Tuesday, 6 March 2012

Congrat's ASMALIZA



Baru berapa minit berpisah dengan mak, aku mula rasa rindu dekat mak aku. Mak pesan, jagnan lah asyik balik, duduk je matrik tu. Belajar rajin rajin. Jangan stress2.

Sampai je matrik, aku terus basuh baju, kemas bilik, solat n terus tidur. Letih gilaaa. Lena gila aku tidur sampai shaimaa balik pun aku tak sedar. Aku tersedar pun bila dengar bazilah menjerit. Nenek dia meninggal. AL FATIHAH. Masa bangun, terus aku pergi solat. Lepas solat, konon nya nak belajar, tapi terkejut bila tengok ada cokelat Cadbury atas meja n notes “SORRY”. Ehemm aku terus duduk depan syai. “syaiiiiiiiiiiiii ni kau bagi ehhhh”… alah syai malu malu pulak nak jawab. Dia cakap dia rasa bersalah. Okay syai, dengan rasminya, aku maafkan kau. =))). Aku pun nak mintak maaf juga dekat kau.


Bila duduk matrik, baru terasa macam aku pikul beban yang sangat berat! Hum patut lah orang cakap matrik ni susah. Sekarang baru aku rasa susah nya. Baru terasa beban nya. Hari ni, aku rasa stress sangat sangat. Rasa macam nak jerit kuat kuat. Tapi kalau jerit, apa pula orang lain cakap kan? Kang silap silap aku pula yang kena hysteri.. Okay relaks. Jangan buat macam tu. Kau tu dah 19 lah. Piker secara matang okay. Jangan terlampau ikutkan perasaan. Sabar, sabar, . okay fine. Aku tak boleh sabar lagi. Macam macam benda yang bermain di kotak pemikiran aku. Malam ahad, aku tak tahu lah kenapa aku sedih sangat. Dah lah aku asyik fikirkan pasal suami ustazah norhasimah yang baru meninggal. AL-FATIHAH. Ustazah norhasimah antara ustazah yang aku paling rapat, paling rapat dengan family aku. Dan dengan dia lah aku selalu Tanya macam macam soalan yang aku tak paham pasal agama. Malam ni jugak, aku stress gila dengan lecturer akaun aku. Ada ke patut dia bagi assignment & pastu suruh kitaorang siapkan secepat mungkin???? Hahhhh mustahil lah kan… Tak ada mood nak datang kelas besoknya. Masuk hari isnin, bila aku present soalan math dekat depan, diorang tak faham. Perghhhh aku stress masa tu. Tapi, chill lah kan. Salah aku jugak sebab tak pergi unit matematik. Macam lah aku tak boleh datang sendiri Tanya mana mana lecturer. Disebabkan rasa bersalah sebab tak jumpa puan eda dekat unit, dengan terpaksanya, aku pun pergilah unit math. Bila tengok tiba tiba puan eda tak ada, isshhh aku rasa macam nak balik bilik je. Hmmm nasib lah aku dah janji dah dengan dia nak jumpa pukul 4. Agaknya memang dah ditakdirkan kot, yang aku akan bertembung dengan hazeem. Siapa lagi kan kalau bukan best friend khaliq. Dia pergi ingatkan aku pasal khaliq pulak. Haiyaaaa. At last aku tak jumpa pun puan eda. Tapi aku pergi jumpa puan azlinda. Sebab? Puan eda lambat sangat. Am I a LOSER? Yeah memang pun. Hurgghhhh malam ni jugak,aku sedih dengan khairi. Kenapa? Hmm lebih baik tak payah cakap daripada bercakap kan. FINE.


Erggghhhhhhhhhh boleh tak aku nak ponteng kelas minggu ni??? rase macam nak tidur je sepanjang hari. aku rase pressure sangat. kepala ni pun dah rasa macam nak pecah.Aku tak tahan lah dengan kuliah akaun. Hanya disebabkan kuliah akaun je, aku terus hilang mood nak blaja subjek lain. Subjek kegemaran aku pun, terus aku tak ada semangat. BENCIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Okay, disebalik kesedihan, kekecewaan, kehampaan, ada bahagia yang datang menerjah diri aku. ALHAMDULILLAH. I’ve got 3.5 and above for ups’s result. So I would like to say,,,,, CONGRATS ASMALIZA. Well done. I’m proud of being me. Masa ni, baru aku terasa macam nak appreciate diri aku sendiri.  thanks ALLAH, Thanks cikguuuu, thanks mak, thanks kawan kawan..
Thanks syamim sebab teman kite balik sampai seremban. Thanks sebab bagi kite susu ducth lady n cokelat Cadbury. Pergghhh memang laci aku ni tempat stok cokelat. Siapa nak sikit? Mai lahh datang bilik aku.

tu cokelat n note yang syai bagi. thanks syai. kau buat aku segan jea. saja lettew. 

