Saturday, 12 October 2013

Fill your heart with IMAN


Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu. Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Ada rahsia di sebalik rahsia yang tidak kita ketahui. Berdoa dan bergantung haraplah kepada Allah kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan bilakah masa yang sesuai. 

sesi tazkirah bersama encik S

Friday, 11 October 2013

Ya Allah, make my best day the day I meet you


Antara lagu selimut putih dengan lagu menanti di alam barzakh, aku paling tak boleh nak dengar lagu menanti alam barzakh ni. seram sejuk je nak dengar. Tp as long as lagu ni dapat buat hati ni terdidik, apa salahnya cuba paksa diri untuk dengar kan. seram sejuk je dengar. ni semua gara-gara belakang blok aku ada tanah yang digali. mungkin untuk repair paip bawah tanah tu. but the way diorang gali tu it's like a grave. 

Are you ready to meet Allah? it sounds like a cliche question. Am I rigth? but where do we think our final destination would be? what happen after we die?everyone must be scared to death but not everyone will think about "how we will die". 

Ya Allah, let my death only reach me when You have forgiven my sins and You and Your beloved ones are pleased with me.Don't let me die unless you are satisfied with me :(



Ku Merintih, Aku Menangis,

Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Perjalanan Rohku, 
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, 
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh, 
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan, 
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah, 
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan 
Tetapi Ia Sebenar Kejadian 

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan 
Kini Aku Merasakan 
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan 

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Thursday, 10 October 2013

Don’t forget that while we dakwah to the society, have we dakwah to our own family?


It starts with yourself as an individual, then your family, followed by the community, and after which the nation.
if you think your life is full of sins, don’t think that there’s no way out for you..just ask Allah to grant you the hidayah to constantly guide you to the right path.. don’t give up for He hears every prayer.. He will love you no matter what.. just think of Him on both your good and bad days..
forget all about what she had said to you lia. you're just like her. A human. not an angel. kamu sedang diuji. 

Daisuki


"kenal dari facebook je dah boleh stay sampai dua tahun? gila ke?"
tersenyum lebar dengar ungkapan tu. 
tiba-tiba teringat kata-kata kak Amani. kisah dia dan tunang dia. okay, tak nak cerita.lalalalalala~~

Kalau awak lebih mengerti, hati ini berbelah-bahagi setiap kali mendapat pesanan itu,
Kalau untuk suka-suka, tolong tinggalkan saja,
Kalau tiada matlamat, jangan mulakan apa-apa,
Saya ada hati dan ada perasaan juga..

Monday, 7 October 2013

No one wants pain


Terima panggilan dari seorang insan yang berharga dan sangat aku kasihi. Allah, sedihnya.. rupanya ada kesedihan yang tersembunyi disebalik gelak tawanya. Aku tak mampu mengubah segalanya. Apa yang aku harap, moga dia terus diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan yang menimpanya dan dugaan yang bakal menimpanya. Kuatnya dia, hanya Allah yang tahu. Sedihnya dia, hanya Allah yang lebih mengetahui. Allah lebih memahami isi hatinya. Mungkin terselit seribu hikmah disebalik apa yang menimpa dirinya. Moga dugaan ini akan terus jadikan dia seorang insan yang sentiasa tabah dan kuat sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Ya,dia harus kuat !! Semoga sedih, kecewa, dan rasa sakit ini akan menjadi penawar buat dirinya satu hari nanti. Tak perlu takot pada mereka, kerna mereka bukan siapa2. Pasti dan yakin lah, janji Allah itu pasti akan berlaku. 

Berkata itu mudah. Nasihat orang itu mudah. Persoalannya, layak kah diri menasihati insan lain tatkala diri ini tak lari dari melakukan kesilapan. Kerna aku hanya manusia seperti mereka. Dijadikan sama taraf di sisi Allah. Sama juga seperti mereka. Aku adalah aku. dan tetap aku. Aku tak mampu jadi seperti mereka. Kerana aku tetap aku. Nasihatku, bukan bermakna aku adalah yang terbaik di antara kalian. Nasihatku, bukan juga menandakan aku tidak pernah melakukan salah silap. Mungkin juga kalian jauh lebih baik dari aku. 

Sesungguhnya aku menasihatimu bukan beerti aku yang terbaik di kalangan kamu. bukan juganpaling soleh di kalangan kamu. kerna aku juga pernah melakukan kesalahan. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka tidak ramai orang yang akan beri peringatan.   
                                                                                                                              -Imam Hassan al-Basri

Wednesday, 2 October 2013

giving Up !


Aku tak pernah rasa stress yang teramat sebelum ni. tapi hari ni,,, kemana pergi semangat aku??? menangis dihadapan manusia, apa yang kita akan dapat? Malu? Makin sedih? Tapi bila kita menangis kepada Allah, kekuatan yang kita dapat. Semangat ku bagai di topup kembali. Bila kita ditimpa ujian, apa yang sering kita buat? Mengeluh? Maki hamun? Putus harapan nak hidup? Hmmm muhasabah diri sendiri. Aku patut bersyukur bila diberi dugaan. Dugaan ku hanya sehalus pepasir di pantai jika nak dibandingkan dengan insan-insan yang dipilih Allah di Mesir, Palestin, Syria. Tepuk dada, tanya iman. Gunalah talian hayat dengan ALLAH. Allah sentiasa menerima kita apa adanya.



