Monday 28 October 2013

Ayuh, hak bersuara, hak mahasiswa


Semangat je nak pergi mengundi. Tapi bila cek senarai nama mengundi,,,,, teetttttt haha maaf, nama anda tak ada dalam senarai mengundi. Huishh terbakar je hati bila dengar. Bila dah nama tak ada tu, paham paham jelah kan, aku dengan afiqah ni asyik berulang alik ke PBS. Bila pergi PBS, nama kitorang still lagi tak ada. Terpaksa patah balik ke DPP untuk cek nama buat kali yang kedua. Dan hampa rasa bila nama kami still tak wujud. Orang yang jaga tu suruh rujuk SAC pula. Disebabkan semangat nak mengundi, kami pun menapak ke SAC dan seterusnya ke PBS semula. Patahnya hati bila orang yg jaga tu cakap “kami tak boleh nak buat apa ni. yang tak ada nama ni memang tak layak nak mengundi”. Bukan lah kami je yang alami benda macam ni, tapi ramai rupanya. Kalau dikira semula, mungkin cecah beratus2. Di PBS, terdengar suara calon dr Transformasi Mahasiswa mengeluh yang dia sendiri pun taka da nama untuk mengundi. Presiden JKPS, JKPS juga ada yang tak boleh nak mengundi. Di PBS juga aku bertemu dengan salah seorang sahabat aku yang aku anggap hebat di UUM. Bukan aku je yang kata di hebat okay. Pokoknya sekarang, what happen to the system???? I’m not satisfied with UUM’s system just now. We already registered our name before the election has started. And today, when we want to vote, suddenly they said that our name doesn’t exist. The thing that I hate the most is when I had informed that whoever can’t vote, can vote at 5.30 p.m. until 8.30 if I’m not mistaken. But when I just arrived at Dewan seroja where the voting are proceed, two of our JKPS told me that “sape2 yang tak boleh undi tu memang tak layak mengundi, termasuk kitorang pun tak boleh undi.” Haa what a sad life for today.

Kesimpulannya, kami tak mengundi. Tak apalah. Tak ada rezeki. Mungkin Allah punya perancangan yang lebih baik kan. Kepada yang buat masalah macam ni, tahniah lah kerana buat ramai mahasiswa yang memberontak. Alhamdulillah, masing-masing menangis kegembiraan. Tahniah kepada yang berjaya.5 daripada 8 kerusi dimenangi oleh calon umum. Allahuakbar ! nilah semangat perjuangan dr mahasiswa.
Walaupun tak dapat mengundi. Fuh, rasa sedih tak dapat nak tuntut hak tu hanya Allah je yang tahu. Tapi takpelah. Sanggup berulang dari dpp ke pbs. Tu namanya perjuangan.  :D




sekali lagi tahniah !! hak bersuara kini menjadi hak mahasiswa #UUM #Hidup2Mahasiswa #PRK

