Saturday, 18 February 2012

nothing at all


Assalammualaikum semua? sihat? aku sihat je kat sini. bahagia je kat sini. *tipu!ehem..berat aku dah semakin turun mendadak. aku rasa ni semua sebab stress belajar kot. plus demam tak baik baik. memang tak lah kalau aku nak makan kan? loya je tekak aku ni. hari ni baru plan nak beli makanan banyak banyak dekat cafe. konon konon nak naikkan balik berat aku ni. tapi terbatal pulak niat tu gara gara mak ama comel datang bawak makanan untuk kitorang. mak dia bawak kan nasik lomak. sedaaapp. thanks makcik. thanks ama comel. 


sekarang aku still lagi dekat bilik yana. pergghhh malam tadi pecah record ahh kitorang tidur lambat. dekat pukul 4 baru tidur. sebelum sebelum ni pun ade je tidur lambat,, tapi selalu lambat sebab nak siapkan kerja kerja yang tertunggak je. berbeza pula dengan malam tadi kan. ahaha. jadinya, solat subuh pun dah dekat pukul 7. teruk kan? anak dara apa tah ni. nak tahu tak, sepanjang dua hari ni aku tak bukak buku langsung sedangkan hari isnin ni ada test ekonomi. perggghhh serious risau sangat. alaaa relaks lah asmaaa,, malam ni kau stay up lah. haaa bagus lah tu. besok mesti mengantuk dekat kuliah kan? haa padan muka. eleh,, macam tak biasa pulak kan? relaks sudaa.

tetibe rasa rindu pulak dekat nabila ni. sejak aku masuk matrik ni, aku tak pernah langsung jumpe dia. bukan aku taknak jumpa tapi dia yang menghilangkan diri

Monday, 9 January 2012

salam takziah =(

ASSALAMMUALAIKUM KAWAN KAWAN.

Hari ni 9 jan 2012, aku baru je dikhabarkan yang mak Muhammad Luqman baru meninggal last week, masa semua orang tengah happy sambut tahun  baru. Luqman, nama yang tak asing lagi bagi aku dan kawan kawan. Kenapa? Sebab.. dia suka kacau hidup aku dulu. Nampak muka dia je aku dah menyampah…lagi menyampah bila dapat tahu yang dia curi numbor aku dengan classmate aku…disebabkan tu, sekali dengan budak yang bagi numbo kat dia aku dah menyampah.. tapi segalanya berubah hari ni…masa terserempak dengan Luqman kat kafe, aku pelik kenapa dia dah tak happy macam dulu? Bukan ke dulu bila dia Nampak aku je, dia akan panggil nama aku… hummm tapi bila masitah bagitau yang mak dia baru meninggal, pergggghhhh terus aku menangis. Rasa bersalah sangat dekat dia. Habis kelas, terus aku text dia. Masa tu jugak dia cakap hidup dia rasa sunyi, rasa kosong tanpa ibu disisi. Serious masa ni sebak sangat. Masa ni, dia cakap dia perlukan support. Ye, jangan risau..aku aka nada untuk kau kalau kau perlukan nasihat. Be strong kawan!! Sabar3. Hummm tiba tiba, teringat dekat mak aku. Terus call mak aku masa ni walaupun kepala dah berdenyut denyut rasa macam nak meletup.! Aku tak tahu apa rasanya kalau aku ditempatnya. Mesti perit sangat. Pakwe kalau hilang, boleh ditukar ganti,,, tapi kalau mak hilang??? T,T 


take care loqman. u have to be STRONG!



Huwaaaa aku rindu mak aku. Dah dekat sebulan aku tak balik ni… homesick dah niii…
sedih sangat bila baca benda yang dia post kat fb dia.
cer try baca. menusuk kalbuuuu...


Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Tiada aku tanpa ibu 
Hanya (kau) satu didunia 
Bertakhta dikau dijiwaku 
Kau lah ibu yang tercinta 

Kau insan pengasih 
Betapa aku mengharap 
Hadirnya restumu ibu 
Membawaku ke syurga 

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan 
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu 
Oh... Ibu

Wednesday, 4 January 2012

like sisters.

always miss you guys!!!

yeahh kehulu kehilir, sentiasa ber enam.. sayang korang sangat sangat!

