Monday, 13 May 2013

Friendship is not a big thing. it's a million little things

Bismillahirrahmanirrahim...

jangan lah kita memandang rendah erti persahabatan kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat. Allah dah bagi yang terbaik. yang terbaik tidak bermaksud apa yang kita mahukan. juga tidak semestinya apa yang terpuji. tapi ketentuan ini in shaa allah boleh jadikan kita insan yang  terbaik.Tidak ada satu pun yang paling berharga yang dimiliki seseorang itu selepas nikmat islam selain teman yang soleh.

Ukhuwah itu tidak terletak pada pertemuan. bukan terletak pada manisnya ucapan dibibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya (IMAM AL-GHAZALI)



sahabat yang beriman
ibarat mentari yang bersinar
sahabat yang setia
bagai pewangi yang mengharumkan
sahabat sejati
menjadi pendorong impian
sahabat berhati mulia,
membawa kita ke jalan ALLAH



seronok dapat habiskan masa cuti sempena pilihanraya yang kotor tu dengan meluangkan masa dengan diorang. yelah, selama ini asyik duk menghadap buku je kan, sampai dah tak sempat nak bergurau2. ehh yelah tu. =,="  .okay sepatutnya hari tu aku balik sebab nak pergi jumpa pakar kat KL tu. tapi, alhamdulillah, bila dapat yakinkan bonda yang keadaan anak dia ni dah semakin stabil. sebelum tu, tak lain hanya satu je yang aku pikir. aku asyik terpikirkan aku akan mati. ye, semua orang akan mati. tapi bila diduga untuk menghadapi sakit sebegitu, macam-macam benda negatif aku fikir. malam tu, sakit dia betul-betul menguji kesabaran. teringat kisah bekas pelajar matrik melaka yang sakit, tapi apa yang dia fikirkan hanyalah ALLAH. Arwah langsung tak mengeluh, menangis pun tidak. kuatnya dia =/ hebatnya dia =/ .subhanallah. dan alhamdulillah aku semakin pulih, tapi masih perlu berpantang itu dan ini. terima kasih kepada anda-anda semua yang setiap masa risaukan diri ini, ada yang sampai menangis pun ada (badak la tu kot) . haihh terharruu... =').. lagi terharu bila bonda dah siap beli barang-barang untuk buat laksa untuk sambut anak dia ni balik. Tapi saat-saat akhir tak jadi balik sebab tak nak susahkan lagi kawan-kawan untuk cari kan tiket balik. aku tahu mana ada tiket untuk balik waktu-waktu orang tengah busy nak pilihanraya kan. kalau bagitahu diorang, comfirm diorang nak pergi jugak tengok kat mana lagi jual tiket. hummm. bila dah tak jadi balik tu, bonda dengar pun sedih. hari yang sepatutnya aku balik tu, ma call n bagitahu, dia tengah masak laksa. pergghhh perghhhh rasa nak gugur je airmata ni. =( tu pun sempat dia gurau-gurau dengan aku.

TAPI !!!

terubat rindu nak makan laksa bonda bila dapat makan laksa dekat rumah makcik angkat Ainul. wahh, keadaan seolah-olah faham isi hati ni.



dari pagi ke malam, dari rumah makcik ainul ke steamboat di perlis. seharian tak sentuh buku. dan sangat bahagia dapat beli buah kiwi.

carilah hatimu di tiga tempat iaitu, hatimu ketika mendirikan solat, hatimu ketika membaca al-Quran, hatimu ketika mengingati mati, tetapi jika tidak ditemui hati kamu di tiga tempat ini maka berdoalah kepada ALLAH agar diberikan kepadamu sekeping hati supaya dapat kamu menjalankan tiga amalan tadi dengan tulus dan ikhlas.