Thursday, 1 March 2012

D' KAYANGAN by A3P2


Assalammualaikum.huhu..ni update dah basi ni. Ehee. Tapi takpeee.tetap nak cerita jugak. Haha. Umm sebenarnya masa hari jumaat bersamaan 24 mac 2012, ada program hari usahawan untuk budak budak kos akaun. Okay kalau dulu, bila ada hari usahawan/hari kantin, mesti cikgu je yang kena cari stok, cari pembekal,carik modal, cari tukang masak bagai && macam macam lah. Tapi sekarng,,semua nye bergantung dekat kitaorang sendiri. Nak cari pembekal, modal, segalanya kitaorang satu kelas yang sama sama buat. Masa ni baru terfikir betapa susahnya jadi ahli bissness. Sebab nak kena tanggung segala risiko kalau rugi. Kena keluar banyak modal. Macam macam masalh yang dating. N time tu lah nak kena belajar bersabar. Walaupun memang tak dinafikan memang ada selisih faham,,tapi Alhamdulillah pniagaan syarikat D’KAYANGAN under a3p2 ni berjalan lancar ler jugak.

Memandangkan aku dengan zal ni ketua keceriaan,, so kitaorng asyik nak pergi meeting je. Dah lah kena turun dewan pagi pagi buta semata mata disebabkan jawatan yang disandang oleh aku dan zal. Letih sangat. Tapi seronok bila dapat bekerjasama dengan satu praktikum aku. Tiba tiba teringat betapa kelam kelibut nye kitaorang masa malam nak menghias gerai tu. Setahu aku, praktikum aku lah yang paling lambat sangat balik sampai cik amdan pun dah macam nak menghalau kitaorang balik. Tepat 12.30 aku sampai bilik. Terus mandi. Tak selesa aku nak tidur dalam keadaan yang berpeluh.Dah busy macam ni, memang taka de masa sangat lah tok syamim.  Tok mak pon. Sorry mak sebab tak jawab call. Lia tak bawak lah pula numbo celcom tu. Sorry3.

Nak tahu kitorang jual apa? Hermmm produk kitaorang semuanya berasaskan ais. ABC,banana split, float, ice blend, ice cream & chocolate. Riuh gila masa nak mula berniaga. Gerai kitaorang  sentisa dipenuhi dengan pelanggan. Maybe sebab tarikan kitaorang dekat ABC kot. Dah lah mesin ABC tu bentuk penguin. Comel je. =)

Weewiit Ihsan tiba tiba hulur  ais krim chocolate vanilla dekat aku. Memang terhenti terus tugas aku sebagai pembantu pembuat ABC.ahaha. relax lu. Berehat seketika sambil makan ais krim yang ihsan bagi tu. Thanks Ihsan. Ade ke patut budak tu ajak aku join dia jalan jalan melawat gerai. Sorry ler cik Ihsan. Banyak kerja nak buat. Busy.hehe

Harini,, walaupun rasa macam tersangat penat, tapi aku happy sangat  sangat dengan budak budak praktikum aku. Aku suka diorang semua. Aku sayang mereka semua. Hihi. Ehem SYAMIM cakap kawan laki dia yang satu matrik dengan aku ada dating gerai aku. =) kawan die cakap aku tak layan pun masa die n the geng kacau aku. Haha of course lah tak layan. Berapa kali nak cakap… SAYA MAHAL laa. Yelaa tak kan nak layan. Kerja aku banyak laaa. Then kawan die cakap aku ni KEREK? Haha. Ye… memang aku kerek. So? Lebih baik kerek daripada melayan kan?

Ermm kaki aku sangat sangat sakit. Badan rasa letih, tak mampu nak berjalan pergi mana mana. Mata ni dari tadi rasa macam berat je. Penat tahu tak. Selamat malam semua.

Soorrryyy khairi imran sebab tak dapat join kau balik n tak dapat join kenduri kahwin abang kau. Aku letih.

-THANKS OF BEING MY FRIEND-

Saturday, 25 February 2012

Ya ALLAH, Jika aku jatuh cinta, cintakan lah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hatiseseorang yang tertaut padamu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMU. Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU. Ya ALLAH, jika aku menikmati cinta kekasihmu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. Ya ALLAH, jika aku jatuh hati pada kekasihmu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu. Ya ALLAH jika kau halalkan aku merindui kekasihmu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadamu. amin

