Tuesday 19 April 2011

Sihat tak hari ni? Aku? Sedang sedang sahaja. Perasaan aku tak berapa stabil. Entah mengapa aku terasa begitu terbeban dengan perasaan aku. Susahnya rasa jadi dewasa. Sekejap ya, sebelum terlupa baik aku ingatkan diri sendiri yang aku ni belum cukup dewasa lagi ok. Adalah lebih kurang 71% daripda diri aku yang dah dewasa. Apa agaknya perasaan aku ketika aku berusia 6 tahun?? Hummm.. susah juga nak ingat.aku agaklah, aku ni banyak bergembira masa tu.

Baru aku perasan boleh tahan juga aku ni dulu ya. Apa apa pun sekarang aku harap aku jadi budak 6 tahun semula sebab masa tu aku gembira, aku tak ada masalah, aku rasa selamat. alangkah bagusnya kalau aku dapat perlahankan waktu. Kadang kadang aku rasa aku belum bersedia buat apa yang aku dah buat, rasa apa yang aku dah rass & fikir apa yang aku dah fakir. Kan bagus kalau aku boleh jadi budak umur 10 tahun selama 2 atau 3 tahun.

No comments:

Post a Comment