima lah seadanya
Jodoh rahsia allah
Sedangkan orang yg berkahwin tu pun belum tentu pasangannya itu adalah jodohnya
Kerana adat manusia, pasti akan mati
Andai mati, tiada lagilah jodohnya
Andai bercerai, tiada jugalah jodohnya
Jodoh…. Hanya Allah yang tahu
Walau apa pun yang allah aturkan untuk kita,
Terima lah dengan hati yang redha

Maafkan daku andai tidak mampu untuk sempurnakan imanmu dan fitrahmu
Maafkan daku andai daku terpaksa pergi satu hari nanti
Semoga dirimu tenang sentiasa
Semoga dirimu redha dengan setiap ketentuanNYA
Sebesar man pun rancangan kita, kalau Allah tidak izinkan,
Jangan pernah berharap ianya akan menjadi kenyataan
Semuanya terletak pada allah
Teruskan dan letak lah kebergantungan itu pada Allah
Bi Iznillah (dengan izinya) pasti apa yang kamu izngikan terjadi
Kun Fayakun
Kalau allah kata jadi, maka terjadi lah ia
Jangan pernah dustakan kekuasaan Allah

Friday 28 February 2014

Dosa itu meresahkan


bukan ku tak sudi. hanya allah saja yg tahu. moga kedua2 nya redha dalam melepaskan insan hina ini..susah bila hati pasrah, tidak redha. hurmmm Allah sedang menguji, dimana letaknya kebergantungan kita bila berdepan dengan masalah atau situasi yg diluar jangkaan kita sendiri.. jangan cepat melatah bila ditimpa masalah begini. didik diri, bergantung pada allah..memilih untuk tidak memutuskan apa2 keputusan, tidak bermakna diri ini mencari yg sempurna. tapi biarlah allah yg tentukan..ya,usaha itu perlu.takdir boleh diubah dengan usaha dan doa.tapi kalah dah doa,dah usaha, then kalau Allah tidak izinkan benda tu berlaku,tetap tak akan berlaku. kan??

nak menangis kejap boleh tak???

huhu dah rasa macam apa entah sejak akhir-akhir ni. saja mem ' busy' kan diri. ye, memang saja cari penyakit..aku bukan lah seorang yang pandai dalam membahagikan masa ni. tapi saja test diri. terima je jawatan yang ditawarkan. setakat ni, agak busy lah jugak, sampai assignment, projek pun tergendala nak buat. assignment? projek? eh kenapa awal sangat dapat task? huhu..sem ni boleh pulak ter dapat lect yang bersemangat jiwa bangsa untuk mengajar. T.T okay, kali ni memang terasa nak menangis betul-betul..

bila kita dalam organisasi atau sedang menguruskan sesebuah organisasi,,kena selalu ingat..tidak semestinya bila kita memegang jawatan sebagai ketua, semua orang akan menerima dan suka kita..mungkin kita dah rasa kita dah buat yang terbaik. tapi sebaliknya, mungkin terdapat juga segelintir yang tidak suka dengan tindakan kita. huhu. kena selalu didik hati untuk terima apa sahaja kritikan dari orang. haih,, bersabarlah wahai hati. :')

hidup ini penuh dengan dugaan.disebalik nikmat ada musibah. di sebalik musibah ada nikmat,. jangan risau, jangan resah kerana disebaliknya mengandungi seribu hikmah. jika dilanda nikmat, usah lupa dan leka kerana disinilah bermulanya musibah. Wallahu’alam bissawab

sepatutnya aku terlebih dahulu peka dan ambil pengajaran bukannya mengulangi kisah silam..