Saturday, 10 September 2011

geng 68

 Assalammualaikum..

hari tu, aku ada ergi reunion mak aku dengan kawan kawan kelas dia. hebaat tak? hebaat kan? tak sangka diorang bole plan nak jumpa balikk.
ehh ehh hakim kau buat apa tu haa

ni tengok ada aku ni..asyik nak main kucing. tak sedar diri betul. dah lah ada resdung!

agaknya apa lah yang mak aku tengah tulis tu kan...


mak dan kawan kawannya

mak dengan kawan lagi

ohooo. tengok, abang botak tu yang pandang camera.

kecoh betul!

sebelum makan, kenalah tangkap gambar duluu

sukaneka. tapi tok bebudak je okay!

wahhh.haa, tengok tu, aku dah macam kakak,kakak aku dah macam adik.


ni kawan kawan laki masa zaman sekolah dulu

tu diaaaaa.

yang baju oren dengan yang baju kurung tu adik aku. cehh ada hati nak lari dengan baju kurung.

tengok tu.. aku memang suka menyelit masa orang lain nak amek gambar.



kat tangga pun jadi lahh

amacam. ramai tak? nanti aku pun nak buat reunion lah dengan kawan kawan aku bila dah besar nanti. kita tengok sapa yang kahwin dulu.

kat sini lah reunion tu dijalankan.
jom dengar jommm!!



 
perghhh..sodaaapp betul suara budakk ni. auto nak nangis bila dengar.


nak dengar lagi takkk??
jomm!


ni pun sama. buat aku terentuh weyy.. 

Tuesday, 6 September 2011

Failure is our MASTER

assalammualaikum!



malam tadi, aku tak boleh tidur bila teringatkan result UPS bakal keluar besok. 6 september 2011. jam 10.00 a.m ( hari ni laa tu!!) haiyaa! Cuak tahap maximum dahh ni.!!



“hoiii!  Kau nak pergi mana tu haa!! sekaran ni kau ada kelas math lahh!”. (kawan aku ni,main jerit jerit pulak. Dushhh!)


tepat jam 10.00 a.m


hee..
“hishh ekau ni. Den nak pi tengok keputusan lah!”. (excited lebih pulak aku ni.)
aku dengan syitah berjalan laju pergi tengok result dekat OSC. Gilaa ramai! Padat meyh. Aku redah je lerr. Masa tu ada yang menangis, ada yang gembira. Konklusinya, macam macam riak muka aku boleh tengok dekat OSC.

^^^^^^^


ya ALLAH, ALHAMDULILLAH. Syukur ke hadrat ilahi di atas nikmat yang telah dkurniakan kepadaku. (huk3 ada sesiapa tak yang nak kasi aku pinjam bahu dia tak? Nak nangis ni. Terharu!) bahagia nya aku rasa. Terima kasih ya tuhan. Love you. ^_^


memang tak dapat dinafikan lagi yang aku sedikit kecewa dengan bussiness & economy. Tapi tak apa aku percaya semuanya berlaku ada hikmahnya. =))) kekecewaan inilah yang akan menaikkan lagi semangat aku untuk terus maju ke hadapan!!! yeahhh! Go lia! Hey! Tak sia sia usaha aku sampai sanggup bersengkang mata tak tidur. Keajaiban telah berlaku ni.
Lalalala


kepada sahabat yang dikasihi terutamanya atikah dan amalina, jangan cepat putus asa okay! Anggaplah kegagalan yang korang dapat tu sebagai satu titik permulaan untuk korang belajar bersungguh sungguh. Aku yakin, kawan kawan aku semua boleh buat yang terbaik! Percayalah cakap aku ni okay. =)). ada hikmah disetiap apa yang berlaku tu. Chill lah. Haaa ama! Lepas ni jangan nak mengada ngada lagi nak ponteng ponteng kuliah fizik, biologi,kimia.(nada garang nih! Grrr!) kalau asyik nak ponteg je, macam mana nak dapat keberkatan daripada lecturer tu. Respect your lecturer first okeyh! Atikah, dah dah...jangan sedih sedih lagi. Tak payah nak dok terkenang kenang lagi benda yang dah berlalu. Haiyaaa,, aku cukup sensitif betul lah bila tengok kawan aku sedih. Haishhh, lepas ni kita belajar sama okay? Dah, lap air mata tu ehh.