rindu gila nak dengar dia punya lawak yang spontan tu. =(



=(



Serious, aku tak tipuu… aku rinduu diorang..nak jumpa sangat dengan diorang.. kalau dulu, susah senang, kitorang selalu bersama.. korang, ingat lagi tak kita suka sangat cuci tandas hujung tu? Dulu kita suka pergi makan sama sama, stayback dekat surau sama sama., macam lah surau tu kita yang punya kan? Dulu..rehat, kita suka lari keluar kelas sama sama semata mata tak nak berubut dengan orang lain masa beli makanan. Dulu, bila salah sorang dari kita kena marah, mesti korang akan back up kan? Korang ingat lagi ta,, masa kita semua berpecah? Masa aku gaduh dengan korang?Sebab kamal? Masa tu aku nangis depan khairi. Siti pun masa tu taktahu nak pilih siapa.Sebab, puncanya kamal.Masa tu, rasa perit sangat bila tak bertegur. Macam bodoh je kan bila ingat balik.  Ingat lagi tak, masa kita buat private party?? Ingat lagi tak???..tak ingat tak apalah… yang penting akan aku ingat sampai bila bila pon!!! Always love you guys!..serious,, aku perlukan korang sekarang.=(( korang je yang paham aku.
aku rindu nak gila gila dengan korang.. ='(


I just wanted you all to know that.. YOU’RE THE BEST FRIEND EVER!!! A special friend is rare indeed, it seems to be a special breed.yes, perfect friends are very few, so lucky I am to have you.

Atas nama cinta, zina tetap dosa!!


Tiada percintaan tanpa ada rasa cinta, tetapi cintatidak seharusnya bercinta.Sekiranya, kita benar mencintainya, kita mengajaknya memperbaiki diri, memperkuatkan iman, meningkatkan amal ibadah, berlumba lumba dalam membuat kebaikan dan segala yang positif.Namun sekarang? Tengoklah remaja zaman sekarang…apa yang ada Cuma pemuasan nfsu syahwat yang melonjak lonjak.
Usa kita sangka zina itu terbatas pada hubungan seksual semata mata yang menyebabkan perempuan itu hamil. Tidak3! Usah disangka perbuatan menyentuh kulit kekasih, memandangnya, dan mencium bau wanginya tidak tergolong dalam perbuatan zina.Harap maklum ye semua. Semuat itu adala ZINA!! “sudah ditulis nasib setiap anak Adam daripada penzinaan dan dia pasti mengalaminya. Zina mata adalah memandang, zina telinga adalah mendengar,zina lidah adalah berkata kata, zina tangan adalah menyentuh. Zina kaki adalah berjalan.Dan zina hati adalah menginginkan dan beragan angan.”
Tidak mungkin ada percintaan tanpa zina kan???
Sepeti sdah menjadi suratan takdir bagi remaja zaman sekarang yang sudah cukup umur apabila mereka bergelumang dengan lumpur zina.Usahkan yang sedang bercinta, yang tidak bercinta juga sukar melepaskan diri daripada zina. Pada era moden seperti sekarang , ramai perempuan yang tidak menutup aurat. Hmm pakai tudung, tapi pakai baju lengan pendek..tutup aurat ke tuh? Tutup aurat, tapi tergedik gedik dengan lelaki..sempurna ke kalau macam tu? Ramai yang menebar pesona di merata rata tempat dan sengaja bersuara mendayu dayu untuk menggoda lelaki.Bila dalam situasi begini, macam mana pasangan yang sedang bercinta mahu menghalang diri dari mendaftar untuk ahli penzina???
SILA JAWAB>>
<<the answer is everywhere!

Demi cinta, perlukah aku menggaidakan diri selain daripada ALLAH.Demi jodoh, izinkan aku memasuki syurgaMU
Manusia… melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan jodoh mereka. Bermula dari bercinta sehingga terjerumus ke lumpur zina dan seterusya, berleluasa lah pembuangan bayi.Bermula dari jelling menjeling, sehingga berdua duaan,  bersentuhan, sehingga bercumbuan.Segalaa usaha yang dilakukan, akhirnya menemui kegagalan.
Rahsia jodoh, adakalanya ia lari apabila ia dikejar, mendekat apabila ia ditunggu, apabila sering didekati, terus ia menjauhkan diri. Apabila kita menjauhkan diri, jodoh datang mendekati.
Kepada yang sedang ber-COUPLE tu..
Disini, aku selitkan beberapa pesanan…
Jaga lah batas batas pergaulan..
Tak semestinya orang yang kamu cintai kini,,,
Akan jadi milik kamu..
Sedarlah…
Kamu bukan siapa siapa..
Sekuat mana sayang kamu tehadap dia,
Belum tentu dia adalah jodoh kamu..
Setia mana pun dia..
Belum tentu dia jodoh kamu..
Seikhlas mana dia,
Belum tentu dia jodoh kamu..
Sejujur mana dia,
Belum tentu dia jodoh kamu..
Seteguh mana percintaan korang,
Setinggi mana pengorbanan korang,
Kalau dia bukan jodoh korang,
Apa boleh buat kan?