Saturday 26 October 2013

solatlah dengan sempurna :D #part1

lepas solat, saja duduk-duduk untuk merehatkan badan. dengan tak sengajanya terlihat beberapa gelagat orang-orang yang ingin dan sedang mendirikan solat. Dan baru perasan Oooo rupanya ramai lagi yang tak peka dengan tatatertib solat yang betul. dan aku pun salah juga masa ni. sebab tak menegur kesalahan tersebut. hmmm hmmm. 
Ramai orang memandang enteng hal-hal berkaitan solat ni sehingga dengan tanpa sengaja, orang tersebut telah melakukan beberapa kesalahan yang boleh membuatkan solatnya tidak sempurna. sepertimana yang kita semua tahu, Solat adalah perkara yang pertama dihisab pada hari kiamat. Akan tetapi sangat ramai yang belum memahami tatatertib solat yang sesuai dengan contoh Rasulullah S.A.W. baginda telah bersabda:
Solatlah kalian sebagaimana (kalian) melihat aku sholat (HR Bukhori, Muslim, Ahmad)
"Sesungguhnya yang petama kali akan dihisab atas seorang hamba pada hari kiamat adalah perkara shalat. Jika Shalatnya baik, maka baikpula seluruh amalan ibadah lainnya, kemudian semua amalannya akan dihitung atas hal itu."(HR. An Nasa'I : 463) 
teringat suatu ketika dulu, adik aku, zul hakim nama dia. Dia dipaksa untuk pergi kem solat walaupun dah berapa kali dia mambantah. tapi at last dia pergi juga. hewhew. balik je dia dari kem tu, dia bercerita tentang cara-cara solat yang betul, sampai tunjuk demo dekat abang n ina. termasuk juga aku. dan pada ketika itu, adik-adikku mula praktikkan apa yang hakim ajar. bila situasi begini jadi.. aku terfikir yang Allah sedang membawa kami semua ke jalan yang benar. alhamdulillah. buktinya, Allah tak biar adik-adik ku dalam keadaan jahil. jahil bukan bermaksud terlalu jahat atau teruk. maksud aku disini kurang pengetahuan tentang tatatertib solat yang betul. kalau bukan sebab Hakim, abang dengan ina pun tak tahu. dan yang paling penting, kalau bukan kerana ALLAH SWT, hakim, abang dan ina tak kan tahu. terima kasih ya Allah di atas anugerah terindah ini. semoga kakak,hakim,abang dan ina akan sentiasa dipelihara oleh-MU ya ALLAH, kerana aku tahu, dan aku yakin bahawa hanya KAU sebaik-baik pemelihara. hanya ALLAH. :')






terdapat tujuh anggota sujud iaitu dahi,hidung,kedua telapak tangan, kedua lutut, dan kedua jari kaki.
Rasulallah SAW bersabda, "Jika seorang hamba sujud, maka tujuh anggota tubuh harus ikut sujud bersamanya: wajah, kedu telapak tangan kedua lutut dan kedua kaki". (HR. Muslim) 
sekian dari saya, hamba hina NURASMALIZA ;)

Sunday 13 October 2013

Selamat Hari Raya Part #2

A : assalam.. uit2 pergi kelas Inferential Statistic tak besok????
U : pegi pegi. awat? ang tak pi ka?
A : kemalasan melanda la haha. rasa macam nak ponteng jeee
U : haha takpa, sekali je pun ponteng. boleh je.
A : Amboii macam menghasut suruh ponteng je?
U : haha. raya2

haha kesimpulannya aku tak datang kelas. pengaruh rakan sebaya. balik petang. so tak ada kena mengena lah kalau tak datang kelas kan. ni ponteng sebab malas ni. jiwa dah terbang ke rumah. jasad je ada dekat UUM. tak bersemangat pula nak pergi kelas.

jom balik beraya !!

jom hidupkan sunnah Rasulullah dengan ibadah Qurban!

 Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 
                        Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud:

                        "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."   
 (surah al-Haj:36)

                        "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah."    (Surah al-Kauthar:2)

                        Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."    (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

**bermula perbualan antara anak dan ibundanya "apa istimewanya asmaliza ni.?" ..krik krik krik
bartu saja hantar kembar sejati (Najwa) dan hasanah ke bawah. huwaa. bye bye. jumpe lagi minggu depan. :3

...........

