Saturday, 16 February 2013

aku insan berdosa


Bismillahirrahmanirrahim,,
Ya ALLAH bagiMU segala puji-pujian yang banyak selama masih tetap ada langit dan bumi, bagiMU segala puji atas semua nikmatMU yang tidak terhitung. Maha suci Engkau dan aku memujiMU, Engkaulah Tuhan yang berhak disembah, dan kami semua adalah hamba milikMU. Maha Suci Engkau, aku memujiMU, Engkaulah yang maha pengampun dan kamilah orang-orang yang berbuat jelek. Engkaulah yang Maha Merajai dan kamilah makhluk milikMu, Engkaulah yang maha perkasa. Engkaulah yang Maha pemberi rezeki dan kamilah orang-orang yang mendapat rezeki, kami memohon padaMu wahai tuhan kami. Wahai yang Maha merajai, wahai yang Maha Benar, Wahai Yang Maha Pemberi keterangan, wahai Yang Maha penyantun, Wahai yang Maha Penyanyang, Wahai Yang Maha Melihat, Wahai Yang Maha Mengetahui segala rahsia, Wahai Yang Maha Mengangkat darjat, Wahai Yang Maha pemilik kekuasaan, Wahai yang Maha pengasih, Ampunilah Kami semua di hari ini, Ampunilah kami yang sering terleka dengan keindahan dunia serta nikmat dunia. Ampunilah kami Ya ALLAH. Janganlah Engkau hokum kami di atas segala dosa-dosa kami. Wahai Tuhan kami, kami belum menta’atiMU dengan sebenarnya taat. Kami belum mendekatkan diri kami padaMU dengan sebenar-benar pendekatan. Wahai Tuhan Kami , akan tetapi kami mentaatiMu dalam hal yang palinh Engkau cintai, kami bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan engkau. Tiada sekutu bagiMU, kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruhMU. Jangan lah Engkau mengazab orang yang mentauhidkanMU, janganlah Engkau mengazab orang yang hatinya telah mencapai puncak kecintaan padaMU, dan lisannya selalu berzikir kepadaMU. Wahai Yang Maha pemberi, Wahai Yang Maha Pengasih, kami memohon padMU. Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH. Selamatkan lah diri kami dari azab neraka, Wahai tuhan kami, Wahai Tuhan kami segala sesuatu tunduk pada kehebatanMU, tunduk pada kehebatanMu, tunduk pula wajah-wajah ini pada kemuliaanMu. Maka semuanya kembalik pada kebesaranMU, kami memohon padaMU, wahai Yang Maha Pencipta orang-orang yang mencintaiNya. Wahai Yang Maha memiliki keagungan, wahai Yang Maha memiliki kekekalan dan keabadian. Ya ALLAH lindungilah kami dari neraka jahim, lindungilah kami, lindungilah kami dari neraka jahimm, lindungilah kami dari neraka jahim. Haramkan lah wajah kami ke atas neraka jahim, haramkan wajah kami ke atas nerakaMU. Wahai Tuhan kami, Engkaulah Yang Maha Pencipta dan Engkaulah Yang Maha perkasa atas firmanMU dan manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah tanpaMU. Sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas kami, jangan Engkau azab kami =( . Wahai Yang Maha kuasa, wahai Yang Maha kuasa, Wahai Yang Maha Kuasa, wahai Yang Maha Kuasa. Haramkanlah kami ke atas nerakaMu, Wahai dzat yang segala urusanNYA adalah sesudah huruf KAAF & NUUN . Firmannya : jadilah kalian orang-orang yang selamat dari neraka, maka kami pun selamat. Dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pengasih. Tiada sembahan yang hak kecuali Allah sebanyak apa yang terlintas dimata. Kami mehohon kepadaMU Yang Maha mengangkat darjat, Wahai Yang Maha Pengampun Dosa, Wahai Yang Maha Pencipta makhluk, kami memohon padaMu keredhaan hidup dan syurgaMU. Jadikan lah kami termasuk orang-orang yang Engkau berfirman tentang mereka : sesungguhnya penghuni syurga hari itu bersenang-senang dalam kesibukan mereka. Wahai tuhan kami, jadikan kami termasuk penghuni syurgaMU An-Na’im, berada di antara pohon bidara yang tak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya, dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti berbuah dan tidak terlarang mengambilnya. Wahai Tuhan kami, kami telah mendengar sifat syurgaMU dalam kitabMu, kami telah mendengar sifat syurgaMU dalam Al-QuranMU, maka dengan itu kami memohon padaMu ya ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH jangan Engkau haramkan kami dari memasukinya.