Tahniah kepada warga pelajar KMNS yang telah berjaya! Dan kepada yang tidak berjaya tu, teruskan usaha okay. Good luck for PSPM yeahh..

hey kawan! Aku tak kesah lah kalau nak jadikan aku ni sebagai tempat untuk korang bercerita masalah. Aku sudi jadi pendengar yang setia untuk korang. Kawan, mesti selalu kena tolong kawan. Barulah kawan namanya.

tabah lah wahai sahabatku...

wahaha.sempat pose tu sementara tunggu roomate balik nak pi angkut barang sama sama.
minggu ni, rasa macam kena dera lahh pulak. Penat aku kena turun naik angkut barang barang aku yang menggunung pindah ke C5. Pheww dari C2 ke C5 tuh.. terus terbakar lemak lemak aku. Mesti korang jeles kan! Tak payah nak jeles sangatlah okey! Tapi yang seronok nya, aku dapat tempat asal masa mula mula dulu tu. Weyh, tenang tau duduk sini. Tapii.......errr “SERAM”! Tiba tiba teringat lah pulak masa dulu aku pernah tuuutttttt dengan teetttttt. Ahahhh. Okay lets change the topics. 

okay sebelum pindahh, kena snap snap luu. firstly, congrats lia!hehe

tengok tuu. tu tandanya aku sayang exclassmate aku. mak jugak!

okay sebelum mula belajar, amalkan ler doa ni dulu.. cantik tak aku tulis? takpa, aku tau cantikk

okay ni antara koleksi aku. tunjuk satu je cukup la kan. tak kan nak tunjuk banyak banyak kott. 

yeahh hot buletin, hot news

let never be never!

ingat tuh!!!

peace..=))

kau memang sangat lah pemalas.
- TAMMAT-


Teringin lah pulak aku nak bukak cerita pasal sorang mamat ni. Siapa lagi kalau bukan kawan baik aku tu. Alah, baik sangat ke dia tu. Yela yelaaa baik ler.. ermm segan lah nak sebut nama dia. Dia, Mr Big boss lah. Kang kalau aku bagitahu nama sebenar kang, korang pulak heboh hebohh. Minggu ni, asyik dia je yang terjerit jerit panggil aku bila dia nampak aku je lerr.. lepas tu siap ajak aku duduk dengan dia && borak dengan dia. Masa kitorang duduk berdepan, fuyoofuyoooo.. ada mata liar yang memerhatikan kitorang. Ada budak laki lain jeles! Aku sangat kenal dengan budak tu. Alaa.. tapi ada je, budak perempuan yang pandang aku macam tak puas hati. Maklum lahh, aku duduk borak dengan hero malaya lahh katakan. Jeless ke kakk? Haha. Alaa masa farah cakap Mr Big Boss ni couple dengan D, huhhhh! Gentle lah tak tahu kenapa aku macam tak ada mood. Tapi,,hehe bila aku soal selidik si BB ni, dia siap bersumpah2 dia tak de pape pun dengan D. okay, terus aku rasa macam nak senyum balik! Adeshhh jangan pikir lain boleh tak? Aku kawan je dengan dia, kan BB? Tapi BB cakap kawan dia minat aku..HAHA. Aku kenal budak tu. Bila terserempak dengan aku, tersengih sengih! Kurang asam betul kau ni Mr BB. Siap kauuuu!
Hahhh! Aku jumpe Khairil Basyar. Sahabat lamaku. Bukan main lagi dia sejak dilantik jadi pengerusi PRD busy je memanjang. Terserempak. Kebetulan. Lepas tu ambilmasa sekejap. Borak borak kosong lerr. Tapi yang aku tak puas hati, ada budak budak tu yang pandang lain macam dengan aku. Haiyooo.. aku malas nak cakap apa lahh n. tapi kalau mata tu cantik tak pe lah nak pandang macam tu. Okay aku paham maksud kau. Kau jeles kan?? chiill lahh.