Nak balik. :’(

Friday, 20 September 2013

Malam Penghayatan Kemanusiaan


selesai sudah program Malam Penghayatan Kemanusiaan (MPK). tak expect majlis boleh berjalan dengan sempurna sebab even event dah nak mula, tapi masih ada lagi benda yang tak settle. surat2 masih lagi tergantung, peralatan, pentas masih lagi tak dapat. sebagai Pengarah Projek, aku lah satu-satunya orang yang paling gundah gulana. resah tak terkata sampai kad matrik aku lesap entah ke mana. masuk kelas pun hati tak tenteram dan akhirnya aku terpaksa skip kelas Linear Algebra untuk mengadap timbalan Naib Canselor. Dasyat.... walaupun lega lepas jumpa Timbalan Naib Canselor, tapi hati tak tenteram sebab ponteng kelas. Rupanya ada hikmah. petang tu, aku diberitahu yang kelas linear lecterr tak dapat datang. :D



Pengalaman terindah. Mungkin? Untuk pertama kalinya aku diberi tugas untuk menggalas tugas sebagai Pengarah Projek. Pada mulanya, aku tak rasa aku boleh terima. Penat aku buat muka kesian sampai termenangis bila berhadapan dengan orang yang mencalonkan aku tu (siapalah tu kan kan). Nak tak nak terpaksa terima. Paling tak tenteram bila kena cari AJK untuk MPK. Innallaha Maassobirin. Janji Allah itu pasti. J Alhamdulillah, satu persatu urusan ku dipermudahkan. Terima kasih kepada AJK2 ku yang sudi menerima tugas dari ku walaupun ada yang pertama kali memegang tugas tersebut.

Tak ku nafikan setiap sesuatu tu pasti ada dugaannya. Ya, aku diuji dan terus diuji sehingga pada satu masa tu dah hampir nak putus asa. Tapi bila terkenangkan AJK yang dah bersungguh laksanakan tugas, terus terbatal niat nak putus asa. Beruntungnya aku kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa bagi sokongan dan semangat. && terima kasih juga terutamanya kepada bonda yang mendoakan anakanda disini. Sepanjang dua minggu sebelum Program bermula, aku tak faham kenapa kepala aku kerap sakit dan aku kerap demam teruk. Dalam keadaan tak larat, masih lagi mampu untuk berfikir dengan waras “sakit, kesedihan, kecewa, kesusahan, itu ujian dari ALLAH” . Bila dah sakit, bilik pun kena tutup lampu awal la. Kesian roomate saya tu haa. Kesian dia kena tidur awal jugak,kesian dia kena pasang lampu study je. Hoho. Macam yang aku selalu cakap, aku beruntung sebab orang sekeliling aku sentiasa faham aku. Masalahnya, aku ni kadang-kadang yang tak boleh nak faham.

jutaan terima kasih kepada AJK2 ku. seramai 46 orang AJK telah berjaya menjayakan Program ini dengan jayanya. Walaupun surat kelulusan dari Tnc baru diluluskan pada petang hari kejadian. dan pada petang hari kejadian itu jugalah aku dipanggil oleh Unit Keselamatan UUM. kalau dekat luar, Unit keselamatan ni lebih kurang polis gitu. Siapa tak berdebar kan tiba-tiba dapat call dari UK ni. hmmmm hmmm. Aku dijemput untuk ke sana. siap naik kereta lagi. masa dalam perjalanan tu, haihhh macam-macam yang aku fikir. 

Sangkaan ku meleset. Fuh, kena mengadap pengarah UK wooo. aku dilayan baik. masuk bilik pengarah pun siap ada bodyguard. nak duduk pun ada orang yang tolong tarikkan kerusi aku. masa nak mula cakap dengan pengarah tu, aku sedikit gugup. tapi masih dapat dikawal. 5 minit kemudian,,,,,,,,,,, kami dah boleh bergelak ketawa dalam bilik tu. Sampai satu tahap tu, Tuan pengarah tu cakap aku ni banyak cakap sampai rasa lapar bila gelak banyak. hewhew.. bagi sesiapa yang menyangka UK ni bla bla bla or apa-apa sahaja yang negatif tu, sila buang jauh-jauh ye. 

Alhamdulillah tak ada satu pun masalah dengan pihak Uk. diorang cuma nak kan keterangan. bukan nya seperti apa yang korang sangka kan. 

**kepada sesiapa yang kena tengking dengan aku tu, I'm SoOrryyy. bila tengah tertekan, emosi tak dapat dikawal. maaf kepada roomate yang kena tengking teruk huhu

**Thanks to my dear roomate yang risau sangat masa aku sakit. Untung dapat roomate prihatin macam ni.

**Terima kasih to my mummy yg kerap call untuk tahu perjalanan program ku. dah terlalu banyak dia tolong. sampai jahitkan bendera palestin dan syria tengah-tengah malam.

**Alhamdulillah, berakhir sudah MPK....harap persahabatan antara AJK yang terjalin akan terus berterusan yee



Terima kasih kepada tetamu jemputan iaitu Salima Habibi dari duta aman palestin, Encik Wahab dari Aqsa Syariff Kedah, Pengerusi-Pengerusi SAHAM, PERKIM, DAMAI, Pengetua, dan barisan felo. ;)
setiap kali aku update blog, mesti dia akan tanya. "bila nak masuk cerita pasal saya???" haha