mulakan harimu dengan kebaikan dan keikhlasan, hadapilah tiap-tiap dugaan dengan senyuman, apabila mendapat kebaikan, maka bersyukurlah dan apabila mendapat keburukan maka bersabar dan bersyukurlah, kerana semuanya adalah dari ALLAH

sedih, bila tak mampu nak nasihat orang, sedih bila mengenangkan balasan yang akan diterima. sedih bila tengok dengan mata sendiri, seorang sahabat melakukan kejahilan. ye, aku tak lah baik sangat, dan tak pernah rasa pun diri ni sempurna. tapi kecewa bila dinasihat, dan nasihat tu dipandang remeh. kadang-kadang, pelik. tahu balasan yang akan diterima, tapi kenapa masih tidak mahu menjalani hidup dengan syariat islam? Malu sangat bila ramai rakan-rakan berbangsa chinese berulang kali tanya "asma, kenapa kamu pakai inner neck, I tengok ramai je orang islam tak pakai " apa yang mampu untuk aku jawab... " ohh, cube you perhatikan budak tu punya tudung." dan dia pun jawab "haaa yalah, jarang. nampak leher dia. aurat kan. dosa kan?" heyyy please lah. sedangkan orang cina pun tahu tahap mana aurat kita sebagai seorang muslimah. tak kan korang tak tahu. paling sedih laa, bila budak cina ni tanya "haiya kenapa pakai arm sock.u punya baju kurung kan dah tutup tangan. kenapa pakai stokin. Orang islam lain tak pakai pun. kalau pakai pun I tengok tak ramai." =) bagus budak cina ni. kami tak sama DPP, sebab dia duduk DPP SME dekat kachi tu. tapi perkenalan kami bermula dari kelas hubungan etnik. setiap hari asyik berkepit dengan dia masa sem 1 hari tu. sampai lecterur pun seronok tengok kitorang. tiba-tiba rindu dengan dia. walaupun sekarang dah tak sama kelas, tapi tetap berhubung. bila dia stress, mesti mesej aku. dan istimewanya dia, dia sangat memahami apa tu erti islam. 

-NG YI CHUN-
YA ALLAH, bukak kan lah pintu hatinya untuk menerima hidayah dariMU

#untuk si dia, moga awak terus kan usaha untuk berubah tu. =)

Monday, 29 April 2013

This is a test

Assalammualaikum


Terharu, bila tengah sakit macam ni, ramai sangat yang care, sampai ada yang sanggup korbankan masa untuk teman aku mendapatkan rawatan daripada doktor di tempat lain. Terima kasih sebab marah-marah kite sebab taknak pergi jumpa doktor. kita tak sedih pun bila awak marah saya. tapi saya rasa makin sayang sangat dekat korang. Terima kasih sahabat. =') walaupun aku senyum je dengan korang, tapi korang nampak juga sedih di hati ini. yelaa, siapa tak risau, kalau tahu diri sendiri sakit. Sebenarnya aku pun tak tahu apa yang berlaku keatas diri aku, sebab doktor masih tidak dapat nak kenal pasti lagi apa aku hadapi. sedih, hati meronta untuk tahu. *while I'm writing this, yess I was crying* #sigh.

We're friends. you laugh, I laugh. You cry, I cry

 salah seorang dari insan yang aku kasihi berkata, ucaplah ALHAMDULILLAH bila diuji. ye, terima kasih. dan sangat sedih bila dengar suara bondaku sedih apabila dengar anaknya tak sepenuhnya sihat. dia suruh anaknya yang jauh diutara ni balik, nak bawak pergi jumpa pakar katanya. ye, aku sangat mengenali diri ibuku yang tidak sepenuhnya percaya pada klinik2. teringat masa aku sakit mata, terus die bawa jumpa pakar. sweet kan mak kita. =') betapa beruntungnya diriku kerana dikurniakan seorang ibu yang sangat penyanyang, sangat prihatin, dan segalanya gala sangat. teringat masa kecik-kecik. aku lah yang paling nakal. paling selalu kena marah. bila kena marah, aku mula rasa ma macam tak sayang aku. Tapi, kakak selalu pesan, ma marah sebab ma sayaaaaaaaaaang sangat tu. ye, betul kata kakak aku. Bila usia meningkat dewasa, aku terfikir sendiri, "patutlah ma marah2, tak kasi buat tu lah, ni lah, nak keluar semua tak boleh" rupanya ada sebab. sebab ma sayang lah ma tak kasi. Alhamdulillah, kami adik beradik dididik dengan betul dan Alhamdulillah tiada masalah berkaitan masalah sosial diantara kami. terima kasih Pn Nur Wati bt Ismail. sungguh, hati ini rinduuuuuuu. rinduuu segala2 nya tentang dirimu. thanks for always being there for me, love me, care for me, no onne can ever replace you in my heart.Pintaku hanya satu, Moga allah pelihara ibuku sebaiknya. =') i love her more and more everyday

ma suka bunga. dah macam2 bunga dia bela. bila bunga tu kami adik beradik lupa nak siram, habis lah semua .HAHA.
teringat bait-bait lagu muhasabah cinta
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


