Assalammualaikum
dan selamat petang ^,^
seharian
tidak tidur gara-gara nescafe. atas sebab apa aku perlu ambil nescafe lagi??
semua nya sebab quiz calculus II .Tak salahkan Calculus II pun. ye, salah diri sendiri sebab
banyak sangat main untuk sem ni. Dan sangat risau untuk menghadapi final .Grr
grr
Memandangkan
aku memang dah tak nak amalkan tidur petang-petang ni, jadi terpaksa cari
aktiviti lain yang dapat menghalang aku untuk lelap. pantang ada program, in
shaa allah akan ade lah aku dekat situ. Untuk hari ni, kalau ikutkan nak pergi
program yang dianjurkan oleh bahagian keusahawanan UUM, tapi balik je kelas
tadi, tengok-tengok dah habis. ape boleh buat, rezeki tak menyebelahi. Di
sebelah petang nya, aku dan kembar, telah pergi ke satu program Forum
Intelektual yang bertajuk 'Budaya Songsang & Epidemiknya Dalam Kalangan
Masyarakat". Program ini dianjurkan oleh DAMAI UUM,DPP BSN dan Law
Students' Society. Ahli Panelnya terdiri daripada Ustaz Mohd Izhar Ariff
(Pensyarah Fiqh UKM), Encik Muhammad Salleh Ahmad ( Pengarah Pusat Kauseling
UUM) dan Dr. Zainal Amin b. Ayub (Pensyarah Undang-undang UUM). Alhamdulillah,
banyak input yang diperlehi dari program ni. dan sangat kagum dengan
budak-budak law. cuba bayangkan, macam mana lah diorang boleh ingat semua akta
yang ada dekat Malaysia ni. fuhh berpeluh aku tengok diorang. Dan kini aku
faham, kenapa ramai masyarakat bangkit untuk melaksanakan hukum hudud. tahu
sebab apa? sebab, tiada tindakan undang-undang yang akan diambil jika seseorang
itu mahu melakukan hubungan seksual diantara lelaki dengan lelaki, perempuan
dengan perempuan dan seangkatannya. Hal ini semakin berleluasa dikalangan para
remaja yang ghairah dengan budaya inggeris yang dibawa dari luar. Oleh sebab
itu, kita perlu mempertahankan syariat islam. #INIKALILAH
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan
homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama
jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah
akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai
angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi
Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara:
160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).
Berikut ini cerita mengenai dihancurkannya umat Nabi Luth tersebut
dalam Alquran.”Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu
tinggalkan istri-istri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah
orang-orang yang melampaui batas.”(QS Asy-Syu’araa [26]: 165-166)
Ajakan Nabi Luth ini justru ditolak oleh umatnya. Bahkan, tatkala
Allah SWT mengutus dua orang malaikat dalam wujud manusia kepada Nabi Ibrahim
dan Luth (QS Adz-Dzaariyaat [51]: 32, Hud [11]: 62-81), mereka malah meminta
Luth untuk menyerahkan kedua tamunya itu untuk dinikahkan kepada mereka. Lalu,
Allah menghancurkan umat Luth ini akibat perbuatannya.
Dijelaskan umat Nabi Luth ini dihancurkan dengan cara
dijungkirbalikkan (yang atas ke bawah, dan bawah ke atas) lalu dihujani dengan
batu belerang yang terbakar secara bertubi-tubi. Selama ribuan tahun terkubur,
kini jejak atau sisa-sisa kehancuran umat Nabi Luth ini berhasil ditemukan oleh
para ahli arkeologi di sekitar Laut Mati.
pengarah pusat kunseling ialah MUHAMMAD SALLEH AHMAD FADZILLAH
ReplyDelete