Sunday, 28 July 2013


Semuanya kerana KAU

Berdebar hati ni. Resah tak terkata. Macam-macam cara dah aku buat untuk pujuk hati ni. “sabar lia, sabar.. jangan stress. Semuanya akan okay. Apa pun keputusan, kau kena terima. Redha okay?” ..ahhh lia, kenapa dengan kau ni. kenapa2???? Tak senang duduk aku dibuatnya.Semuanya hanya kerana kau, wahai result !

Krikkkrikkkrikkkrikkkrikkkkk…….. (dua jam kemudian)

“People plans their course but ALLAH guides their footsteps.”

Alhamdulillah..ALLAH dah janji, siapa yang berusaha, dia akan dapat ganjaran yang sepatutnya dia dapat. Pointer aku masih lagi sama macam sem lepas. Cuma bezanya, kali ni kurang 0.02. pada mulanya tak lah sedih mana pun. Tapi bila dapat tahu ada kawan aku yang lagi tinggi, tiba-tiba rasa hati ni macam tak selesa je. Adakah ini yang dikatakan jeles?Ke dengki??Haha, cubasedayaupayapujukhatini..

<berdialog bersama diri sendiri>

Cuba kau fikir,,adakah usaha kau selamani layak untuk kau dapat 3.78 yang macam kawan kau dapat tu??

TAK!

Aku tanya ni, kau layak ke dapat,,

Ye, aku tahu aku tak layak..

Okay, kalau macam tu kau tak payah nak sedihs gt k. syukur dengan apa yang ALLAH dah beri. Jangan dengkidengan apa yang ALLAH beripada dia. Apa yang dia dapat tu, semua kehendak ALLAH. Kalau bukandengankehendak ALLAH, dia pandai macam mana pun, tetap ta kan dapat pointer first class macam tu.

Hmmmmhmmmmm

 Next sem aku kena usaha untuk kejar first class pointer pulakni. haha. Haihhh duniawi je semua ni..


Monday, 15 July 2013

Biar rebah, jangan berubah !!


Sedih, sayu, pilu bila terlihat orang berbuka puasa dengan sekeping roti. Orang yang pakaiannya compang camping. Hidup dalam serba kekurangan. Banyak bezanya jika nak dibandingkan dengan diriku sendiri. Teringat satu kisah dari pengalaman hidupku sendiri…

Seorang  hamba Allah yang dulunya sangat dikenali masyarakat setempat. Hidupnya mewah, punya segala-galanya. Bajunya, kasutnya, semuanya beratus ringgit, malah ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit. Duit dibelanjakan sana sini sehinggakan dia lupa akan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga, sebagai khalifah dibumi Allah. Kini, segala-galanya berubah.. ALLAH, agungnya kasih dan cintamu pada hamba-hambaMU :’( ..segala-galanya berubah. “kaya sebelum miskin” ungkapan itu seringkali buat aku teringat pada dirinya. Dengan keizinan dari ALLAH, dia berubah. Hari-hari dia sepanjang ramadhan penuh dengan aktiviti di surau berdekatan rumah. Itu lah Hidayah ALLAH. Anugerah ALLAH yang tak ternilai. Anugerah ALLAH yang sentiasa didambakan oleh semua orang. Harapan dan doaku hanya satu. Semoga dia tabah dengan dugaan yang mendatang. Semoga usahanya untuk mendekatkan diri kepadaMu akan terus subur. Jangan KAU palingkan hatinya setelah kau beri nikmat. :’)

Sekiranya kamu melihat Allah ta’ala memberikan kelebihan pada seseorang, maka jangan engkau dengki padanya, kerana itu adalah pilihan Allah terhadap dirinya. Tanda kamu dengki padanya apabila kamu mencari-cari kelemahan yang ada padanya walaupun banyak kebaikan yang ada padanya. Ketahuilah sifat dengki ini menunjukkan hatimu itu masih lagi kotor dan pahalamu akan menjadi hilang dan ia umpama racun yang berada di dalam tubuhmu yang akhirnya akan menyebabkan kamu menjadi binasa. Bersihkan hatimu dengan melihat orang yang lebih kurang bernasib baik daripadamu agar kamu menjadi orang yang bersyukur.