O ALLAH, I need YOU. don't let me ever turn away from you. no matter how many trials and difficulties you test me with. let thid difficulties serve to make me a stronger Muslim and more sincere to YOU


Friday, 26 April 2013

Bila Hati Bicara

Assalammualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim

hari ni, jadual padat dengan macam-macam aktiviti untuk mengisi kekosongan masa yang ade. dengan malam nye ade latihan kebakaran sampai pukul 3 pagi. fuhhh meletihkan. dari pagi hingga ke petang. kami tak mau pun pergi GCB tu,, tapi disebabkan kena kumpul sira,, kami gagahkan diri bangun awal semata-mata untuk pergi GCB . cehh nampak sangat macam aku ni selalu bangun lambat kan??? *ehh mana ade! .habis je GCB, terus pergi pusat islam untuk join program kem pendakwah muda. seronok sebab hati yang suram ni kembali bertukar menjadi ceria. memang niat nak ceriakan hati, disamping inginkan pengalaman baru bersama para-para bakal daie. Alhamdulilah. Eh kenapa suram? =,=" NO KOMEN. It's okay to cry. there's nothing wrong with it. so go ahead. ramai yang suka bagi negative thinking bila tengok orang menangis. HAHA. bagi aku, menangis lah kalau dengan menangis tu dapat melegakan kita. Sometimes, peolpe cry not because they're weak. or sometimes you just need a good cry. Even if you don't know the reason why you're crying? ehh ape lah yang aku merapu ni.

haaa tu diaa presentor terbaiikkk.jengjengjeng
just keep moving forward. yeaahhh I'm stronger enough

Alhamdulillah berpeluang solat jumaat berjemaah di Masjid. aku ingat lagi, kalau tak silap, last aku solat jumaat jemaah ni masa umur aku 6 tahun. Lega bila tengok barisan lelaki penuh. terasa kekuatan itu ada.  ye, Umat islam akan menjadi lebih kuat dengan adanya tali ukhuwah. #SatuUmmah. terserlah kecomelan budak2 ni solat.
kadang-kadang, kita terpaksa korbankan kepentingan diri sendiri demi orang lain, demi nak tengok orang lain senyum, or anything else walaupun apa yang kita buat tu langsung tidak dihargai. #stayPositive. huhh no I can't. err noO ! I did it. yess I did it. tapi sampai bila aku kena jadi macam ni??? penat dengan semua ni. untuk siapa mesej ini disampaikan? haa pikiaq sendiri laa ye? haahhh?  Ohh pleaseee don't pretend like you actually care. ^,^

Sahabat, saya sayang awak, sebab itulah saya tegur, biarpun teguran itu adakalanya terjentik dihati awak, dan membuat awak terasa ,, itu maknanya HIDAYAH tengah ketuk pintu hati awak.. cubalah buka pintu hati tu =) . Alhamdulillah everything's going to be okay.

musim hujan melanda bumi sintok. dan inilah kesannya. sepanjang lorong nak ke Cafe, penuh dengan payung yang tersusun.


Duhai hati, Allah sedang mengajarmu

Saturday, 20 April 2013

seronok kerana diperbodohkan

seronok kerana telah dipergunakan. ini seharusnya tidak patut berlaku ke atas kami yang bergelar mahasiswa. kami tak bodoh dan kami punyai akal untuk berfikir. kami bukan lah tidak berpendidikan sehingga tidak dapat menilai yang mana baik, yang mana buruk. jadi, berfikir dahulu sebelum bertindak. usah gunakan taktik kotor untuk menarik mahasiswa. ayuh !! bangkitlah mahasiswa. buka minda dan pemikiran luas-luas. jangan biar taktik kotor ini berulang lagi. tapi Alhamdulillah, at least dapat tengok situasi sebenar yang berlaku. sebelah pihak terjerit2 sebelah pihak lagi bertakbir dan berselawat. =) ALLAH, tersentu hati

