semoga perjuangan mereka sentiasa dibalas baik oleh ALLAH SWT |
Sayunya hati
apabila terbaca berita mengenai apa yang berlaku di lahad datu, sabah. isu yang mencabar Kedaulatan Negara
ketika ini berhubung pencerobohan bersenjata tentera Diraja Sulu di Lahad Datu.
Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara
lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
Tapi, Aku terbaca artikel yang mengatakan ini semua salah UMNO, taktik kotor
UMNO?? Ada juga yang menyatakan ia adalah rancangan dari Anwar Ibrahim?? Jangan
suka menuding jari kalau tak ada bukti yang kukuh. Ayuh! Bangkitlah ! jangan
jadi orang yang suka menyalahkan orang lain.
Antara yang
terkorban dan yang tercedera:
1. Inspektor 17992
Zulkifli B. Mamat (terkorban)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)
3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (terkorban)
4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)
3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (terkorban)
4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).
suka untuk aku katakana
bahawa, allahyarham Inspektor Zulkifli B. Mamat adalah bekas pelajar Universiti
Utara Malaysia (UUM). Allahyarham pernah melibatkan diri dalam Kor-Sukarelawan Siswa Polis atau Kor SUKSIS dan
merupakan graduan lepasan ijazah sarjana muda jurusan Komunikasi. Sedih tatkala
aku menatap gambar allahyarham. Makin sayu apabila terbaca mesej terakhir
beliau yang aku temui di internet yang kian tersebar oleh teknologi yang
semakin canggih ini. Kental nya allahyarham untuk menegakkan tanah air tercinta
=’( semangat juang yang tidak ada dalam diri semua orang. Selamat jalan
PAHLAWAN NEGARA !!!
meskipun aku
pernah menyertai dengan aktifnya pasukan kadet polis sekolah dengan penuh
semangat…tapi, semangat juang itu tidak sama seperti para pahlawan yang telah
bersungguh2 menyelamatkan Negara sehingga menggadaikan nyawa mereka. Semoga para
pejuang yang telah menghadap Sang Pemilik Nyawa, akan ditempatkan dikalangan
orang-orang yang beriman. Dari DIA kita datang, dan kepadaNYA kita
dikembalikan. =’)
Allahyarham Inspektor Zulkifli Bin Mamat ,alumni UUM dari DPP YAB *Copy paste dari sahabat @ senior Muhammad Mohamad idris* |
**Copy paste dari sahabat @ senior Muhammad Mohamad idris* |
“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 SKUAD 2/2006 INSP. ZULKIFLI MAMAT DAN SJN. SABARUDIN DARI UNIT 69 KOMANDO YANG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU.”
Nor Aziah, isteri kepada Allahyarham INSP Zulkifli. semoga dia tabah mengharungi dugaan ini |
No comments:
Post a Comment