Bersabar lah wahai insan. Allah ada jawapan disebalik seribu tanda tanya kamu “mengapa doaku masih belum dikabulkan?”. Sabar lah wahai hati. Allah sedang merancang apa yang lebih baik buat dirimu. Aku bukan siapa-siapa. Tapi satu yang ingin aku ingatkan, Allah merahsiakan masa depanmu untuk menguji supaya dirimu berprasangka baik, berusaha, bersyukur dan bersabar. Janglah dirimu berdukacita, sesungguhnya ALLAH ade bersama kita

Dalam hadith qudsi Allah berfirman : “pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)


Maksud hadis: ketika AAllah rindu pada hambaNYA, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat jibril yang isinya adalah ujian.. :’)

Friday, 12 July 2013

mayat Firaun tak reput??

alhamdulillah, hari ni, masuk hari ketiga berpuasa. Hari ni, adik aku yang dua orang tu, balik je sekolah, terus bukak laptop aku. nak tengok video-video katanya. setiap video yang diorang tengok, ada sahaja soalan yang diajukan. Macam biasalah aku lah mangsa yang kena jawab soalan-soalan diorang tu. kadang-kadang soalan dia tu buat aku rasa betapa malu nya diri ni bil;a tak dapat nak jawab soalan tu. kesimpulannya, memang kena bersedia dengan soalan-soalan diorang. soalan terakhir yang diorang tanya tadi, menarik minat aku dan mak. "kenapa mayat Firaun tak reput?".

Ooo terkedu seketika. abang ni memang, dia memang suka bertanya. kadang-kadang dia tanya sampai aku sendiri rasa malu sebab tak tahu nak jawab apa. 

Ayat dalam al-Quran yang tertulis:

"...Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar)..." (Yunus: 90-92)

Al-Quran telah merakamkan bagaimana Firaun apabila hampir tenggelam telah mengaku beriman kepada Allah tetapi taubatnya tidak diterima melalui ayat 90-92 surah Yunus yang mana maksud Allah berfirman : Dan Kami memungkinkan bani Israel menyeberangi laut laulu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya kerana mereka mahu menganiayai dan menindas sehingga apabila Firaun hampir lemas berkatalah dia :” Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh bani Israel dan aku termasuk oarang-orang yang berserah diri kepada Allah. Adakah sekarang engkau baru percaya sedangkan sebelum ini engkau telah mendustaiNya dan engaku termasuk dalam golongan mereka yang melakukan kerosakan. Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu agar dapat menjadi pengajaran kepada umat selepasmu dan sesungguhnya kebanyakan manusia alpa dengan tanda kekuasan Kami. Ayat ini juga menerangkan bagaimana tubuh Firaun tidak hancur ditelan ombak atau dimakan oleh ikan tetapi sebaliknya jasadnya telah dibawa oleh ombak ke tepian pantai untuk disaksikan oleh kaumnya bagaimana Firaun yang sebelum ini mengaku tuhan telah mati lemas dan telah dibinasakan dengan cara yang hina. Jasad ini dipercayai masih wujud bersama-sama mumia yang lain di muzium Mesir melalui kajian beberapa orang pakar dari barat. Ini menunjukkan kepada kita  mukjizat Al-Quran dan menafikan ia adalah tulisan nabi S.A.W. Selain itu Al-Quran turut merakamkan tentang umat dan rasul serta nabi sebelum baginda S.A.W untuk menjadi renungan bukannya sekadar dibaca sahaja. Jika kita perhati dan baca dengan penuh pemerhatian maka kita dapati cerita di dalam al-Quran ada yang hanya terdapat dalam satu surah dan ada yang terdapat dalam beberapa surah yang lain. Allah juga menceritakan perkara ini secara rambangnya jika kita teliti, cerita ini putus-putus dan tidak secara penuh sebaliknya Allah menceritakannya pada sesuatu keadaan yang penting dan boleh diambil pengajaran sahaja. Ini membezakan al-Quran dengan buku sejarah atau buku cerita yang lain.