Sunday, 31 March 2013

#BAKSIS #KLK #BBSM


Assalammualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Apa khabar semua? okay? okay okay okay. tak ada apa yang nak diceritakan. cuma ingin berkongsi pengalaman cuti hujung minggu je. hehe

ye, sangat excited masa sebelum nak bertolak sampai aku dah tak senang duduk dekat kelas management tu. asyik tengok jam. serius terasa lama sangat masa tu berjalan. dah lah barang2 tak kemas lagi, baju pun tak tahu nak bawa yang mana. ye, memang aku suka ber-camping ni. memang sejak kecik lagi. paling best perkhemahan yang aku pernah pergi setakat ni, masa kem kadet polis dekat hutan apa tah. yang pasti dekat perak. kem ni bukan untuk bersuka ria. 5 hari di tapak perkhemahan, kitorang bertanding kawad, mara lasak, pandu kompas dan menembak. Gua fit masa ni, mara lasak dapat nombo dua. dan gua rindu nak pegang M16 lagi.sobsobs . okay, aku dah macam lari topik ni

walaupun gua tak berapa sihat, kite join je aktiviti diee. huahua. terima kasih kepada sahabat tersayang especially farhani yang tak jemu2 dok bertanya "asma okey?" haaaa suwiitt lah die. sayang awak okay =P
gambar ni tak ada kena mengena pun  dengan program BAKSIS ni. tapi ni lah suka duka dengan BFF masa kadet polis dulu.rinduu

walaupun perkhemahan kali ni tak se-adventure macam kem kadet polis, fuhh tapi tetap terasa keseronokkan dia. sampai sekarang masih segar diingatan. walaupun sedikit kecewa bila tak dapat tidur lena masa hari kedua tu, hehe tapi ada hikmah disebaliknye. nak dijadikan cerita, kem tu hari pertama je tidur dengan keluarga angkat. hari kedua kitorang dah pasang khemah. tapak perkhemahan kitorang betul2 bersebelahan dengan kubur. seram. tapi buat dunno je lah. bila kita yakin Allah jaga kita, semuanya akan okay. baik sungguh hati mak abah bila sponsor dua khemah untuk anak2 angkat die. ni yang makin sayang ni. anak angkat mak abah ada 15 orang. memandangkan mak abah punya rumah besar sangat. tu yang ramai tu. tapi, yang paling aku rapat dengan syikin, wani, su dan kak fadhilah. =) .tapi aku selalu berkepit dengan fani hehe . paling best lah bila kebetulan ekin ni makcik die duduk bersebelahan dengan kampung ni. jadinya makcik die hantar makanan banyak2 .tu yang aku paling suka tu. thanks ye sebab gembira kan perutku. huahua

ni masa acara mandi minyak oleh ahli seni silat gayung. rupanya orang2 kampung dekat sini memang kuat dengan silat. hebat2. aku teruja gila. lagi2 masa diorang buat pertunjukan berlawan guna pedang, buluh, keris. lima bintang untuk mereka

tergelak kawan2 aku bila dengar yang aku tak pernah kenal buah koko. bagi sesiapa yang ta kenal juga,haa ni dia buahnya. isinya putih. manisss. rupanya cokelat yang aku makan selama ni macam ni rupa asalnya. =)

rinduu nak peluk2 dengan gemok. geramm. rasa macam nak gigit je kucing gebu ni. anak kucing ni, kalau buat ape kat die, die diam je. ishhh manjaa

mak abah asyik busy uruskan itu ini. maklumlah, diorang sebahagian dari orang kuat yang uruskan perkhemahan ni. dan aku rasa sangat2 beruntung bila terpilih untuk jadi anak angkat mereka. walaupun sejak hari pertama lagi, aku dah jatuh sakit, namun langsung tidak mematahkan semangat aku untuk terus kekal berada di kem itu. yelaa, sapa larat kan kalau dah sampai tak boleh bangun, asyik terbaring. fuhh dugaan betul lah. ehh terlupa pulak nak kenalkan adik beradik angkat aku kan. okay, yang sulung dah kahwin dah. sama cantik. patut lah ankan dia comel sangat. yang kedua bakal berkahwin bulan sebelas ni. jangan lupa jemput ye kak hanim. yang ketiga, hafizi, mula2 ingat umur dia dalam 20-an. rupanya laaaaa..krikk krikk.. baru 16 tahun rupanya. sebaya je dengan adik aku. yang keempat adik arif. comel comel comel. masa tidur dalam khemah. budak ni tidur sebelah khemah dengan aku. asyik duk mengacau aku je. tapi, sikit pun aku tak rasa terganggu. seronok layan budak kecik ni sampai ke pagi. =)) walaupun mak dengan abah bagi pilihan sama ada nak tidur balik rumah atau tidur dekat khemah je, namun setelah dibincang2 denagn adik beradik angkat yang lain, kitorang sepakat tak nak tidur rumah. serius tapak perkhemahan tu meriah sungguh . dah macam hari raya pulak aku rasa. walaupun tidur dalam khemah

