Monday, 27 January 2014

Cantik itu menjaga hati


Alhamdulillah, cuti sem yang sangat menyeronokkan walaupun hati ni gundah gulana, Allah hadirkan insan-insan sekeliling yang berjaya menutup segala duka di wajah. Bermula dari hari pertama jejak kaki ke tanah tumpahnya darahku ini, sehingga kini, aku masih lagi terasa bahagia dengan semua nikmat yang diberi. Hidup tu umpama roda. Tak semestinya kita akan sentiasa berada dibawah. Allah tu adil kan? Hidup ni, kalau asyik bahagia je mesti akan rasa kosong. Kadang-kadang yang pahit tu lah yang akan lebih buat kita bahagia.

Rugilah ,,rugilah,,rugilah engkau wahai manusia jika terlalu mengejar cinta manusia sampai tercicir mengejar cinta Alllah. Hanya satu pinta ku, moga hati ini kan terus terjaga dari sesuatu yang lagha sehingga lupa akan asal usul ku Kerna ku yakin, Allah sedang memegang hatiku.


Friday, 17 January 2014

it ain't about how hard you hit. It's about how hard you can get hit and keep moving forward

bila aku disuruh untuk membuat keputusan. haihhh aku paling tak suka bila disuruh berbuat begini. lemahnya rasa. kenapa semua ni jadi? hurmm aku tahu aku tak layak untuk cakap macam ni. tapi aku masih lagi tak faham dengan apa yang aku buat. wajar atau tidak. aku takut tersalah buat pilihan dan aku juga takut akan melukakan hati banyak pihak. Ya Allah, aku tak mampu buat keputusan ni sendiri. janganlah KAU biarkan aku buat keputusan sendiri macam ni. tersiksanya rasa hati ini~~ 

i'm still thinking, I keep asked and if Allah not wills it, we cannot do anything. well, only pray is the last choices that I had. its painful, very hurtful, very disturbing my feelings but its not ruin me but its grown me. 

Wednesday, 8 January 2014

frriendship never ends

Siapa sangka, sedar tak sedar, Allah atur pertemuan antara kita semua di dalam kelas yg sama walaupun pada mulanya agak janggal untuk memulakan perbicaraan. bermulanya dengan sebuah pertemuan, hati tersimpul mengikat tali persahabatan. Alhamdulillah, seronok, seronok dan seronok sangat. rasa sayang pun ada. sedih bila sem 3 ni dah berakhir. semoga persahabatan kita semua kekal hingga ke syurga Allah ya. 

terima kasih ya Allah kerana telah memberiku peluang untuk merasa nikmat dalam bersahabat. 

rindu korang.haha.yang dah habis exam tu, happy *merdeka* day ,yang tak habis lagi tu, Good luck ye korang utk paper besok dan seterusnya  :')

Tuesday, 17 December 2013

ujian lumrah dunia.


saat  diri terasa yang tiada lagi harapan untuk melangkah kedepan. terasa bagai impianku telah terkubur, Allah hadirkan seorang insan yang dapat mengubah persepsiku terhadap dugaan yang menerpa. ya, aku hampir terlupa yang dugaan ini Allah beri sebagai penghapus dosa, duka yang melara , pasti ada hikmah disebaliknya. 

Ada sebab kenapa semua ni berlaku. usah merungut. mungkin aku telah merancang sesuatu yang baik buat hidupku. TAPi, Allah punya perancangan yang lebih baik dari aku. Life is only for test. yes,, I will accept it. in the strenght of Allah, I will fullfill my mission. aku yakin apa yang ku alami ini adalah salah satu tanda bahawa Allah kasih padaku. 

"Sebenarnya kesusahan yang datang dalam hidup adalah tanda doa kita dimakbulkan. Supaya kita lebih tabah, kuat, dan dekat dengan Allah. Tapi kita tersilap dengan melihat kesusahan atau tekanan itu sebagai perkara yang menghancurkan dan kemusnahan diri kita..

Ramai orang mula kembali semula kepada Allah swt ketika diri mereka ditimpa kesusahan, kesempitan dan bila diuji dengan pelbagai bentuk dugaan.

Kita tidak disuruh meminta atau berdoa untuk meminta kesusahan tetapi disebalik kesusahan itu ada rahmat yang besar.

Situasi semasa senang dan lapang selalunya menyebabkan manusia mudah lalai dan alpa terhadap Allah swt. Allah swt dengan kasih sayangnya sentiasa membuka jalan untuk kita kembali padanya.Selalunya manusia yang hidupnya sering ditimpa kesusahan menjadikan mereka lebih mudah untuk menangis. Ketika berdoa kita begitu mudah mengalirkan air mata apabila menghadapi masalah.

Ya Allah ampunkan dosa kami kerana hati kami yang tidak bersyukur dan berterima kasih kepadamu"


segala kepahitan, segala kepritan, terima bagai penghapus dosa.

