Friday 7 October 2011

my Life is dedicated to ALLAH


Tangisan rindu

saban malam ku meniti waktu
saat yang berlalu terus kutunggu
dikala insan lain terus terlena
hatiku ini ingin terus berjaga
dikala sepi ku sendiri
mencari sinar dikegelapan malam
air mataku bercucuran
kerana rinduku yang tak pernah padam
tangisanku mendayu dayu
mengharap kasih dari yang satu
ku tahu cintaku terbalas
kerana DIA lah pemilik cinta yang sejati
oh tuhan tunjukkanlah jalan
merentasi rasa cintaku
citra rinduku dan kasihku
yang ku dambakan hanya untukmu
usahlah kau palingkan cinta
yang suci murni lagi sejati
kerana aku hanya ada sekeping hati
yang rapuh dan tak berdaya
moga rinduku kan terubat
lantaran kasihmu yang murni
tangisan rinduku..
hanya untukmu..

No comments:

Post a Comment