that's all for me.=)))

bubye kawan kawann.

room sweet room. good bye. i'll be missing you. TQ


-THE END-
                                                                   dengan penuh rasa kasih dan sayang nya,
                                                         nurasmalizabokhari

Monday, 5 September 2011

Haiyaa. Benda yang lalu usah dikenang.

perempuan sahaja!!

Assalammualaikum
Dear diary,
haiiihh rindu kau lahh sayang. Lama dah aku tak melawat kau. Lama tak mengadu nasib dengan kau. Sorry lah. Hidup aku kini semakin sibuk. Jadual harian aku makin padat dengan aktiviti aktiviti yang berfaedah. Berfaedah laa sangat! Thanks for gave me some space to share all my problems. Really appreciate it.
Tahun ni, tahun pertama aku solat sunat raya dikampung. Dia punya excited tu punyalah memuncak muncak macam gunung berapi nak meletup. “barangsiapa yang berpegang pegang dengan yang bukan mahram, yang memulakan perbualan dengan perbualan yang lucah lucah, yang menghalalkan apa yang telah diharamkan contohnya seperti pasangan couple zaman sekarang ni buat lah kan. Tak kahwin lagi tapi perasan macam dah kahwin, yang tak tahan nye ada ke patut diorang letakkan pasangan bercinta diorang tu sebagai punca utama diorang hidup. Konon nya tanpa dia aku mati lah konon. Ada juga yang siap dah merancang nak kahwin. Ingat, jodoh, ditangan tuhan. yang mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram, bersegeralah bertaubat”. “kenapa nak bukak aurat, tayang rambut korang yang tak lawa tu dekat orang yang belum lagi jadi suami yang sah? Kenapa? Iman seseorang, bergantung kepada solat. Solat tu tiang agama. Runtuhnya iman dan akhlak seseorang tu, lihatlah pada solatnya”. “anak anak zaman sekarang kehulu kehilir dengan orang yang bukan mahram, berdua duaan tanpa menghiraukan orang sekeliling.salah siapa? Salah ibu bapa juga tak pandai jaga anak. Tahulah zaman dah moden. Jangan lah jadi sporting yang melampau lampau”. Fuhh, terngiang ngiang apa yang imam tu cakap masa hutbah raya tuuu. Dasyaat dasyat. Astaghfirullahalazimmm. Haa betul betul. Aku sokong. Ingatlah wahai teman temanku, kita hanya boleh merancang, yang menentukannya bukan kita. Renung renungkan lah, dan Selamat beramal.





Okay sebelum terlambat, aku nak ucapkan salam Aidilfitri buat teman seperjuangan aku tidak kira yang jauh ataupun yang dekat depan mata. I’m sorry if I hurt you. Well, people make mistakes right. Same with me. I’m just a normal person that do mistakes. Letgonebebygone. Paham tak? Just forgive and forget about what has happened.

Hey relaks sudah. Dah dah, jangan nangis nangis lagi. Aku dah lama maafkan. Bak kata najihah, maafkan je kesalahan orang yang khianat kita lepas tu, lupakan terus semuanya, mesti hati kita akan rasa tenang. Special 
thank you to Najihah.