Tuesday, 19 November 2013

tabiat si pemalas yang perlu diubah




berkumandang suara azan
mendayu, memecah sepi
selang seli sahutan ayam...
tetapi insan ingkar arahanya
mata yang celik dipejam lagi,
hatinya penuh benci !!
berdengkur kembalii.....
begitulah peristiwa di subuh hari
setiap pagi, setiap hari.

tiada solat yang paling berat yang dirasakan oleh orang munafik kecuali solat subuh dan isya'. sekiranya mereka mengetahui besarnya pahala yang ada pada keduanya, pasti mereka akan mendirikannya walaupun sambil merangkak.(riwayat Al bukhari dan muslim)

sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman (An nisaa':103)

Rasulullah SAW bersabda: segerakanlah solat subuh sebelum matahari terbit. sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) .” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya? Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:”Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungisiapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah) Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Ayuh bangun lah, tunaikan perintah allah, sujud mengharap keampunannya. bersyukurlah, bangkitlah segera, moga mendapat keredhaanNYA. ianya sering dianggap ringan bagi mereka yang kealpaan. yuk tidur awal, bangun subuh pun tak susah nanti. jangan biar tabiat suka bangun subuh lewat, tidur selepas subuh, melewatkan waktu subuh, ala kadar je bangun subuh,tak bangun pun solat subuh, ni menjadi sebati dalam diri. Jom Ubah !


rujukan dari info-info yang berjaya dikumpulkan. ngeh3. semoga bermanfaat. berbahagialah bagi orang-orang yang memelihara agama ALLAH. 


ya Allah, benar ! kau menyanyangiku.

Lailahaillallah....

rebah, rebah saat diuji..diri terus dan terus bertanya apakah kesudahan hidupku begini. tapi mengapa? persoalan demi persoalan dilontarkan. Namun tidak juga dipertemukan dengan jawapan disebalik pertanyaan itu. betapa angkuhnya diri, sombong hingga terlupa kepada kalimah Lailahaillallah. Ujian Allah. ya! mungkin ujian ini paling terbaik supaya tidak lari jauh dari Allah.mengharapkan ketenangan dari tuhan yang Esa. betapa rimbunnya dosaku, semua terlakar dilembah usiaku. salah dan silap di masa yang lalu, kini kusesali. ku tidak layak ke syurgamu, namun tak sanggup ke nerakamu. kutunduk sujud menyembah diri kembali padaMu.

tidak pernah aku merasa jemu untuk meneliti kisah hidup Ahmad Ammar. Insan mulia yang kini menjadi tetamu istimewa kepada Allah SWT. Moga aku juga dalam keadaan begitu pabila nyawa diambil. moga khusnul khatimah buat kita semua. ketahuilah dan rasailah nikmat Allah walau hati terpaksa senyum.

Monday, 4 November 2013

praise your lord ALLAH for HE is the one who deserve it

"alangkah indahnya hidup ini, andai dapat kukucup tanganmu."
"ya rasulullah ya habiballah, tak pernah kutatap wajahmu"
"ya rasulullah, kami rindu padamu"
"ku tahu bimbangnya dikau kepada kami"
"terimalah kami sebagai umatmu"
"Kurniakanlah syafaatmu"

Bismillahirrahmanirrahim.
dan ingatlah ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak adam dari belakang mereka. dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri. bukankah aku tuhanmu? manusia bersaksi dengan mengucapkan benar ya Allah .kami bersaksi.

dan itulah kesaksian manusia sebelum kita lahir ke dunia. siapa diri kita?lihat kedua belah tangan kita. bayangkan mata yang kita gunakan utnuk melihat selama ini, kaki yang kita guna untuk melangkah selama ini. Allahu, banyaknya nikmat yang allah telah beri kepada kita. saat kita tertidur malam semalam, bukankah jantung kita tetap berdegup tanpa kita pinta? Allah biarkan kita hidup. sampai saat ni, DIA masih membiarkan kita hidup. betapa banyak hidayah petunjuk yang Allah yang telah kurniakan kepada kita tanpa kita sedar. namun katakan nikmat yang mana lagi ingin kamu dustakan??

ku termenung sendirian, terasa diri ini jauh dari tuhan, dosa yang kulakukan menerjah ruang fikiran. gelap rasanya dunia ini tanpa cahaya dari Ilahi. Dalam kegelapan itu, terbit cahaya dariMU. memandu hambaMu menuju iman. ya Allah, terima kasih kerana masih beri diriku peluang untuk mengambil iktibar dari kisah perginya pejuang muda. :") perginya dia, memberi seribu makna kepada insan-insan yang lebih mengenali dirinya.marilah kita pertahankan aqidah, menyambung perjuangan para syuhada dan menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran.

hamba bersaksi bahawa hamba adalah ciptaanMu ya ALLAH. hamba mengakui bahawa hanya engkau yang sempurna menciptakan hamba Ya ALLAH. 

Allah, dua hari dan aku masih lagi buka profile arwah. sebaknya baca setiap rentetan hidup dia melalui rakan2nya, ibu dan ayahnya yang tidak putus-putus membicarakan mengenai perjuangan arwah. paling menyentuhhati dengan post ni:

Alhamdulillah, we took then from the airport. They were so calm... Doubtlessly Ammar was shaheed... They went to see Ahmad Ammar in the graveyard's janaza place. Ammar is like sleeping, He is in peace, it is like, if you call "Ammar get upbrother it is time for salah" he will wake up. He is so alive. As Allah says in the ayah "Dont call 'dead' those who passed away in the path of Allah swt, as they are not dead, they are MORE alive then those are living among us..... After that we went to Hayrat foundation building, there has been a small and very private gathering with Ustaz Said Nuri. Ahmad Ammar is doubtlessly shaheed since he was listening to islamic music in his headphones at the second he was hit. He was listening to 'Nai' instrumental. And before going out from home that day, he didnt slewp after fajr, recited Qur'an for a very long time and took a ghusul after that. And then he left home...


sekadar perkongsian: gambar dari ayahandanya,. jenazahnya disaksikan oleh ramai orang-orang turkey. negara turkey seperti bukan lagi negara asing buat dirinya. allahu.we are all 1ummah, 1 ukhuwah

p/s : petunjuk itu ada pada jalan mereka yang mencarinya. salam maal hijrah.