Wednesday, 22 February 2012

patrick said: goodbye akag


HUH..tetibe je rasa sedih. sedih tak bermakna sayang kan? aku sedih lah sebab dah nak berpisah dah dengan Abdul Khaliq. akag. nama singkatan dia ni ada juga kan orang tu haa yang nak meniru. entah apa apa ntah. okay, khaliq merangkap ex aku, dah nak berangkat ke Korea jam 11.30 malam ni. tu yang membuatkan hati aku sedih tu. apa apa pun, Good luck sahabat. jangan nakal nakal dekat sana nanti. pandai pandai pilih makanan k. dah besar kan? dah pandai nak bezakan yang mana halal yang mana haram kan?? belajar elok elok. jangan gatal gatal. thanks sebab sudi call malam ni. really appreciate it. hope dengan entry aku ni , tak kan ada sesiapa yang akan jeles, cemburu or iri hati or dendam. saya dengan awak cuma kawan je kan? past is past. =))


-SELAMAT TINGGAL SAHABAT-

NO boyfriend NO problem

2

Pergghhhh terasa macam baru terkena penampar seyhh. Cehh konon konon kena tampar. Ehh tapi rasa malu ni sama tau macam kena tampar. Maluu gile bile sorang sorang stalker blog aku. Maklum lah selama ni blog aku on hanya untuk orang tertentu. Aku langsung tak berminat nak mengumpul pembaca blog aku. Tapi kalau dah baca, TERIMA KASIH. Sekali lagi saya ingin perkenalkan diri saya, HAI, saya NURASMALIZA BINTI BOKHARI. =)


Mood aku dah macam hape tah minggu ni. Ade je yang tak kena. Serious aku stress. Tu lah. Salah aku juga sebab suka buat kerja bertangguh. Aku rasa kan, aku macam dah tak nak lagi ada kaitan dengan budak budak yang pernah aku benci. Harap maklum. Alhamdulillah tadi kuiz math aku dapat buat. Confident je buat. Al maklum lah. Tu soalan presentation aku. Ahaks!


Semua orang mengata dia. Kadang kadang macam kesian juga dekat dia. Tapi, salah dia juga nak menang sangat sape suruh. Tak habis habis dengan dia punya ais krim tu. Senang senang kau pergi bukak gerai lain lah. Ada ke patut dia cakap kalau tak dengar cakap dia nanti tak dapat balik modal. Haihhh aku sebenarnya tak menangkan sesiapa. Tapi aku rasa cadangan dia tu macam agak melampau sedikit. Mana tak nye, membazir kau tau tak! Kalau tak balik modal, siap kau. Aku tak lah nak untung sangat. At least biar lah dapat balik modal. Tu pun dah puas hati dah. Kalau nak dengar cakap kau memang bankrupt lah kan. Susah lah kalau dengan kelas sendiri pun tak ada sepakat. Apa apa pun, aku tak tahu pape. Hee. Yang aku tahu nanti aku jage stok dekat bahagian amad dengan mirul. Weee. Sya tak sabar nak berniaga!
Aku tak marah kau. Tapi aku terasa hati sikit dengan kau plus bila kau tak mintak maaf langsung lagi dengan aku. Sesuai dengan aku yang suka memendam rasa, aku pun diam je lah kan. Aku diam je bila tengok kawan kau tidur tempat aku tapi padahal waktu tu memang aku dah penat n nak tidur sangat. Tapi kecewa bila kau dengan kawan kau langsung tak mintak izin nak tidur tempat aku. Kau pun mesti paham kana pa yang aku rasa. Sebab kau manusia. Mesti kau faham. Ada aku tengking kau bila kau buat macam tu? Tak ada kan? Aku sabar je.. kau nampak tak? Huhh.. aku tak suka nak bermasam muka dengan kau. Sebab kau lah satu satunya roomate aku sekarang bila ama dah tinggalkan matrik. Mak aku cakap sabar ye lia,. yeeee aku sabar. Aku sabar.
HAFIY? Siapa kenal die? Yeargghhh tu ex buaya darat aku. Entah. Rasa menyampah tengok die. Sebab tu aku block die. Tak salah kan? Sekarang die muncul balik bagi tanda tanda macam nak ngorat balik. Ahha sorang lah der, tak layan lah pujuk rayu kau. I’m expensive. Dah lah. Please get out from my life.

CORETAN BUAT EX EX aku.HHHAhaha
 Lelaki,sudah kukatakan mereka semua serupa. Tak ada yang boleh dipercayai. Tetapi mereka mengukuhkan kepercayaan aku dengan menabur janji janji manis yang berakhir dengan kepahitan. Kata kata yang pernah diluahkan hanya sekadar lakonan. Hatiku hanya untuk seseorang yang mampu member kasih saying dan cinta yang jujur, ikhlas, tulus, suci dan murni. Bukan untuk seseorang yang hanya menyukaiku dengan alas an rupa paras semata mata. Aku ingin dia tahu bahawa aku tidak seperti perempuan yang semudah mereka dapatkan. Sedarlah wahai jejaka yang ku maksudkan,,,, MUNGKIN ENGKAU TAHU SIAPA DIRI KAU. =)))))))

Maybe it’s true, maybe we don’t know what we have until we’ve lost it. But, maybe It’s also true that we don’t know what we’re missing until we find it. Never ignore a person that loves you, cares for you, and misses you. Because one day, you might wake up from your sleep and realize that you lost the moon while counting stars. But we have to choose the person who will bring you straight to jannah. Love someone who will show you the right path.=))

GET WELL SOON SYAMIM.
WISH YOU WERE HERE MOM.
GOOD LUCK DIKAYANGAN(A3P2).
WELDONE ASMALIZA!!




