Sedih, sayu, pilu bila terlihat orang berbuka puasa dengan
sekeping roti. Orang yang pakaiannya compang camping. Hidup dalam serba
kekurangan. Banyak bezanya jika nak dibandingkan dengan diriku sendiri. Teringat
satu kisah dari pengalaman hidupku sendiri…
Seorang hamba Allah
yang dulunya sangat dikenali masyarakat setempat. Hidupnya mewah, punya
segala-galanya. Bajunya, kasutnya, semuanya beratus ringgit, malah ada yang
mencecah sehingga ribuan ringgit. Duit dibelanjakan sana sini sehinggakan dia
lupa akan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga, sebagai khalifah dibumi
Allah. Kini, segala-galanya berubah.. ALLAH, agungnya kasih dan cintamu pada
hamba-hambaMU :’( ..segala-galanya berubah. “kaya sebelum miskin” ungkapan itu
seringkali buat aku teringat pada dirinya. Dengan keizinan dari ALLAH, dia
berubah. Hari-hari dia sepanjang ramadhan penuh dengan aktiviti di surau
berdekatan rumah. Itu lah Hidayah ALLAH. Anugerah ALLAH yang tak ternilai.
Anugerah ALLAH yang sentiasa didambakan oleh semua orang. Harapan dan doaku
hanya satu. Semoga dia tabah dengan dugaan yang mendatang. Semoga usahanya
untuk mendekatkan diri kepadaMu akan terus subur. Jangan KAU palingkan hatinya
setelah kau beri nikmat. :’)
Sekiranya kamu melihat Allah ta’ala memberikan kelebihan
pada seseorang, maka jangan engkau dengki padanya, kerana itu adalah pilihan
Allah terhadap dirinya. Tanda kamu dengki padanya apabila kamu mencari-cari
kelemahan yang ada padanya walaupun banyak kebaikan yang ada padanya. Ketahuilah
sifat dengki ini menunjukkan hatimu itu masih lagi kotor dan pahalamu akan
menjadi hilang dan ia umpama racun yang berada di dalam tubuhmu yang akhirnya
akan menyebabkan kamu menjadi binasa. Bersihkan hatimu dengan melihat orang
yang lebih kurang bernasib baik daripadamu agar kamu menjadi orang yang
bersyukur.
Bersabar lah wahai insan. Allah ada jawapan disebalik seribu
tanda tanya kamu “mengapa doaku masih belum dikabulkan?”. Sabar lah wahai hati.
Allah sedang merancang apa yang lebih baik buat dirimu. Aku bukan siapa-siapa.
Tapi satu yang ingin aku ingatkan, Allah merahsiakan masa depanmu untuk menguji
supaya dirimu berprasangka baik, berusaha, bersyukur dan bersabar. Janglah dirimu
berdukacita, sesungguhnya ALLAH ade bersama kita
Dalam hadith qudsi Allah berfirman : “pergilah pada hambaku
lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Maksud hadis: ketika AAllah rindu pada hambaNYA, Allah akan
mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat jibril yang isinya adalah
ujian.. :’)