Konklusinya, tak payah nak OVER sangat kalau tengah bercinta @ bercouple tu. Tepuk dada, Tanya selera. Cermin dulu diri tu. Aku thu lah korang sayang pakwe/makwe korang tu..tapi lama lama nanti bila dah bosan, korang juga yang kena tinggal.. haa..lagi satu, perlu ke korang show kat fb yang korang tu tengah couple??? Macam nak menunjuk sangat pulak kan kan. Oooo aku tahu, mesti korang takut korang kena kebas kan. That’s why kena letak status macam tu. Yeke? Ke memang saja je korang nak show status korang tu, sebab nanti boleh menunjuk nunjuk yang boyfie/girlfie korang tu cun?smart?hensem?cantik? bla blab bla. Korang ingat korang lawa sangat ke?hey.. buat apa kalau lawa, tapi peribadi buruk? ada yang letak married, sedangkan belum berkahwin pun.  Aku rasa tak perlu lah kot.aku bukan nak mengutuk or mengata orang yang bercouple or bercinta. Bohonglah kalau aku cakap aku tak pernah bercinta kan.?? Aku tak kata aku tak pernah bercinta, aku pun pernah show status macam tu. Aku pun pernah perasan cantik.Aku pun dulu pernah perasan yang pakwe aku hensem.Hensemke??HAHA. Okay itu semua cerita lama. Manusia berubah. Tak semestinya orang jahil tak boleh berubah kan??

You deserve to be with somebody who makes you happy. Somebody who wont complicate your life and somebody whowont hurt you. But, never love a wild thing.


Kepada sesiapa yang ditinggalkan.. “ohh I feel so lost!” “I can’t stop thinking of him because I still love him so” ..relax.tak mati pun kalau takda dia don’t be sad. See, I’m still alive.! Smile..because S.M.I.L.E is the best medicine! Try it now. Sbab aku sendiri dah mengalaminya.Yeahh..it hard to face it, what you do when youknow something’s bad for you but you still can’t let go.?just move on with your life. Maybe he’s not the right kind of person for you. Don’t cry because it’s over, smile because it happened. Kalau tengok ex Korang tetiba dah ada peganti, alaaa abaikan jelah! Bukan perfect sangat pun dia. macam lah dia pun boleh kekal lama kan? Padahal jodoh tu ditangan tuhan.Yelaa memang kita kena usaha untuk cari siapa jodoh kita. Tapi! ingat sikit, korang tak berhak nak tentukan siapa jodoh korang. Kalau diorang boleh kekal sampai ke anak cucu, great! Congrats. Kalau tak, terima jelah. semua orang tak perfect,, yakinkan diri, yang semua tu berlaku ada sebabnya, ada sebab kenapa kita jumpa dia dan ada sebab kenapa  kita kena tinggalkan dia. well, ALLAH lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita. Just to remind you..you are not alone and this is not the end of your life.


oOOhh yaa. Kalau orang tu saja nak sebarkan yang dia tu single, salah tak? Okay, my opinion is,, TAK SALAH pun. Biarlah nak cakap macam tu. Dah memang betul dia tengah single, so? Tak salah kan? Heyy think positive laaa. Korang sepatutnya support lah sikit bila dengar orang keliling korang yang cakap dia single tu sebab,, kita tak tahu nasib seseorang tu kan.mana tahu masa tu dia baru lepas kecewa ke, kan? Maybe dia asyik cakap yang dia single sebab dia  nak orang lain tahu, yang dia akan tetap single sampai bila bila ke kan?trauma nak bercinta lagi ke?  Well, aku pun selalu cakap yang aku single. So I like to say that I’m SINGLE. Korang nak cakap apa pun, sila kan lah..ADA AKU KESAH???