Maksudnya: Allah membiarkan mayat Firaun tidak reput sehingga hari ini. Tujuan mayat tidak reput kerana mayat ini untuk dijadikan pengajaran kepada manusia hari ini.

Thursday, 4 July 2013

Doa of the day

Allah, Allah, Allah,

Allah seolah-olah memahami isi hati ini, walaupun diri sendiri pun tak dapat nak faham hati sendiri. ehh?? Beberapa hari yang lepas baru je menolak ajakan saly serta mak nye ke tilawah Al-Quran peringkat Antrabangsa dekat PWTC tu. tak sampai hati sebenarnya. dilemma. Tapi hari ni, segala-galanya berubah. Tiba-tiba bonda call cakap tak dapat nak ambil aku hari jumaat besok.Sebab adik aku tu ada event apa entah dekat bukit sentosa. see ... ALLAH has a bigger plan for me. My plan was changed and I am going to that event. Syukran. Alhamdulillah, I have some relief. Sometimes things happen and you can't explain why it has happened. Please understand, your life is like a puzzle. You might not see all the pieces but trust in ALLAH because HE knows a better plan for your life.


We often plan, and plan, and then plan some more, but we forget that there is a greater planner, Allah subhanahu wa ta’ala. We may think we need or want something, but who knows our needs and wants better than our Creator?


Besok, ada special date Bandar Tun Razak. Oh BTR, you can't imagine how much I MISS YOU. Banyak sangat kenangan yang tersimpan disebalik "Bandar Tun Razak" ni. pahit manis kelat masam masin semua dah kulalui dengan mereka ni. who they are? there's so much to describe about them.



dua orang takde. khairi dan kamal 
susah betul nak bergambar dengan budak hot ni =,=' kawan sekolah  dan seterusnya di metriks. hewhew. ni pun dapat tangkap gambar dengan dia sebab dia ada tournament dekat UUM. thanks bro ;)




besok nak stay rumah saly satu malam. tiba-tiba teringat Najwa pernah cakap ada keringanan bagi sesuatu urusan untuk kita tak payah pakai stokin. Antaranya,
  • Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kpd suami) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki ( pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki
  • Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah persekitaran dan perkejaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atas nya untuk tidak menutup kaki
  • Wanita yang sangat tua
  • Darurat
Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?
Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:
  • Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
  • Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
  • Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.
SELAMAT DATANG RAMADHAN

Ramadhan is just  around the corner. so lets recite this doa, may ALLAH make this ramadhan better than our previous. ;) pssst doa ni copy paste je.heh

اللهُمَّ سَلِّمنِي لِرَمَضَانَ وَسَلِّم رَمَضَانَ لِي وَسَلِّمهُ لِي مُتَقَبَّلاً

“Oh Allah! Safeguard me for the Month of Ramadhan (by making me see the Month of Ramadhan healthy and fit so that I can take maximum benefit from it), and safeguard the Month of Ramadhan for me (by making tha conditions in it such that I can take maximum benefit from it) and accept it from me.”
(Kanz-ul-Ummal, Vol. 8, Pg. 548, Hadith 24277)
Ramadhan is like a gift card. Use it to redeem rewards in the life hereafter.



tak sabar nak tunggu besok, tak sabar nak jumpa korang besok. tak sabar nak jumpe famili lusa, terutamanya bonda lah.


Selamat Hari Lahir :* xoxoxo. tunggu anakanda balik yee. ;)

dah hampir dua minggu. tapi bengkak tak surut. makin kritikal ada lah. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. :'( doakan diri ni terhindar dari sesuatu yang tak diingini. Allahu. 

**I'm sorry for the butterfly and you, I'm sorry

Monday, 1 July 2013

UKM here we go

Bismillahirrahmanirrahim



Hai ! I am at UKM right now. why? ahha please don't ask me that Q. Of course there's has a reason why I must be here for two weeks. Anyway, UKM is not a new thing for me. Babi hutan, Beruk? okay ! don't judge a Beruk by it's jelingan okay *tu ayat orang yang dah lama duduk dengan beruk2. hewhew.  I already know about the intricacies of UKM since my sister in that first semester. erk? gaya cakap macam dah pro tentang UKM je kan. tak pro pun la. lol.

sejak mula cuti sampailah sekarang, bukak je FB, bila scroll timeline, aduhh stress. Ramai betul senior aku yang dah kahwin muda. Tahniah korang. aku jeles okay. Bilalah jejaka idaman nak masuk minang ni. Bila bercakap tentang kahwin ni, ada yang nak kahwin muda, ada juga yang berpendapat, "ehh apa barang kau nak kahwen muda" :3 okay, abaikan. Apa yang aku tahu,ada 3 perkara yang kita perlu segerakan. Antara perkara yang perlu disegerakan tu, Solat, Mengkebumikan jenazah dan Kahwin.
Para ulama sepakat menyatakan hukumnya adalah HARAM bagi seseorang yang melewatkan solatnya sehingga habis waktu, tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara' seperti seseorang yang berniat untuk melakukan jama' takhir ketika bermusafir atau terlalu letih atau tertidur dan sebagainya. Namun begitu bagi mereka yang mahu melewatkan solat atas alasan seperti yang dinyatakan tadi, janganlah sampai melakukannya di dalam waktu yang diharamkan seperti menunaikan solat Asar sewaktu matahari sudah kuning-kuningan.

In Islam,it is either single or married and there is no such things as IN BETWEEN. If you truly love her/him, marry them and no just play games with them. 

Beautiful people are not always good. but good people are always beautiful. So am I good enough for you? no, no I don't think so. the reason why I still can not get married is I am still not good for a person called a husband. arghh merapu laa aku ni.


**Increase from asking forgiveness ;) 
** dear you, dah habis ke belum baca buku yang orang pos haritu?? :3 kite ni menunggu orang tu huraikan balik isi  buku tu. hewhew

Sunday, 23 June 2013

Summer Camp


Assalammualaikum


Alhamdulillah selesai sudah program Kem Kecemerlangan Pelajar UPSR yang telah dipengerusikan oleh rakan aku sendiri iaitu Nurul Ain Binti Abdul Rahman. aku sebagai fasilitator dan juga merangkap biro Protokol dalam program ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan pengarah serta barisan AJK pelaksana program yang telah bertungkus lumus menjayakan program yang bagi aku cukup indah dan bermakna dalam hidup aku. sebelum program bermula, kami telah mengadakan meeting sehingga lewat malam dan aku sangat kagum dengan kesungguhan para AJK pelaksana kerana sanggup mengorbankan masa walaupun exam masih belum selesai. Lain lah kalau aku yang dah pun habis exam. Itupun habis je, terus kena bergerak buat itu ini. Langsung tak sempat nak rehat.


20 Jun, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Seronok menyambut kedatangan para jemputan di Pusat Islam. Pengarah Pusat Islam dan Ustaz Yus cakap, program kami dapat sambutan yang menggalakkan. dewan penuh dengan ibu bapa para pelajar. Bila tengok budak-budak darjah 6  ni, automatik teringat dekat abang (**adik akuuuu)..abang pun darjah 6 juga. dia pun bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. haihhhh rindu melanda. rasa nak menangis je masa sambut tetamu. ada yang perangai sebijik macam abang. sobs :') .Masa ni, diri tak berapa sihat dan kepala rasa saaaaaaaaaaaaaaangaaaat sakit. yelah kan, dah lah baru lepas memerah otak untuk exam, tup tup kena handle jadi biro protokol yang sangat asing bagi diriku.

