Monday 29 April 2013

This is a test

Assalammualaikum


Terharu, bila tengah sakit macam ni, ramai sangat yang care, sampai ada yang sanggup korbankan masa untuk teman aku mendapatkan rawatan daripada doktor di tempat lain. Terima kasih sebab marah-marah kite sebab taknak pergi jumpa doktor. kita tak sedih pun bila awak marah saya. tapi saya rasa makin sayang sangat dekat korang. Terima kasih sahabat. =') walaupun aku senyum je dengan korang, tapi korang nampak juga sedih di hati ini. yelaa, siapa tak risau, kalau tahu diri sendiri sakit. Sebenarnya aku pun tak tahu apa yang berlaku keatas diri aku, sebab doktor masih tidak dapat nak kenal pasti lagi apa aku hadapi. sedih, hati meronta untuk tahu. *while I'm writing this, yess I was crying* #sigh.

We're friends. you laugh, I laugh. You cry, I cry

 salah seorang dari insan yang aku kasihi berkata, ucaplah ALHAMDULILLAH bila diuji. ye, terima kasih. dan sangat sedih bila dengar suara bondaku sedih apabila dengar anaknya tak sepenuhnya sihat. dia suruh anaknya yang jauh diutara ni balik, nak bawak pergi jumpa pakar katanya. ye, aku sangat mengenali diri ibuku yang tidak sepenuhnya percaya pada klinik2. teringat masa aku sakit mata, terus die bawa jumpa pakar. sweet kan mak kita. =') betapa beruntungnya diriku kerana dikurniakan seorang ibu yang sangat penyanyang, sangat prihatin, dan segalanya gala sangat. teringat masa kecik-kecik. aku lah yang paling nakal. paling selalu kena marah. bila kena marah, aku mula rasa ma macam tak sayang aku. Tapi, kakak selalu pesan, ma marah sebab ma sayaaaaaaaaaang sangat tu. ye, betul kata kakak aku. Bila usia meningkat dewasa, aku terfikir sendiri, "patutlah ma marah2, tak kasi buat tu lah, ni lah, nak keluar semua tak boleh" rupanya ada sebab. sebab ma sayang lah ma tak kasi. Alhamdulillah, kami adik beradik dididik dengan betul dan Alhamdulillah tiada masalah berkaitan masalah sosial diantara kami. terima kasih Pn Nur Wati bt Ismail. sungguh, hati ini rinduuuuuuu. rinduuu segala2 nya tentang dirimu. thanks for always being there for me, love me, care for me, no onne can ever replace you in my heart.Pintaku hanya satu, Moga allah pelihara ibuku sebaiknya. =') i love her more and more everyday

ma suka bunga. dah macam2 bunga dia bela. bila bunga tu kami adik beradik lupa nak siram, habis lah semua .HAHA.
teringat bait-bait lagu muhasabah cinta
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


O ALLAH, I need YOU. don't let me ever turn away from you. no matter how many trials and difficulties you test me with. let thid difficulties serve to make me a stronger Muslim and more sincere to YOU