hee. gambar dengan kak hanim , anak kedua mak abah tak ade pun. sebab die je yang asyik amik kan gambar. gambar bawah ni gambar dengan anak sulung mak abah yang dah kawen. jeless ok. okay aku mmg suka jeless dengan orang yang dah kawen ni. *sila abaikan*

ni anak abang yang sulung tu. comel kan kan. budak ni ramah sangat hewhew
alolololo. ni anak kedua dia. baby ni baru 2minggu lahir. tengok tu, masih merah. #Lelaki. *pliss take note syamim

Really enjoy every single moment at kampung sungai Bongkok. the good, the bad. thank to Allah through it all. counting the days until we meet again. #keepHoping


Thursday, 21 March 2013

sekadar perkongsian


setiap pagi, sedekahkan lah al-fatihah kepada kedua ibu bapa kitatidak kira masih hidup mahupun telah menghadap ilahi...nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.. berdasarkan hadis Nabi, "tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

maksud disini, jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua orang tuamu baik yang masih hidup ataupun yang telah tiada. Allah akan memurahkan rezeki kepada sesiapa yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa walaupun ada ibu bapa yang leka, doarkan lah mereka supaya ke pangkal jalan,. ingatlah , bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT. semasa berdoa, doalah dengan bersungguh-sungguh, bayangkan wajah mereka. mereka yang lupa berdoa kepada kedua ibu bapa mereka akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Manisnya Cinta bersulam keimanan

serius siapa tak datang masjid malam tadi rugi sangat sangat.

program yang dipengerusikan oleh sahabat saya, Adenin dengan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri dari sahabat saya juga. program yang sangat mendapat sambutan. program ini dimeriahkan lagi dengan  kehadiran para penceramah yang tidak kurang hebatnya. walaupun sekatan terhadap Syeikh Zainul Asri namun tetap bersyukur dengan kehadiran anak didik beliau. dan jangan terkejut ye, ini merupakan julung kalinya program berqasidah oleh kumpulan Qasidah dari Maahad darul hadis seperti ini diadakan di Masjid UUM. Tahniah !! 

bacaan imam masa solat isya' mampu membuat para jemaah mengalirkan air mata. sangat merdu. terasa keikhlasannya. doa yang dibaca, penuh dengan kesyaduan. penuh dengan kata-kata yang mampu menyentuh  hati bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya.

tersentak seketika masa, ceramah berkaitan cinta terhadap Rasulullah. barangsiapa berselawat sekali ke atas baginda, Allah akan membalas 10 kali ganda selawat terhadap kita. barangsiapa berselawat dengan banyak, mereka itu lah yang layak menerima syafaat daripada Rasulullah saw di akhirat kelak. hanya berselawat, itu tidak cukup untuk membuktikan cinta kita pada baginda. mai pakat ramai-ramai amalkan sunnah nabi. =)

Syeikh Zainul Asri
selama ni, aku selalu tanya kawan-kawan aku, "macam mana nak istiqamah?" .aku sibuk bertanya. tapi aku bukan buat pun. malam tadi, aku tersedar sendiri. alhamdulillah, di rumah Allah, Allah sedarkan aku. =') . betapa agungnya cinta Allah terhadap hambaNYA..

Doaku untuk hari ini:
Ya Allah, jangan KAU pesongkan hati ini setelah KAU beri hidayah. Jadikan lah aku seorang hamba yang sentiasa bersyukur diatas nikmat yang telah kau limpahkan kepadaku pada hari ini.