Fani,asma,wa (ASFAWA) #Biro Protokol #Fasilitator #Sime Darby #Pusat Islam 
selamat datang adik-adik ;)
sangat seronok bila dapat kendalikan budak-budak ni.kalau boleh nak je ulang balik masa yang dah berlalu. teringat masa tolong diorang bawa barang, suka betul diorang masa tu. hari pertama je, budak-budak lelaki dari SKDWK, mintak numbo aku dengan wa,. haha gatai beno budak ni. nak ngorat pun tunggu habis program lah ye dik. hah rindu lah irwan dan kawan-kawan dia. sobs :') Oh ya, jumlah mereka kesemuanya adalah seramai114 orang dan mereka terdiri daripada 5 buah sekolah. Antara sekolah yang terlibat ialah Sek. Keb. Dato' Wan Kemara, Sek. Keb. Bukit Tangga, Sek Keb Bukit Kayu Hitam, Sek Keb Sintok, Sek Keb Batu lapa. Mereka adalah antara pelajar-pelajar cemerlang. Ada sesetengah pelajar yang sangat matang pemikirannya. seronok melayan kerenah mereka sampaikan lupa semua kesakitan. Kagum dengan sikap mereka yang tak lepas dari menyebut "terima kasih abang, terima kasih akak". Bayangkan, masa aku tegur "dik, cepat sikit...kena tinggal nanti." "eeeee dik, ape main2 ni," "dik, berat tak barang?meh akak tolong bawa kan" "dik, lapar ye, kejap lagi kita makan ye" haaaaaaaaa tahu tak apa antara jawapan-jawapan yang aku dapat?? semuanya " baik kak" "saya mintak maaf kak" terima kasih kak" dan mereka tak pernah sekali pun bermasam muka walaupun kena marah. terima kasih adik-adikku sayang. :')


ouch ! that' my group. dah kenapa aku pulak macam aku yang tolong buatkan tu?? hee
cuba teka dimana saya. HA-HA


kali pertama berkenalan dengan kumpulan aku, iaitu kumpulan 1 (Clever's). mereka tersebut adalah Megat, Nabil, Emir, Husna, Aina, nazirah, Nadirah, heefa. setiap orang, ada perangai masing-masing. Tapi alhamdulillah aku selesa dengan diorang. sangat sempoii dan erghhh susah juga untuk mengawal mereka. tapi, banyak kelebihan yang aku nampak pada mereka. terima kasih dik, sayang korang. rindu okay. Untuk pengetahuan semua, LDK dilakukan sepenuhnya dalam bahasa inggeris. Apa yang aku nampak, penguasaan mereka dalam bahasa inggeris sangat Mantop. hihi. teringat pulak masa mereka kena bentuk logo dan moto kumpulan. kelakar lah diorang ni, megat yang ketua kumpulan tu pun boleh merajuk bila aku suruh dia present. si nabil pulak makin lama makin mengundur kebelakang sebab risau kalau-kalau aku suruh dia kedepan. heefa dengan Nadirah paling matang dalam kumpulan tu. kelakar lah korang ni. comel sangat tengok gelagat korang. **kesian nadirah terpaksa bergerak menggunakan tongkat. dia bar je terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama ayahnya. semoga cepat sembuh ye dik, toksah nak agresif sangat ye. tersenyum kambing aku bila teringat aku pulak yang merajuk bila diorang masing-masing tak nak kedepan untuk present. aku dah sampai nak bangun n tinggalkan diorang masa tu, terus diorang tarik aku dan mengalah. akhirnya nazira yang bentang. kesian dia. terima kasih semua. akak seronok sangat dengan korang :)
terbaik lah penceramah dari Maahad Tahfiz ni. solute sama dia.


seronok betul budak-budak tu bila dapat masuk library
masuk je, semua terus search result exam dekat internet. baru aku tahu diorang sekarang nak check result kena on9
=)
turun tangga elok2 ye adik-adik
ceramah untuk hari kedua paling terbaik. Penceramah  yang bagi ceramah tu memang bagus dan meninggalkan kesan yang mendalam sangat dekat budak-budak tu. termasuk si kakak dan abang fesi yang ada dekat situ. standard lah kalau pergi kem2 budak sekolah, memang ada je ceramah tentang "cuba bayangkan kalau ibu ayah kita dah takde?" haaa meraung terus bebudak tu. tapi ceramah kali ni sangat menarik, memang ada ceramah tentang a'kalau ibu bapa dah takdek sume" tapi yang uniknya, masa permulaan, penceramah selitkan topik sayang kepada rasulullah. Ramai juga yang sentap masa ni. termasuk lah aku. hihi. berdasarkan apa yang aku tengok budak-budak dalam kumpulan aku ni, ada yang lebih kepada sukan. ada juga yang bila masa sukan, dia mesti sebut alaaaaaaaaaaaaaaa. tapi bila time LDK yang melibatkan IQ dia cakap YESS !!! YEAY ! haa Nabil lah orang nye tu.