Kepada sesiapa yang berkenaan,aku harap dia faham. Aku dah okay sekarang. Aku harap lepas ni jangan lah lagi paksa paksa untuk aku dan dia bersama semula. Benda pelik tu tak akan terjadi. Sebab?? Sebaaaaab pintu hati aku dah tertutup rapat. Tak mungkin aku akan bercinta lagi. Iye kee??? Macam tak percaya je dengan apa yang aku cakap kan ni kan? Bukan korang je yang tak percaya. Tapi aku sendiri pun tak percaya. Jangan risau. Aku tak akan kacau hidup sesiapa lagi. Terima kasih sebab suruh aku lupakan dia. Kau cakap senaaang gila lah kan. Sebab kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tak faham apa yang jadi. Cuba kau letak diri kau tu dekat tempat aku. Cuba lahh okay. Semoga kau hayati lah wataak tu. Lupakan? Okay fine. Untuk pengetahuan semua, aku dah pun lupakan dia. Dengan dialah aku belajar untuk melupakan dia. Tak apalah…ALLAH tahu apa yang terbaik untuk diri aku. I do believe that everythings happen for a reason.semuanya berlaku dengan izin NYA. Sesuatu tu tak kan jadi tanpa izin NYA. KUN FAYAKUN. Other relationships fail not because they are destined to fail. They failed because one of the two or both made the choice to set each other free.



I’ll always treat everyone with love even they are rude to me. Not because they are not nice but because I’m nice. Ahahaha
Hati itu umpama kaca, jangan biar ia retak.. akal itu umpama air, jangan biar ia kering..iman itu umpoama debu, jangan biar ia kering..peresahabatan itu pula umpama tali, jangan biarkan ia putus.



MERDEKA!!

Ehh lupa sudaa. Ahahh! Selamat hari kebangsaan buat negaraku yang tercinta. Aku bangga menjadi anak Malaysia. Haha. Tanah dimana tumpahnya darahku. Love you..mmmmuuaahhh! hehe. Hi! I’m MALAYSIAN! I eat rice everyday and constantly say lah!.hihi. MERDEKA!!


okay. aku dah tak nak marah kau.

Okay,1 mei 2011.. aku marah gila lah dengan adik aku yang sorang tu. Huhhh dia pergi delete semua gambar dalam camera. Perggghhh sakit hati betul. Gambar raya, gambar menggedik, gambar kampong, gambar BBQ semua habis dia delete. Kejaaam nya. takpe, disebabkan raya, salah kau dimaafkan. Tapi kan, best tau buat party BBQ bersama family dekat halaman rumah aku. Tapi sayangnya., gambar dia delete lah pulak. Ehh bukan. Dia terdelete. Bukan saja delete. Haiihh, takpa lah. Tak ada rezeki.


walau air dicincang, ia tetap tak akan putus!

Sorry, rasa susah nak jadi macam dulu dengan Insan yang rapat dengan aku semenjak aku lahir, sampai lah aku dah besar ni..insan yang aku sayang. Aku pun kurang pasti kenapa aku marah sangat dengan dia sampaikan aku sendiri dapat rasa yhang tiada lagi chemistry antara kita. Dua minggu tak bertegur sapa membuatkan aku rasa haiihh tak tau nak kata apa


Masa nak hantar aku balik KMNS, mak nangis. Alolorhhh.. hum setiap kali aku nak balik KMNS, setiap kali tu lah mak akan nangis. Kenapa bila kakak aku balik UKM mak aku tak nangis?? Hum kau pikirlah sendiri ehh. Alaaaa kau tau tak, aku tak ada mood nak balik KMNS. Tak ready nak belajar. Nak muntah tengok buku. Kerja tutor, assignment tak siap. Tengok, ni lah contoh pelajar yang terbaik. Gila! Alaa..mood raya lah sekarang.

