Friday 21 March 2014

Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang, 
Allah ambil dia daripada kita. 
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang mengurniakan rasa sayang itu?
Masihkah kita sayang pada yang menganugerahkan rasa sayang itu?
Dan masihkah kita percaya pada aturan Dia?
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada Dia yang perlu lebih kita sayangi, lebih daripada segala-galanya.

Dan 
Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
Lalu timbul rasa rindu dan menyesal.
Itu bukan untukk menghukum kita.
Tapi untuk memberi pengajaran.
Bahawa apabila kita tak mahu menyayangi mereka, 
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih daripada yang mahu kita lakukan.
Jangan salahkan diri atas kelalaian diri sebaliknya jadikan kesilapan lalu sebagai satu kekuatan untuk kita terus bangkit dan memperbaiki diri sehingga ke tahap yang lebih tinggi.
Diriku hanya insan biasa
Hamba fakir yang ingin mngecap cinta ilahi
Kuserahkan jiwa dan raga ku pada yang Esa
Usah mngejar, dan mengharap cintaku wahai insan.
Seandainya suratan ilahi telah tertulis dirimu bukan lagi milikku, terima lah seadanya
Jodoh rahsia allah
Sedangkan orang yg berkahwin tu pun belum tentu pasangannya itu adalah jodohnya
Kerana adat manusia, pasti akan mati
Andai mati, tiada lagilah jodohnya
Andai bercerai, tiada jugalah jodohnya
Jodoh…. Hanya Allah yang tahu
Walau apa pun yang allah aturkan untuk kita,
Terima lah dengan hati yang redha

Maafkan daku andai tidak mampu untuk sempurnakan imanmu dan fitrahmu
Maafkan daku andai daku terpaksa pergi satu hari nanti
Semoga dirimu tenang sentiasa
Semoga dirimu redha dengan setiap ketentuanNYA
Sebesar man pun rancangan kita, kalau Allah tidak izinkan,
Jangan pernah berharap ianya akan menjadi kenyataan
Semuanya terletak pada allah
Teruskan dan letak lah kebergantungan itu pada Allah
Bi Iznillah (dengan izinya) pasti apa yang kamu izngikan terjadi
Kun Fayakun
Kalau allah kata jadi, maka terjadi lah ia
Jangan pernah dustakan kekuasaan Allah

1 comment: