program yang dipengerusikan oleh sahabat saya, Adenin dengan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri dari sahabat saya juga. program yang sangat mendapat sambutan. program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran para penceramah yang tidak kurang hebatnya. walaupun sekatan terhadap Syeikh Zainul Asri namun tetap bersyukur dengan kehadiran anak didik beliau. dan jangan terkejut ye, ini merupakan julung kalinya program berqasidah oleh kumpulan Qasidah dari Maahad darul hadis seperti ini diadakan di Masjid UUM. Tahniah !!
bacaan imam masa solat isya' mampu membuat para jemaah mengalirkan air mata. sangat merdu. terasa keikhlasannya. doa yang dibaca, penuh dengan kesyaduan. penuh dengan kata-kata yang mampu menyentuh hati bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya.
tersentak seketika masa, ceramah berkaitan cinta terhadap Rasulullah. barangsiapa berselawat sekali ke atas baginda, Allah akan membalas 10 kali ganda selawat terhadap kita. barangsiapa berselawat dengan banyak, mereka itu lah yang layak menerima syafaat daripada Rasulullah saw di akhirat kelak. hanya berselawat, itu tidak cukup untuk membuktikan cinta kita pada baginda. mai pakat ramai-ramai amalkan sunnah nabi. =)
Syeikh Zainul Asri |
Doaku untuk hari ini:
Ya Allah, jangan KAU pesongkan hati ini setelah KAU beri hidayah. Jadikan lah aku seorang hamba yang sentiasa bersyukur diatas nikmat yang telah kau limpahkan kepadaku pada hari ini.
Gmbr tu btl ke Syeikh Zainul Asri? Mcm Ust Shahrizan je.
ReplyDelete