Kenapa sejak aku masuk sini sampai lah sekarang, ramai yang cakap aku ni ada pakwe? Haha kenapa? Bila aku tanya kenapa diorang cakap macam tu, nanti diorang bagi jawapan yang sama “yelaa dah kau macam tak layan laki pun kat sini. Tak layan pun laki yang menggatal gatal kat sini”. Aiyoo.. kalau tak layan laki tu maknanya dah ada pakwe ye ?? aisehhh tak ada maknanya. Bila aku cakap aku single, korang pulak tak percaya. Haaa,,sukahati korang lah nak percaya ke tak. asalkan korang bahagia. Aku bukan perempuan yang senang senang tiba tiba nak cari peganti. Aku ni mahal okay. Kalau dulu murah kott. Tragedy di TBS/BTS yang membuatkan aku rasa diri aku murah.

Lupaakannnn!!!



Kenapa suka aku? Kenapa minat aku? Nanti jawabnya, sebab awak sweet, sbb awk baik, awk lemah lembut. Aduihhhh kalau macam tu aku kena tukar jadi brutal lah, nak jadi ganas lah. Nanti tak de lah orang minat kan? Kan? Kepada Mr AA, Mr I, Mr A.D, Mr R, terima kasih kerana berterus terang, seandainya sedang membaca apa yang aku tulis ni,  terima kasih lerr. && terima kasih di atas apa yang telah diluahkan. Aku hargai perasaan yang ada pada korang.


ala...jerawaat lah pulak. benciii!!.ahaha.
Girls are like apples on the trees. The best ones are at the top of the tree. The boys don’t want to reach for the good ones because they are afraid of falling and getting hurt. Instead, they just get the rotten apples from the ground that aren’t as good, but easy , so the apples at the top think something is wrong with them, when in reality, they’re amazing. They just have to wait for the right boy to come along, the one who’s brave enough to climb all the way to the top of the tree.

Im like a girl at the top of the tree. Im expensive okay. Bhahaha. I want to be the girl that changed everything. The girl that made a difference. The girl that gave you a story to tell.

Sunday, 21 August 2011

aku PEMBOROS



Assalammualaikum

3 hari 2 malam, sangat seronok berada di rumah Siti Saliana Sapri. Sempat aku belajar buat kuih tart nenas. Favourite aku tuuuu. Thanks saly sekeluarga. Halalkan ye Makan minum sepanjang 3 hari 2 malam ni.

Tapi aku tak terus balik rawang, aku dengan kakak aku singgah ke Jalan Tungku Abdul Rahman. Sementara mak aku dengan adik aku stay BTR atas urusan yang tertentu.

Sudah menjadi kebiasaannya, Jalan TAR ni memang selalu dikunjungi orang ramai dari serata tempat. Tapi bila tiba musim perayaan, lagi lah Jalan ni dibanjiri penghuni bumi. Bukan orang tempatan je, tapi orang dari luar negara pun turut serta membanjiri Jalan TAR. Rimas betul aku. Memang terlalu ramai.

Tiba tiba teringat yang shida suruh belikan shawl pink. Sir, yes sir! Disebabkan tu, aku sanggup pi redah orang ramai. Yang tak boleh bla nya, nafsu membeli shawl ni tiba tiba memuncak. Hhhaaaa amek kaw punya lah banyak shawl aku beli. Boros weyh! Sorry mum..nasib baik mak tak marah. Hee

macam dah dirancang je tiba tiba terserempak dengan saliana dengan mak dia dengan adik dia. Padahal tak rancang pun. So, kitorang balik sama. Masa sampai dekat BTR tu, ramai gila lah polis dekat pusat komuniti tu. Ouhh rupanya datuk Najib datang. Dia nak rasmikan pasaraya 1 Malaysia dekat situ. Ishhh tak habis habis dengan 1 Malaysia. 




penat tol tunggu adik aku tuh.tengok aku dah tangkap gamba


ni haa budak kecik ni. lambaaat

taraaa. takde keje. curi curi tangkap gamba belakang masjid.

ni masjid saidina othman. kitorang singgah sembahyang asar kat sini

ni bekas sekolah agama aku masa kecik kecik dulu. cantikk kan?

ni dekat depan apartman vista Amani

she's everything to me