jangan lah kita memandang rendah erti persahabatan kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat. Allah dah bagi yang terbaik. yang terbaik tidak bermaksud apa yang kita mahukan. juga tidak semestinya apa yang terpuji. tapi ketentuan ini in shaa allah boleh jadikan kita insan yang terbaik.Tidak ada satu pun yang paling berharga yang dimiliki seseorang itu selepas nikmat islam selain teman yang soleh.
Ukhuwah itu tidak terletak pada pertemuan. bukan terletak pada manisnya ucapan dibibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya (IMAM AL-GHAZALI)
sahabat yang beriman
ibarat mentari yang bersinar
sahabat yang setia
bagai pewangi yang mengharumkan
sahabat sejati
menjadi pendorong impian
sahabat berhati mulia,
membawa kita ke jalan ALLAH
TAPI !!!
terubat rindu nak makan laksa bonda bila dapat makan laksa dekat rumah makcik angkat Ainul. wahh, keadaan seolah-olah faham isi hati ni.
dari pagi ke malam, dari rumah makcik ainul ke steamboat di perlis. seharian tak sentuh buku. dan sangat bahagia dapat beli buah kiwi.
carilah hatimu di tiga tempat iaitu, hatimu ketika mendirikan solat, hatimu ketika membaca al-Quran, hatimu ketika mengingati mati, tetapi jika tidak ditemui hati kamu di tiga tempat ini maka berdoalah kepada ALLAH agar diberikan kepadamu sekeping hati supaya dapat kamu menjalankan tiga amalan tadi dengan tulus dan ikhlas.
mulakan harimu dengan kebaikan dan keikhlasan, hadapilah tiap-tiap dugaan dengan senyuman, apabila mendapat kebaikan, maka bersyukurlah dan apabila mendapat keburukan maka bersabar dan bersyukurlah, kerana semuanya adalah dari ALLAH
sedih, bila tak mampu nak nasihat orang, sedih bila mengenangkan balasan yang akan diterima. sedih bila tengok dengan mata sendiri, seorang sahabat melakukan kejahilan. ye, aku tak lah baik sangat, dan tak pernah rasa pun diri ni sempurna. tapi kecewa bila dinasihat, dan nasihat tu dipandang remeh. kadang-kadang, pelik. tahu balasan yang akan diterima, tapi kenapa masih tidak mahu menjalani hidup dengan syariat islam? Malu sangat bila ramai rakan-rakan berbangsa chinese berulang kali tanya "asma, kenapa kamu pakai inner neck, I tengok ramai je orang islam tak pakai " apa yang mampu untuk aku jawab... " ohh, cube you perhatikan budak tu punya tudung." dan dia pun jawab "haaa yalah, jarang. nampak leher dia. aurat kan. dosa kan?" heyyy please lah. sedangkan orang cina pun tahu tahap mana aurat kita sebagai seorang muslimah. tak kan korang tak tahu. paling sedih laa, bila budak cina ni tanya "haiya kenapa pakai arm sock.u punya baju kurung kan dah tutup tangan. kenapa pakai stokin. Orang islam lain tak pakai pun. kalau pakai pun I tengok tak ramai." =) bagus budak cina ni. kami tak sama DPP, sebab dia duduk DPP SME dekat kachi tu. tapi perkenalan kami bermula dari kelas hubungan etnik. setiap hari asyik berkepit dengan dia masa sem 1 hari tu. sampai lecterur pun seronok tengok kitorang. tiba-tiba rindu dengan dia. walaupun sekarang dah tak sama kelas, tapi tetap berhubung. bila dia stress, mesti mesej aku. dan istimewanya dia, dia sangat memahami apa tu erti islam.
-NG YI CHUN-
YA ALLAH, bukak kan lah pintu hatinya untuk menerima hidayah dariMU
#untuk si dia, moga awak terus kan usaha untuk berubah tu. =)
No comments:
Post a Comment