Sunday, 13 January 2013

goodbye UUM

bismilahirramanirrahiiimm

masa beli tiket bas nak balik rawang, seangor, punya lah berkobar kobar hati ni nak balik. setiap hari menhitung hari untuk balik. tapi sekarang, tiba2 jadi sebak. tak sampai hati lah nak balik awal tinggalkan soulmates. rasa macam nak batalkan tiket pun ada. tapi tak boleh!!! kesiann mak. =D

semoga ukhuwah antara kite akan kekal sampai ke syurga. terima kasih sebab sudi membentuk dan mengajar diri ini mengenal erti hidup yang sebenarnya. terima kasih sebab sudi layan perangai kite yang kadang-kdang tak betul ni. maaf andai kata diri ini banyak melakukan kesalahan yang tak disengajakan atau yang disengajakan. walaupun masih lagi belum melangkah keluar dari UUM ni, walaupun masa kite taip ni, korang ada depan mata kite, walaupun kite sekarang tengah gelak macam beruk, tapiiiii hakikatnya hati ni macam berat je nak pergi. sedihhh ='( ehh tak nak lah sedih-sedih kan? nanti malam2 mesti rindu nak gila-gila dengan korang sebelum tidur. saya sangat sangat hargai awaaaaaaaaaaaaaak semua. nanti sebelum tidur jangan lupa ingat balik kenangan-kenangan kite bersama okay.tadi terserempak dengan Zalina Zamri. ahha nasib baik jumpa dia. ada juga orang kutip aku balik =P . rinduuu kau zal. rase nak menangis je tadi sebenarnya masa pergi dari cafe EON yang cantik tu *cantik ke? ehhe thanks LINA ,sayang kau

bubye buncit sayang. jaga diri elok2 dalam pantry tu nanti taww. jangan nakal-nakal

senyum lah ahhhaaaaiii cek mek molek

Bismillahirrahmanirrahim

pernah ke tidak lalui situasi kite punyalah beria senyum dekat orang tu dari jauh, tiba-tiba feedback yang kita dapat *krik krik krik krikk burrr sangat mengecewakan. okay2 think positive. adakah mungkin rupa parasnya memang nampak masam walaupun hakikatnye die memang tengah senyum. ehh *angkat angkat kening kejap.

kejaaappp! hakikatnye aku kurang suka dengan orang yang tak balas senyuman aku. jadi lepas ni tolong senyumm.

   Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis california, senyuman itu merupakan stress yang baik. alaaa lagipun bukan rugi pape pun kan kalau kite senyum. Senyum itu satu sedekah.senyuman juga mampu meredakan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah. sebenarnya kalau nak diikutkan, banyak lagi kelebihan orang yang senyum ni. macam aku,,, comel je kan senyum. =P Let your SMILE change the world. don't let the world change your smile. if you don't have a smile, i'll give you one of mine .hekhekhek =D

disebabkan aku balik awal dari kawan-kawan aku. jadi saja je nak teman mereka stay up sampai kesubuh. tapi bukan sengaja tak nak tidur. cuma dah tak boleh nak tidur awal. paling awal boleh tidur pun pukul 4 pagi. ni kalauu mak tahu, mesti mengamuk ni. nak tahu apa kerja- kerja amal yang kiteorang buat sepanjang tak tidur sampai ke subuh tu??
 ni haaaa !!!
hai nama saya buncit. saya tak tahu kenapa tuan saya tetibe rajin nak mandikan saya. saya tahu nanti dia rindukan saya uwaaa! saya masih lagi tersenyum sebab kawan-kawan tuan saya gelakkan saya sebab tengok saya makin buncit bile masuk dalam baldi. muehehe

saya tak tahu apa yang tuan saya dengan kawan kawan dia cuba lakukan terhadap saya. tapi seronok juga duduk macam ni. adehhh senyum jela. saya suka senyum, sebab tuan saya suke senyum .wek =P

Saturday, 12 January 2013

apabila bosan melanda jiwa

Bismillahirahmanirrahim..

dah kenapa dengan aku asyik nak download video2 sam tsui. okay aku dah terkena jangkitan virus penyakit gilakan sam tsui ni dari salah seorang kawan baik masa dekat matrik dulu. nak dijadikan cerita, masa aku baru kenal dia, hari hari dia bagi aku dengar sam tsui menyanyi. haihhhhh aku sangat bahagia malam ni sebab semua orang sibuk mentelaah buku, sedangkan aku boleh dah bersuka ria. ahhhaaa tapi bila terkenangkan result yang bakal keluar nanti, serious cuak. ma cakap, sudah sudah lah tu, jangan fikir negetiv sangat, banyakkan berdoa. tawakkal. berserah =) thanks mum.a *big hug for you

ehh kenapa hensem sangat nii....ishh



Friday, 11 January 2013

Happiness is journey, not a destination

Bismillahirrahmanirrahimmm……..
Ehemmm
that's my favourite .blueberry cheese cake. thanks to my soulmates (najwa,dhya, hanis and teha).
Attention!!!!! Today is my birthday. Ahhhaa… start pukul 11.30 dah ada orang wish. *bangga sangat. Tapi taka da apa yang perlu dibanggakan dengan sambutan hari lahir ni. Sebaliknya kite sebaiknya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur sehingga hari ini. Alhamdulillah. 