P/S : Penceramah pada hari kedua tu merupakan timbalan kepada Maahad Tahfiz Al-Barakah (MANKAB) di Tikam Batu. Maahad tahfiz yang telah terbakar dan telah mengorbankan insan mulia , adik Aiman Nur Hakim Yahya, 13. mendengar pengalaman dan cerita mengenai tragedi itu dari penceramah ni, membuatkan ramai yang menangis. sedihnye... ALLAH sangat menyanyagi dirimu. ALLAHUAKBAR. ALLAH telah tunjukkan kekuasaanNYA. In Shaa ALLAH, syurga jaminan bagi orang-orang yang beriman. :')

Wednesday, 19 June 2013

Mentally and Physically Exhausted

Assalammualaikum...

Habis exam, semua nak jerit dekat aku "MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA !!!! " ahha,, habis paper, maksudnya dah merdeka ye ?? bagi aku, selagi belum keluar result, selagi tu aku tak rasa pun yang aku dah merdeka. aku dah usaha, Let ALLAh do the rest. Tawakal is having full faith of ALLAh that HE will take care of you even when things look impossible. Rezeki ada di mana-mana, datang tanpa diduga, tepat pada masanya. yang pasti masanya akan  tiba. apa yang penting, doa dan tawakkal ;) Baru habis exam, ingatkan dapat relaks ke? hahaha. aku hampir terlupa yang aku terlibat untuk program edu Summer Camp. Jadi, selaku Biro Protokol terpaksa bertungkus lumus bersama najwa dan fani menyiapkan teks ucapan. Rasa macam budak-budak darjah enam je sebab dah lama betul rasanya tak buat karangan. Asyik kena reject je. menyedihkan betul.wuuuu

Baru balik meeting untuk program Summer Camp besok. first time aku attend meeting sampai pukul 2 pagi. rasa dia memang, phewww penat penat penat penaaaaaaaaaattttt. Hahaha. Sometimes you just can't tell anybody how you feel. "I have such a tough time explaining how I feel." :3 Perhaps I don't even know what "a goodnite sleep" is. I really need an enough sleep. ZzzZzz

Laici ohhhh laici

sebelum tu, ada sesuatu yang menganggu fikiran aku. tak melibatkan sesiapa pun. Tapi terbaca satu Quotes dari siapa entah yang berbunyi lebih kurang beginilah ye "Benci lah diri ini sebanyak mana yang mungkin, tapi jangan pernah benci dengan apa yang diri ini pernah sampaikan kerana kelak, apa yang disapaikan itu akan menjadi panduan buat hidup kalian atau mungkin juga satu hari nanti, kalian akan mula terfikir akan betulnya apa yang diri ini telah sampaikan." hmmm sangat mendalam apa yang diperkatakan tu. Auto terukir senyuman. lalu diri bertanya, senyuman apakah ini????? ahha.. senyuman kebahagian disebalik kata-kata tersebut. ;)

dah mengantuk sangat dah dengar kak Presiden JKPS bagi tugasan untuk kitorang. Bila yang lain tengah riuh berbincang, kitorang pe lagi,, mohh ler kite bergambo dulu ye

#Fasilitator #BiroPrtokol @Najwa @Ina #Usaf

Dear you,
I don't hate you, I'm just disappointed you turned into everything you said you'd never be. thank you for always being a good listener, always making fun of me. you such a good partner I never had before. Lastly, thanks for your support and understanding

Doakau untuk Hari ini,
#Ya ALLAH, jauhkan lah diriku dari kelekaan serta kealpaan dari menyebut dan mengingati MU. :') Perbetulkan niatku agar aku ikhlas selalu..Tetapkan hati ini agar tidak tergugat iman di hati disaat ujian menyapa.

**awal dia tidur hari ni. haiihhhhh penaaaaat. perlu rehat yang secukupnya sebelum majlis bermula petang esok . ^,^