Saturday, 18 February 2012

nothing at all


Assalammualaikum semua? sihat? aku sihat je kat sini. bahagia je kat sini. *tipu!ehem..berat aku dah semakin turun mendadak. aku rasa ni semua sebab stress belajar kot. plus demam tak baik baik. memang tak lah kalau aku nak makan kan? loya je tekak aku ni. hari ni baru plan nak beli makanan banyak banyak dekat cafe. konon konon nak naikkan balik berat aku ni. tapi terbatal pulak niat tu gara gara mak ama comel datang bawak makanan untuk kitorang. mak dia bawak kan nasik lomak. sedaaapp. thanks makcik. thanks ama comel. 


sekarang aku still lagi dekat bilik yana. pergghhh malam tadi pecah record ahh kitorang tidur lambat. dekat pukul 4 baru tidur. sebelum sebelum ni pun ade je tidur lambat,, tapi selalu lambat sebab nak siapkan kerja kerja yang tertunggak je. berbeza pula dengan malam tadi kan. ahaha. jadinya, solat subuh pun dah dekat pukul 7. teruk kan? anak dara apa tah ni. nak tahu tak, sepanjang dua hari ni aku tak bukak buku langsung sedangkan hari isnin ni ada test ekonomi. perggghhh serious risau sangat. alaaa relaks lah asmaaa,, malam ni kau stay up lah. haaa bagus lah tu. besok mesti mengantuk dekat kuliah kan? haa padan muka. eleh,, macam tak biasa pulak kan? relaks sudaa.

tetibe rasa rindu pulak dekat nabila ni. sejak aku masuk matrik ni, aku tak pernah langsung jumpe dia. bukan aku taknak jumpa tapi dia yang menghilangkan diri

Monday, 9 January 2012

salam takziah =(

ASSALAMMUALAIKUM KAWAN KAWAN.

Hari ni 9 jan 2012, aku baru je dikhabarkan yang mak Muhammad Luqman baru meninggal last week, masa semua orang tengah happy sambut tahun  baru. Luqman, nama yang tak asing lagi bagi aku dan kawan kawan. Kenapa? Sebab.. dia suka kacau hidup aku dulu. Nampak muka dia je aku dah menyampah…lagi menyampah bila dapat tahu yang dia curi numbor aku dengan classmate aku…disebabkan tu, sekali dengan budak yang bagi numbo kat dia aku dah menyampah.. tapi segalanya berubah hari ni…masa terserempak dengan Luqman kat kafe, aku pelik kenapa dia dah tak happy macam dulu? Bukan ke dulu bila dia Nampak aku je, dia akan panggil nama aku… hummm tapi bila masitah bagitau yang mak dia baru meninggal, pergggghhhh terus aku menangis. Rasa bersalah sangat dekat dia. Habis kelas, terus aku text dia. Masa tu jugak dia cakap hidup dia rasa sunyi, rasa kosong tanpa ibu disisi. Serious masa ni sebak sangat. Masa ni, dia cakap dia perlukan support. Ye, jangan risau..aku aka nada untuk kau kalau kau perlukan nasihat. Be strong kawan!! Sabar3. Hummm tiba tiba, teringat dekat mak aku. Terus call mak aku masa ni walaupun kepala dah berdenyut denyut rasa macam nak meletup.! Aku tak tahu apa rasanya kalau aku ditempatnya. Mesti perit sangat. Pakwe kalau hilang, boleh ditukar ganti,,, tapi kalau mak hilang??? T,T 


take care loqman. u have to be STRONG!



Huwaaaa aku rindu mak aku. Dah dekat sebulan aku tak balik ni… homesick dah niii…
sedih sangat bila baca benda yang dia post kat fb dia.
cer try baca. menusuk kalbuuuu...


Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Tiada aku tanpa ibu 
Hanya (kau) satu didunia 
Bertakhta dikau dijiwaku 
Kau lah ibu yang tercinta 

Kau insan pengasih 
Betapa aku mengharap 
Hadirnya restumu ibu 
Membawaku ke syurga 

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan 
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu 
Oh... Ibu