To my besties,, Najwa, hanis, dhya and teha,,,special thank you to all of you. =) walaupun masa malam tu kite ada terbuat salah yang kite sendiri tak sedar apa yang kite dah buat, maafkan kite okay. Sampai sekarang, masih terasa sangat bersalah tu. I wish your life is everything you deserve because in my opinion, you deserve the world. I will stand by your forever. Mmmmuuuaaaahhhhh =) eheee. Tak lupa juga sesiapa yang dah wish tuu…Siti saliana sapri, siti fareedah, nisa asila md nor,nurain nasri, elyana halim, nifta Rahim, bazilah, najihah shafie dan yang lain2. Kepada yang mention nama aku dalam blog dia tuuu haa,,, *thanks =) to my mum of course! Dan err dan dan dannnnn ermmm dan my BADAK! 

Bercakap mengenai hati.humm semua orang ada hati dan perasaan. Ramai yang cakap, terpaksa jaga hati orang sampai hati sendiri yang sakit. Haa macam mana tu. Entah aku pun tak tahu. Tapi kalau nak cari pasangan hidup ni, aku naaaaaaak ermmm yang berlawanan dengan perangai aku. Okay cuba tengok sikit list perangai aku yang tak senonoh tu:

1)      Kuat merajuk
2)      Cepat nak marah
3)      Cepat terasa
4)      Cakap lepas *bukan mencarut
5)      Keras kepala

Okay..sangat tak senonoh perangai aku ni. Walaupun aku ni ajak manje sikit dengan ma, tapi ma pernah Haahaaahaaaaaaaa. So aku nak lelaki yang berlawanan sikap dengan aku. Boleh tak?? Hee tapi kesiann laa pulak kan asyik die je dapat layanan buruk dari aku ni. okay dah tahu jawapan untuk itu? Let’s change girl. Mencari jejaka tampan dan sempurna itu bukanlah matlamat aku. Just nak yang boleh guide aku straight to jannah, pheww so sweet  =D

Wednesday, 9 January 2013

My Feelings??? Oh don't worry about those, no one else does

Bissmillahirrahmanirrahim..



kenapa entah hati ni rasa macam "patah hati" je. mungkin sebab soalan kenegaraan tadi. erk kejap bukan ke dulu sejak sekolah aku minat sejarah? sejarah aku dulu asyik A je *cehh poooyooo en* . tapi itulah realiti. berbalik pada kenegaraan tadi. aku bukannya 100% tak dapat jawab. mungkin sebab asyik terfokus kan yang soalan spot, sedangkan yang dia spot tu langsung tak masuk. bhahaha. tentang pembangunan negara. hahh kalau Tunku Abdul Rahman tengok jawapan aku, mesti die pun tak nak mengaku aku ni warganegara Malaysia. suka2 hati aku je mereka cerita tentang asas-asas pembentukan Malaysia. masa tu aku teringat pensyarah aku dekat Marikulasi. die cakap kalau nak jawab soalan, goreng betul2. jangan sampai hangus. tapi masalah nye, dah terhangus. hhaahhh redha. redha itu berserah. *KEEP SMILLING*  mujurlah Hubungan etnik punya soalan spot sebijik masuk. ALHAMDULILLAH. itu rezeki namanya. Hope for the best but prepare for the worst. errrrr seram bila terkenangkan calculus and data exploration and organisation. I'm not the best but I'm trying for the BEEESSSSSSSSTTTTT !! *shouted*

It is better to be alone, than being with someone who makesyou feel alone. Dear heart, I'm sooooOOo sorry for all the damage


I'm making some changes in my life, if you don't hear anything from me you are one o them.

Friday, 14 December 2012

Dear Future Husband



I don’t want to be your girlfriend. I just want to be the one you call your wife. Your presence will give me happiness. You’ll be my halal prince charming. Riding your horse of Taqwa. Holding onto the Quran in your right hand and the Sunnah in your left. I hear you’re worth the wait, so I’ll wait Insha’Allah. My heart belongs to Allah swt and only Him. You’ll have to get lost in Him to find me and even then you’ll still have to rightfully become apart of my heart. Only trough Him. What I’m trying to say is that WE have to get lost in Him to find each other. I hope you’re up for for the journey. I know I am~ Alhamdulilah