I'm totally down. the minute you think of giving up,think the reason why you held on so long

Everything come to mind. Shouldn't come to tongue.

saya pernah terbaca satu pos yang berbunyi begini: kita sibuk nak jaga aurat, sibuk suruh orang lain tutup aurat. bila post gambar dekat FB, gambar kita memang dah tertutup likup. tapi masalahnya, orang yang berada dalam gambar bersama gambar tu tutup aurat tak? tolong pastikan ye. bila jadi macam ni, nampak macam kita pulak yang beri dosa pada dia kerana menyebarkan gambar dia yang tak menutup aurat untuk tatapan umum. 

lebih kurang macam tu lah cerita dia. tragis kan. tapi kan, ada je orang yang kononya nak berdakwah tapi dalam masa yang sama dia post gambar yang ermmm macam mana ek nak cakap. haa senang cerita macam ni je lah ye. 

sesiapa yang memakai legging, sama lah seperti kamu telanjang ( terus post contoh-contoh kaum perempuan yang memakai legging! habis terbuka aurat mereka. free free je dapat tayangan umum.)macam mana kalau ramai yang akan share post tersebut???. kasihan insan yang dalam gambar tu. waduh. tak boleh buat begini ya.  


bila dikritik, tahu pula nak melenting. masa mengkritik orang itu ini, tak fikir pula tentang perasaan orang tu? tu lah, mungkin sebab terlalu rasa yang diri tu dah baik sangat. okay, saya tak bercakap mengenai siapa orang tu. ini umum. mungkin boleh jadi saya lah orang nya.

**haha pelik tetibe guna saya saya. okay jom siapkan Inferential Statistic
 
opsss ni bukan saya punya. tapi Pang yang punya. macam mana boleh ada dengan saya entah. haha.jengjengjeng.

Selamat hari raya Aidil Adha part #1

semasa dalam perjalanan pulang dari kelas......aku pun terleka berborak dengan salah seorang rakan di DPP. tiba-tiba sedar tak sedar ade suara perempuan di belakangku menjerit. cepat-cepat aku palingkan pandangan ke arah budak tu. Ohh rupanya ada dahan pokok yang agak besar baru sahaja jatuh selepas aku melintasi tempat tersebut. perempuan tersebut bukan lah menjerit sebab dahan tu menimpanya. tapi dia menjerit disebabkan terkejut je. bila fikir-fikir balik, rasa bersyukur sangat. yelah cuba bayangkan kalau dahan tersebut jatuh tepat kearahku. uwaaaa!! tak dapat balik beraya lah cerita dia.


sekadar perkongsian dari Ustaz Sharhan :
Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)


malam ni, aku melihat anis, dhiya, azura dan fani melangkah keluar sambil seret beg diorang tu. eleh tak jeles pun. poie lah balik. taknak jeles lagi. makin jeles, makin demam pula. bye korang! semoga selamat sampai. 

Saturday 12 October 2013

Fill your heart with IMAN


Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu. Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Ada rahsia di sebalik rahsia yang tidak kita ketahui. Berdoa dan bergantung haraplah kepada Allah kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan bilakah masa yang sesuai. 

sesi tazkirah bersama encik S

Friday 11 October 2013

Ya Allah, make my best day the day I meet you


Antara lagu selimut putih dengan lagu menanti di alam barzakh, aku paling tak boleh nak dengar lagu menanti alam barzakh ni. seram sejuk je nak dengar. Tp as long as lagu ni dapat buat hati ni terdidik, apa salahnya cuba paksa diri untuk dengar kan. seram sejuk je dengar. ni semua gara-gara belakang blok aku ada tanah yang digali. mungkin untuk repair paip bawah tanah tu. but the way diorang gali tu it's like a grave. 

Are you ready to meet Allah? it sounds like a cliche question. Am I rigth? but where do we think our final destination would be? what happen after we die?everyone must be scared to death but not everyone will think about "how we will die". 

Ya Allah, let my death only reach me when You have forgiven my sins and You and Your beloved ones are pleased with me.Don't let me die unless you are satisfied with me :(



Ku Merintih, Aku Menangis,

Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Perjalanan Rohku, 
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, 
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh, 
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan, 
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah, 
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan 
Tetapi Ia Sebenar Kejadian 

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan 
Kini Aku Merasakan 
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan 

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Thursday 10 October 2013

Don’t forget that while we dakwah to the society, have we dakwah to our own family?