That’s all. TQ

Aku rasadia tu macam dah terdesak sangat kot nak cari perempuan. Hmm tu lah..dulu dah elok dapat die, kaw pergi tinggalkan dia, kau cari orag lain.lepas tu sekarang baru kau nak menyesal kan?? Nasik dah jadi bubur lah der.

Hari ni aku dengar lagi satu cerita tentang ‘frust’ .hmm sudah sudah lah tu. Lupakan je orang macam tu. Dah bagi harapan yang tinggi, tapi tiba tiba tinggalkan.Ayat kau tu layak kasi dekat longkang je lah. Kesian dia kau buat macam tu. 

Thursday, 29 December 2011

bimbing saya please!!



Tiba tiba aku rasa malu! Argghhhh!!!! Malumalumalu! Teruk nye aku! Aku rasa macam teruk bila aku tak join ceramah awal muharam malam tadi, sedangkan aku dah tahu malam tadi ada ceramah. Hummmm kenapa aku jadi macam ni. Nak kata homework banyak,hmm mana ada banyak! Hishhh teruk teruk . rasa bersalah sangat sangat. Rasa macam teruk je aku ni. =(

Terasa macam ada satu perubahan dalam diri aku sekarang ni. Aku pun tak tahu lah kenapa aku tak biasa dah pakai baju berlengan pendek. Rasa segan bila pakai macam tu. Aku pelik, kenapa orang tu cakap, “KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIMAH WAJIB MENUTUP AURAT”. Sedangkan orang tu pakai tudung, tapi pakai lengan pendek. Haaa apa maknanya tu? Sudah cukup ke aurat itu ditutup? Yang pakai tudung bonggol tinggi2 tu pun TAK BOLEH okay. HARAM! Tuu.. tuuu haaa yang bercouple tu tak payah nak berlagak macam laki bini sangat lah kan… ingat sikit korang boleh terjerumus dengan zina hati, zina mulut, dll. Tergedik gedik, terpegang pegang, korang ingat korang HOT sangat lah ehhh buat macam tu? Poooraaahhh. Sikit pun tarak heran meyh…

saya sedang dalam perubahan. sila bimbing saya. tq

aku jatuh cinta




I choose to love you in silence

for in silence I receive no rejection.



I choose to love you in loneliness
for in loneliness no one owns you but I.



I choose to adore you from a distance
for distance will shield us from pain.



I choose to kiss you in the wind
for the wind is gentler than my lips.



I choose to hold you in my dreams
for in my dreams you have no end.
‘If you don’t understand my silence, how will you understand my words?’




Friday, 9 December 2011

the roomate

 lawa kan kitorang.haha.opssss! yang tengah tu dah berpunya k. yang tepi tu pun.,,aku? haha..no komen.. Syamim,,,tolong jawabkan..pleaseee..haha.tapi alhamdulillah Ama dah pakai tudung sekarang ni. harap harap lepas ni akan ada orang yang boleh sentiasa bimbing dia.

kitorang boleh dikatakan special...sebab setiap bilik wajib ada 4 orang .tapi kiteorang hanya bertiga sahaja. sweet kan kitorang. ahahaha. bilik aku walaupun bertiga, tapi sentiasa ceria denga gelak tawa. n aku sayang dekat minah dua orang ni. aku ingatkan aku kekal dengan diorang sampai habis sem2. tapi, anggapan aku salahh... AMALINA MAZLAN, pergi tinggalkan aku dengan syai..amaaaa...sampai hati kau.. kenapa kau tak fikir panjang. tak salah pun kalau kau kena turun PDT. hmm aku terkilan sangat kau tak de. lepas ni siapa nak huru hara kan bilik tu. petang tu aku tiba tiba nangis tak bersebab. hati aku tak sedap. rasa macam kena toreh. rasa macam ada benda buruk je yang akan berlaku..aku nangis sampai pukul 1 pagi..kerja semua aku tak buat. serious tak ada mood. aku pasrah je la kalau kena hentam dengan lectrr aku tu.. tepat pukul 1 lebih, ama yang sejak dari petang menghilang entah kemana tiba tiba masuk bilik aku ...dia cakap dia nak keluar dari matrik! masa tu jugak aku tengok syai nangis. hmmmm rupanya aku nangis sejak petang tadi, memang ada benda buruk nak jadi....hmmm takpa lah kalau memang tu keputusan kau. aku cuma harap kau tak menyesal dengan apa yang kau buat. apa apa pun,,, good luck ama.. sayang kau. tetap sayang kau. rinduuu kau.!!