It starts with yourself as an individual, then your family, followed by the community, and after which the nation.
if you think your life is full of sins, don’t think that there’s no way out for you..just ask Allah to grant you the hidayah to constantly guide you to the right path.. don’t give up for He hears every prayer.. He will love you no matter what.. just think of Him on both your good and bad days..
forget all about what she had said to you lia. you're just like her. A human. not an angel. kamu sedang diuji. 

Daisuki


"kenal dari facebook je dah boleh stay sampai dua tahun? gila ke?"
tersenyum lebar dengar ungkapan tu. 
tiba-tiba teringat kata-kata kak Amani. kisah dia dan tunang dia. okay, tak nak cerita.lalalalalala~~

Kalau awak lebih mengerti, hati ini berbelah-bahagi setiap kali mendapat pesanan itu,
Kalau untuk suka-suka, tolong tinggalkan saja,
Kalau tiada matlamat, jangan mulakan apa-apa,
Saya ada hati dan ada perasaan juga..

Monday 7 October 2013

No one wants pain


Terima panggilan dari seorang insan yang berharga dan sangat aku kasihi. Allah, sedihnya.. rupanya ada kesedihan yang tersembunyi disebalik gelak tawanya. Aku tak mampu mengubah segalanya. Apa yang aku harap, moga dia terus diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan yang menimpanya dan dugaan yang bakal menimpanya. Kuatnya dia, hanya Allah yang tahu. Sedihnya dia, hanya Allah yang lebih mengetahui. Allah lebih memahami isi hatinya. Mungkin terselit seribu hikmah disebalik apa yang menimpa dirinya. Moga dugaan ini akan terus jadikan dia seorang insan yang sentiasa tabah dan kuat sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Ya,dia harus kuat !! Semoga sedih, kecewa, dan rasa sakit ini akan menjadi penawar buat dirinya satu hari nanti. Tak perlu takot pada mereka, kerna mereka bukan siapa2. Pasti dan yakin lah, janji Allah itu pasti akan berlaku. 

Berkata itu mudah. Nasihat orang itu mudah. Persoalannya, layak kah diri menasihati insan lain tatkala diri ini tak lari dari melakukan kesilapan. Kerna aku hanya manusia seperti mereka. Dijadikan sama taraf di sisi Allah. Sama juga seperti mereka. Aku adalah aku. dan tetap aku. Aku tak mampu jadi seperti mereka. Kerana aku tetap aku. Nasihatku, bukan bermakna aku adalah yang terbaik di antara kalian. Nasihatku, bukan juga menandakan aku tidak pernah melakukan salah silap. Mungkin juga kalian jauh lebih baik dari aku. 

Sesungguhnya aku menasihatimu bukan beerti aku yang terbaik di kalangan kamu. bukan juganpaling soleh di kalangan kamu. kerna aku juga pernah melakukan kesalahan. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka tidak ramai orang yang akan beri peringatan.   
                                                                                                                              -Imam Hassan al-Basri

Wednesday 2 October 2013

giving Up !


Aku tak pernah rasa stress yang teramat sebelum ni. tapi hari ni,,, kemana pergi semangat aku??? menangis dihadapan manusia, apa yang kita akan dapat? Malu? Makin sedih? Tapi bila kita menangis kepada Allah, kekuatan yang kita dapat. Semangat ku bagai di topup kembali. Bila kita ditimpa ujian, apa yang sering kita buat? Mengeluh? Maki hamun? Putus harapan nak hidup? Hmmm muhasabah diri sendiri. Aku patut bersyukur bila diberi dugaan. Dugaan ku hanya sehalus pepasir di pantai jika nak dibandingkan dengan insan-insan yang dipilih Allah di Mesir, Palestin, Syria. Tepuk dada, tanya iman. Gunalah talian hayat dengan ALLAH. Allah sentiasa menerima kita apa adanya.



Nak balik. :’(